BIL
|
ATUR CARA MAJLIS
|
SKRIP
|
1
|
KATA ALU-ALUAN MAJLIS
|
(NORAZA)
Majlis
mengalu-alukan ketibaan YANG
BERBAHAGIA .............................................................................................
..............................................................................................
(LAGU NEGARAKU / LAGU SEKOLAH)
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Dihormati , Tuan Haji
Yahaya bin Saad, YDP PIBG SMK Hulun Kelang,
Yang Dihormati Encik
Jehabar Sadik bin Jehabar, Naib YDP PIBG SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati, Mantan-mantan
Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati,
Mantan-mantan Penolong Kanan, SMK Hulu Kelang
Yang Berusaha Puan Salmah
binti Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Raja
Norhanizah Raja Shahminan, PK Pentadbiran,
Yang Berusaha Puan Hajah Mariatul
Kabtiah binti Jamil, PK HEM,
Yang Berusaha Puan Hajah
Fauziah binti Ibrahim, PK KOKO,
Yang Berusaha Ahli-ahli
jawatankuasa Pelaksana Malam Amal Jubli Emas serta hadirin warga Dewan Seri
Iskandar yang dikasihi sekalian.
Dahan kayu
makin mereput,
Dahan tak muat di dalam pedati,
Besar hajat
kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Bersyukur kita ke hadrat
Ilahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada malam yang penuh ceria ini, untuk
menjayakan PROGRAM MALAM AMAL JUBLI EMAS sempena 50 tahun kelahiran SMK HULU
KELANG.
|
2
|
BACAAN
DOA
|
Sekali lagi,
Dengan
Bismillah lafaz dimula,
Dengan Bismillah restu dipinta,
Semoga
majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh
berkat-Nya.
Majlis
dengan ini mempersilakan USTAZ ZIDEN
BIN SAID untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Aamiin,
Aamiin, Ya Rabbal Alamin.
Majlis
mengucapkan ribuan terima Kasih kepada
USTAZ ZIDEN BIN SAID atas bacaan doa
itu tadi . Untuk makluman hadirin sekalian, beliau merupakan mantan guru SMK. Hulu Kelang
|
3
|
UCAPAN
PENGERUSI JAWATAN KUASA PELAKSANA MALAM AMAL
|
Emas tempawan buatmu
puteri,
Busana indah tampak rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Kini
majlis mempersilakan Yang
Berusaha PUAN SALMAH BINTI HAJI WAHAB, selaku
pengetua SMK Hulu Kelang, selaku Pengerusi JK PELAKSANA MALAM AMAL
JUBLI EMAS
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis
dengan segala sukacitanya mempersilakan.
Terima
kasih diucapkan kepada Yang
Berusaha PUAN SALMAH BINTI HAJI WAHAB,
selaku Pengerusi JK PELAKSANA MALAM
AMAL JUBLI EMAS SMK HULU KELANG.
|
4
|
UCAPAN
YDP PIBG
|
(SHAHRIR)
Hadirin
hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis
diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dipertua PIBG SMK Hulu Kelang, TUAN HAJI YAHAYA BIN SAAD tampil ke pentas
utama untuk menyampai sepatah dua kata .Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan tuan.
Merakamkan
ribuan terima kasih atas ucapanYDP PIBG itu tadi. Semoga segala amanat beliau
menjadi pedoman kepada kita.
Sebagaimana
pesanan orang-orang tua dijadikan teladan, manakala yang buruk dijadikan
sempadan.
|
5
|
UCAPANPERASMI
|
(NORAZA)
Khabar
sudah bendang ke langit,
Khabar
sudah rebak ke bumi,
Yang
jauh kami jemput dengan destar,
Yang
dekat kami jemput dengan tepak,
Berhimpun
mesra harmoni kita di sini.
Bertuah
benar warga SMK HULU KELANG hari ini,
Kehadiran Yang Berbahagia ........
amat bererti,
Melakar ingatan sentiasa abadi,
Mekar berzaman bak haruman kasturi.
Majlis dengan penuh
takzim, mempersilakan Yang Berbahagia TIMBALAN PPD GOMBAK.
..........................................................................
menyempurnakan persada ucapan, seterusnya merasmikan PROGRAM MALAM AMAL JUBLI
EMAS yang julung-julung kali diadakan
pada tahun ini.
Majlis
dengan berbesar hati mempersilakan tuan.
|
Indahnya alam di Tanjung Lokan,
Di sini
ranum si buah kuini,
Kuini diletak di rimbunan kasturi,
Madah Yang Berbahagia tuan takkan disia-siakan,
Dalam
sanubari tersematlah kini,
Terus lestari membentuk jati diri.
