Tuesday, December 30, 2014

SPM 2014: Usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

"Pertanian merupakan perniagaan" menjadi laungan para pemimpin negara ketika kerajaan memperkenalkan dasar untuk memajukan bidang pertanian. kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menarik minat rakyat menceburi sektor pertanian. Rentetan usaha-usaha kerajaan yang tidak mengenal lelah, rakyat mulai sedar bahawa pertanian merupakan lubuk emas yang belum diterokai negara ini. Meskipun orang Melayu secara konsisten mengusahakan tanaman sebelum kedatangan British lagi, namun tanaman yang diusahakan adalah bercoran tradisional dan tanaman sara diri. Usaha kerajaan kini adalah untuk mengubah persepsi rakyat terhadap bidang pertanian dan membuktikan bahawa pertanian mampu dikomersialkan. Contohnya, durian Musang King yang menjadi igauan warga China serta sarang burung yang mendapat permintaan yang tinggi dari negara China. Terbuktilah bidang pertanian ini mampu dikomersialkan. Namun begitu, apakah faedah yang bakal dinikmati oleh rakyat dan negara?

Bidang pertanian sudah tidak asing lagi dengan perdagangan. Kedua-duanya diusahakan bukan sahaja oleh kerajaan awal di Asia Tenggara malahan masyarakat tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Indus. Menyedari perkaitan rapat antara pertanian dan perdagangan, kerajaan telah merangka pelan yang mampu menggalakkan eksport dan mengurangkan import . Usaha serampang dua mata ini dilihat dapat memajukan bidang pertanian dan perdagangan pada masa yang sama ibarat peribahasa sambil menyelam minum air. Hal ini demikian kerana pertanian menyediakan bekalan makanan yang mencukupi kepada negara. Lebihan daripada hasil pertanian pula boleh dieksport. Usaha ini amat wajar dilaksanakan kerana hasil statistik menunjukkan sebanyak lebih RM 30 bilion dibelanjakan negara untuk mengimport makanan dari luar negara. Tidak syak lagi, bidang pertanian ini harus dimajukan demi kestabilan ekonomi negara.

Apabila kerajaan ingin memajukan bidang pertanian, pihak swasta sudah pasti menjadi pihak yang mendapat durian runtuh. Pertanian komersial memerlukan bantuan jentera moden untuk meningkatkan produktiviti. Pihak swasta boleh merebut peluang keemasan ini untuk menawarkan penggunaan jentera berat di ladang-ladang pertanian. Selain itu, teknologi moden bolehlah dihulurkan oleh pihak swasta kepada petani yang ingin mengusahakan tanah. Dengan ini, pihak swasta boleh mendapat untung atas angin  tanpa perlu melabur di negar luar. Selama ini, golongan petani menduduki kelas terendah dalam hirarki ekonomi negara.Mereka berasa rendah diri sehingga ramai golongan muda yang berhijrah ke bandar untuk mengelak daripada mewarisi kemiskinan keluarga mereka. Namun setelah transformasi pertanian negara, petani merupakan golongan atasan dan penting dalam memacu kemajuan negara. Seyogia itu, bidang pertanian dimajukan ke taraf yang selayaknya.

Jika sebelum ini, kita lihat ramai anak muda yang berkelana ke bandar besar untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah, kini anak muda lebih bijak memanfaatkan peluang di kampung halaman sendiri. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri'. Hal ini disebabkan oleh banyaknya peluang sehingga dapat mengurangkan kadar pengangguran yang kian merunsingkan di Malaysia. Sehubungan itu, masalah sosial, jenayah dan masalah kependudukan di bandar besar turut dapat dibasmi. Jelaslah pertanian merupakan rahmat Allah swt yang tidak ternilai dan sewajarnya kita syukuri dengan memanfaatkan sebaik-baiknya. Oleh itu, marilah kita mengerah keringat dalam membangunkan pertanian demi manfaat bersama.

