PLOT
Novel Tirani karya Beb Sabariah
PERMULAAN –
pengarang memperkenalkan watak utama Waheeda dan keluarganya serta latar tempat
iaitu Matang.
Waheeda
yang telalu obses dengan kecantikan mencari maklumat tentang pembedahan
plastik walaupun ibunya, Raidah melarang anaknya mengubah anugerah Allah swt.
Waheeda yang cekap mengurus inap desanya di bawah syarikat miliknya, Tajau
Emas bersama-sama keluarganya menjadikan pusat pelancongan itu semakin maju. Seterusnya,
Waheeda dan pekerjanya sibuk melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan
cicit raja Charles Brooke yang ingin bercuti di inap desa miliknya.
|
PERKEMBANGAN –
pengarang mengembangkan watak dengan memperkenalkan beberapa watak sampingan
dan latar.
Monyet
putih menyerang Waheeda sehingga menyebabkan kecederaan yang serius pada
mukanya. Waheeda dikejarkan ke hospital untuk dirawat. Seterusnya, Waheeda
terbang ke Singapura untuk menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung
dan matanya di SMS. Dia selamat menjalani pembedahan yang diketuai oleh Dr.
Rusdi dan terus menginap di rumah sewa rakannya, Bazilah
|
PERUMITAN
/ KONFLIK – pengarang menimbulkan masalah dan pertentangan antara
watak ataupun dalam diri watak.
Hubungan
Bazilah dengan Waheeda renggang kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari mula menyukai
Waheeda. Waheeda berpindah ke Flamingo
Resort setelah bekerja di situ. Seterusnya, Waheeda tidak pulang semasa upacara
mereya atau
majlis pertunangan dengan Zahid
kerana terpaksa menjalani pembedahan kerana tulang rawan hidungnya patah.
Perkahwinan Waheeda dengan Zahid mulai retak kerana sikap cemburu suaminya.
Akhirnya, mereka bercerai setelah Zahid melihat anaknya Izzati tidak
menyerupai mereka terutama pada bahagian hidung.
|
KEMUNCAK
/ KLIMAKS – pengarang menceritakan hasil konflik yang digemari
oleh pembaca dan menunjukkan cerita bersedia untuk dileraikan.
Zahid
dan Aiman telah menginap di chalet Aya-Sajinah di Cameron Highland sambil
berbual-bual tentang kisah silam mereka. Lais terkedu setelah mendengar
perbualan antara Zahid dengan Aiman tentang kekejaman Zahid yang menceraikan
Waheeda tenpa usul periksa. Zahid bertemu dengan Izzati dan bertanyakan latar
belakangnya. Zahid mendapat tahu Izzati ialah anak kandungnya.
|
PELERAIAN
/ PENGAKHIRAN – Pengarang meleraikan segala permasalahan
yang dibuat dan menyatakan permasalahannya.
Zahid
menemui Waheeda yang mengurungkan diri di dalam bilik pejabatnya. Zahid
meminta maaf daripada Waheeda dan Izzati atas kesilapannya yang menuduh
Waheeda berlaku curang sehingga menceraikan isterinya. Waheeda yang terluka
tidak mahu memaafkan Zahid namun Izzati meminta ibunya menerima kemaafan
ayahnya kerana kemaafan lebih baik daripada berdendam.
|
No comments:
Post a Comment