ULASAN – Majlis merakamkan
jutaan terima kasih atas ucapan tadi dan kesudian Yang Berbahagia ............
merasmikan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL JUBLI EMAS pada malam ini. Antara intisari
ucapan Yang Berbahagia .............................................
......................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................
|
||
6
|
PERSEMBAHAN
MULTMEDIA
|
SHAHRIR)
Hadirin
dan hadirat, yang dihormati sekalian,
Sesungguhnya
sejak tahun
1965 - 2015 penubuhan SMK HULU
KELANG ,telah menzahirkan betapa kukuh dan utuh ikatan
ukhwah yang tersimpul antara kita.
Seperti benang yang tersimpul mati, tidak mungkin dapat dileraikan malah kemungkinan langsung tidak
dapat dirungkaikan pun.
Semakin
lama kita bersahabat semakin sayang,
janganlah
semakin renggang.
Semakin
jauh sahabat kita, semakin terkenang,
janganlah
semakin kurang.
Semakin
dekat sahabat kita, semakin ditandang,
janganlah
semakin terlepas pandang.
Semakin
rindu sahabat semakin terbayang,
janganlah
semakin menghilang.
Mengenang
kembali suka duka warga SMK HULU KELANG , 50 tahun menyusuri sejarah, masa
berlalu pantas tidak terasa. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. SMK Hulu Kelang juga telah
menemukan cinta sesama mereka sehingga ada yang berumahtangga.
Hadirin
dan hadirat sekalian,
Marilah
kita bersama-sama menghayati, selayang pandang coretan detik-detik indah
yang pernah kita telusuri bersama selama
50 tahun SMK Hulu Kelang membina nama.
50 tahun telah menyerlahkan usia kematangan. Saksikan BAGAIMANA
SEJARAH KITA BERMULA.
(PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA)
Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. ........... ................. atas inisiatif
beliau menyediakan paparan multi media yang amat bermakna itu tadi
|
7
|
PERSEMBAHAN
(1)
Tazkirah
tentang ukhwah @ silaturahim oleh PU Merico
|
(SUHAIDI)
|
8
|
PERSEMBAHAN (2)
Lagu: Joget Pahang
Penyanyi: Suhaidi
|
(SHAHRIR)
|
9
|
CABUTAN BERTUAH (1)
5 hadiah: disampaikan oleh
YDP PIBG
|
|
9
|
PERSEMBAHAN (3)
Lagu:
Oleh: Kamarudin bin Makmor
|
(SUHAIDI)
|
10
|
CABUTAN BERTUAH (2)
5 hadiah:
Disampaikan oleh Pengetua
Pn. Salmah binti Haji Wahab
|
(SHAHRIR)
Hadirin
yang dihormati sekalian,
Kita
teruskan lagi majlis pada malam ini dengan acara yang dinanti-nantikan, Anugerah
Jualan Meja terbanyak sempena Malam Amal Jubli Emas.
|
11
|
PERSEMBAHAN(4)
Lagu:
Oleh: Hasnan dan
Batch 1985
|
|
12
|
PERSEMBAHAN (5)
Penyanyi
|
|
11
|
PENUTUP
|
(NOR
AZA)
Umpama
memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas
dah sampai ke buku
Yang kitab
sudah berkhatam
Yang
terniat sudah terkabul
Yang
menerima sudah menerima
Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.
Manusia
mengandung salah
Mangandung
cacat dan cela
Kalau kami
tersalah cakap
Kalau kami
patut tak dipatutkan
Kami mohon
ampun
Kami susun
jari nan sepuluh
(...........................)
Hadirin sekalian,
Berpantun
sudah, bermadah sudah
Bermesra
makin sampai ke hujung
Ucapan
sudah, penganugerahan sudah
Beramah
mesra sahaja yang belum
MAKAN
MALAM AMAL JUBLI EMAS 2015 diakhiri dengan SESI RAMAH MESRA. Terima Kasih daun keladi. Terima kasih
menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.
|
SKRIP PENGACARA
MALAM AMAL JUBLI EMAS
SMK HULU KELANG
PADA : 21
NOVEMBER, 2015
HARI : SABTU
(7.00-11.00 MALAM)
TEMPAT : DEWAN
SERI ISKANDAR,
TAMAN
SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR
DISEDIAKAN
OLEH:
NORAZA
AZIT @ AZIZ,
MS, BA(Hons)MassComm. Di.Ed
MS, BA(Hons)MassComm. Di.Ed
azza_smkhk@yahoo.com.my