Berbicara soal nikmat, kita tidak lari daripada mengaitkannya dengan kesuburan tanih di Malaysia. Atas faktor ini , kerajaan ingin menyeru rakyat agar berbudi kepada  tanah kerana tanah tidak pernah menipu. Peribahasa tersebut menerangkan bahawa hasil pertanian yang diusahakan secara gigih pasti membuahkan hasil yang lumayan. Sejajar dengan itu, kerajaan ingin meningkatkan guna tanah ke tahap optimum dan membendung petani daripada menjual tanah pertanian kepada pemain industri. Meskipun sektor perindustrian merupakan tunjang ekonomi negara namun negara tidak seharusnya bergantung kepada satu sumber ekonomi semata-mata. Pertanian berpotensi menjadi sumber ekonomi sampingan di samping sektor perindustrian dan cari gali petroleum. Nyatalah pertanian wajar diangkat darjatnya agar setanding dengan sektor utama lain di Malaysia.

Kerajaan bukanlah hanya angan-angan Mat Jenin terhadap kemajuan sektor pertanian. Kerajaan telah membuktikan usaha mereka dari segenap sudut. Dalam bidang pendidikan, kementerian telah memperkenalkan subjek pertanian di sekolah, mempelbagaikan kursus pertanian di Institusi Pengajian Tinggi Awam serta menggalakkan setiap sekolah menubuhkan Persatuan Usahawan Tani. Hal ini dapat mendedahkan pelajar terhadap kepentingan pertanian sejak di bangku sekolah ibarat peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam bidang penyelidikan, agensi berkaitan berusaha menghasilkan benih berkualiti bagi meningkatkan mutu tanaman negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan pinjaman kewangan dan latihan kemahiran kepada individu yang berminat menceburi bidang pertanian. Maka izharlah bahawa kepentingan pertanian kepada rakyat dan negara. Marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama terlibat dalam pertanian agar manfaatnya dapat dituai apabila tiba waktunya.

Monday, November 3, 2014

SKRIP REUNION MASSCOMM



SKRIP PENGACARA
MAJLIS BANTAI RAYA 2014
MASSCOMM 88-91



PADA                  :     6 SEPTEMBER 2014
HARI                   :      SABTU
MASA                 :      2.30 – 4.00 PETANG
TEMPAT             :      GRAND DUCHESS,
                                        FRASER PLACE, LOT 163,
                                        NO.10, JALAN PERAK,
50450 KUALA LUMPUR.



DISEDIAKAN OLEH:
NOR AZA AZIT @ AZIZ,
MC 13 MASSCOMM 1988-1991
PENGUMUMAN (NOR AZA)

Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG BERBAHAGIA PROF DATUK DR. AHMAD REDZUAN BIN ABDUL RAHMAN ,

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian,
Kita mulakan majlis  pada hari ini dengan nyanyian LAGU NEGARAKU. Hadirin diminta untuk berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan ini dengan penuh semangat.

Seiring madah pantun bersambut,
            Disulam senyum pengubat jemu,
Mesra berdakap kasih berpaut,
            Yang Berbahagia DATUK  kini bertamu.

ALU-ALUAN
Awal bismillah pembuka bicara,
            Ucapan alu-aluan pemula acara,
Selamat datang kata disua,
            BANTAI RAYA majlis bernama.

SAPAAN / SALUTASI
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

YANG BERBAHAGIA PROF DATUK DR. AHMAD REDZUAN BIN ABDUL RAHMAN , Reaktor Uitm Perlis,
Yang Dihormati Dr. Ahmad Murad Merican , Reaktor Uitm Lendu,
Yang Dihormati Dr. Rusdi bin Kubon, Pensyarah                                                            
Yang Dihormati Dr. Halimaton binti Shaari Pensyarah                                                   
Yang Dihormati Dr Adzman Abbas, Pensyarah                                                               
Yang Dihormati Dr. Rosni binti Jaafar  Pensyarah                                              
Yang Dihormati Dr. Abdullah @ Kassim Mohamed Pensyarah                         

Yang Berusaha Puan Hazimah binti Samin, Pengerusi JK PELAKSANA Majlis Bantai Raya, juga  Pengasas ReUnion MassComm 88-91
Yang Berusaha Puan Harlina Samson, Timbalan Setiausaha JK Pelaksana,
Yang Berusaha Puan Mazlina binti Mohamad , Penyimpan Kira-kira
Yang Berusaha Puan Raja Norema binti Raja Ibrahim
Yang Berusaha Saudara Najib bin Jaafar
Ahli-ahli jawatankuasa Pelaksana ReUnion Mass Comm 88-91, AJK Majlis Bantai Raya serta hadirin warga dewan yang dikasihi sekalian

Dahan kayu makin mereput,
            Dahan tak muat di dalam pedati,
Besar hajat kami menjemput,
            Besar niat di dalam hati.

(NOR AZA)
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan GRAND DUCHESS, FRASER PLACES pada petang yang penuh ceria untuk menjayakan PROGRAM REUNION para pelajar MassComm UITM sesi 1988-1991, serentak dengan PROGRAM BANTAI RAYA 2014

Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
            Dengan Bismillah restu dipinta,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
            Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.




BACAAN DOA
Majlis dengan ini mempersilakan    SAUDARA RIDZUAN BIN YEOP untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan tuan.

(MARDIANA)
Aamiin,  Aamiin, Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

            Di majlis ini kami bermadah,
                        Mengucap puji alhamdulilLah,
            Doa tadi pembuka wadah,
                        Semoga majlis dikurniakan limpah.

(MARDIANA)
UCAPAN PENGERUSI JK PELAKSANA BANTAI RAYA

Berangkat kadam kepak nan indah,
                        Tertanggam penuh emas suasa,
            Salam pembuka tirai dihulur sudah,
                        Persada ucapan akan bermula.

Sebagai pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha PUAN HAZIMAH BINTI SAMIN,  selaku  Pengerusi JK PELAKSANA REUNION MASSCOMM  sesi 1988-1991,  menyampaikan ucapan, untaian kata, dan kalungan wacana. Dipersilakan puan.

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Ulasan – Sebenarnya JK REUNION MASSCOMM sesi 1988-1991,  umpama sokong, membantu jaluran mentimun menggapai mentari, subur dan berbuah. Mentimun itu ialah ahli-ahlinya yang sentiasa memberikan sokongan agar JK REUNION ini tidak rebah sepanjang jalaran mencapai kejayaan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

Ibarat telur sesangkak,
pecah sebiji pecahlah semuanya,
Baiklah kita menjadi serai serumpun,
terikat erat  kasih dan sayang,
Janganlah kita tersesat arah tujuan,
Janganlah kita tersasar matlamat dan impian,
Juga tidak  terkeluar batas dan garisan sempadan.

 (NOR AZA) UCAPAN PERASMI
Khabar sudah bendang ke langit,
                     Khabar sudah rebak ke bumi,
                              Yang jauh kami jemput dengan destar,
                                              Yang dekat kami jemput dengan tepak,
                                                     Berhimpun mesra harmoni kita di sini.

                        Bertuah benar warga  MASSCOMM sesi 1988-1991 ini,
                                    Kehadiran Yang Berbahagia Datuk amat bererti,
                                                Melakar ingatan sentiasa abadi,
                                                   Mekar berzaman bak haruman kasturi.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berbahagia PROF. DATUK DR. AHMAD REDZUAN BIN ABDUL RAHMAN menyempurnakan persada ucapan, seterusnya merasmikan Majlis BANTAI RAYA  yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini.
Majlis dengar berbesar hati mempersilakan Datuk.

(NOR AZA)
Indahnya alam di Tanjung Lokan,
Di sini ranum si buah kuini,
Kuini diletak di rimbunan kasturi,
Madah Yang Berbahagia Datuk takkan disia-siakan,
Dalam sanubari tersematlah kini,
Terus lestari membentuk jati diri.

ULASAN – Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tadi dan kesudian Yang Berbahagia Datuk merasmikan majlis pada petang ini. Antara intisari ucapan Yang Berbahagia Datuk
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

(MARDIANA) PERSEMBAHAN MULTMEDIA
                                                         
Hadirin yang dihormati sekalian,
Mengenang kembali suka duka sebagai pelajar MassComm 23 tahun yang lalu, menyusuri sejarah, masa berlalu pantas tidak terasa, sehingga ada dalam kalangan kita menjangkau usia 4 siri dan 5 siri.  Pepatah Melayu ada mengatakan, TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Setelah jatuh cinta pada dunia MassComm, ada dalam kalangan kita yang bertukar arah, terjun ke dunia pendidikan, namun jiwa masscomm tidak pernah luntur sehingga kini.  Dengan ini satu  persembahan multimedia, BAGAIMANA SEJARAH KITA BERMULA akan dipaparkan.  Perpisahan selama 23 tahun bukanlah jarak pemisah jiwa dan raga sebagai mantan pelajar MassComm. Ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.

Bawah seliaan wartawan di Berita Harian iaitu  SAUDARA AZMAN BIN ABDUL HAMID, dengan kerjasama  SAUDARA RIDZUAN BIN YOEP kami mempersembahkan kepada kalian, tayangan MULTIMEDIA yang bertajuk RENTAS MASA – MASSCOMM 1988-1991. Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada krew produksi                                                                                                                         yang terlibat dalam menjayakan persembahan multimedia itu tadi.


 ( NAJIB ) PADA SYURGA DI WAJAHMU
Yang Berhagia Datuk dan hadirin yang dihormati,

Dengan segugus semangat waja,
dengan segenggam roh prakarsa,
kita abadikan sepohon harapan,
agar nama kita terpahat di dinding sejarah,
agar nama kita melakarkan arca di ingatan,
tersangkut padu di langit hati sentiasa.
Berbanggalah kita dengan kejayaan PROGRAM BANTAI RAYA  ini, memacu usaha, menghadiahkan piala jaya buat kita semua

Yang Berbahagia Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan majlis ini dengan PROGRAM PADA SYURGA DI WAJAHMU. Program ini merupakan sebahagian daripada projek khidmat masyarakat yang dicadangkan dan akan dijelaskan dengan panjang lebar oleh Pengerusi Program iaitu PUAN MAZLINA BINTI MOHAMAD. Dipersilakan puan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan Mazlina Mohamad yang sudi menjadi penyelaras program khidmat masyarakat, dalam usaha melunaskan tanggungjawab sosial yang akan kita laksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian masa setiap ahli yang terlibat. Semoga setiap  kebaikan yang akan kita jalankan mendapat keberkatan daripada Allah swt. In syaa Allah.

(MARDIANA/ NAJIB/NORAZA)
SATU UNTUK ENGKAU, SATU UNTUK AKU

SATU UNTUK ENGKAU, SATU UNTUK AKU merupakan aktiviti bertukar-tukar hadiah sesama ahli MASSCOMM 1988-1991 yang hadir pada hari ini. Hadiah yang telah dbeli telah diberi nombor berdasarkan nama. Setiap hadiah tercatat identiti pemiliknya. Nombor bagi hadiah tersebut telah dimasukkan ke dalam kotak ajaib ini. Setiap peserta akan dipersilakan untuk mencabut nombor bertuah masing-masing.
Kita mulakan aktiviti dengan mempersilakan
1.                                                                                                                                
2.                                                                                                                                
3.                                                                                                                                
4.                                                                                                                                
5.                                                                                                                                
6.                                                                                                                                  
7.                                                                                                                                  
8.                                                                                                                                  
9.                                                                                                                                  
10.                                                                                                                              


CENDERAMATA TETAMU JEMPUTAN / PERASMI MAJLIS

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Mengenang jasa dan pengorbanan setiap pensyarah yang tidak kenal erti lelah menabur bakti sepanjang kami menuntut ilmu di UITM suatu ketika dahulu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Ahmad Redzuan bin Abdul Rahman diiringi                                                                                                              ke pentas utama untuk sesi penyampaian cendera mata sebagai tanda kenang-kenangan kepada mantan pensyarah yang dikasihi. Mendahului senarai penerima, dipersilakan …………..

1.                                                                                                                                
2.                                                                                                                                
3.                                                                                                                                
4.                                                                                                                                
5.                                                                                                                                
6.                                                                                                                                
7.                                                                                                                                
8.                                                                                                                                


Sebagai tanda penghargaan atas kasih sayang yang tidak bertepi,dipersilakan Pengerusi Program Bantai Raya Puan Hazimah binti Samin,  menyampaikan cenderamata, kepada Yang Berbahagia PROF. DATUK DR. AHMAD REDZUAN BIN ABDUL RAHMAN

Majlis mengalungkan ucapan terima kasih kepada Puan                                                                                                                                     atas kesudian puan menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk.

(NOR AZA)
PENUTUP
Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh


(MARDIANA)
Hadirin sekalian,
Berpantun sudah, bermadah sudah
Bermesra makin sampai ke hujung
Ucapan sudah, penganugerahan sudah
Beramah mesra sahaja yang belum

Majlis BANTAI RAYA 2014 diteruskan dengan SESI RAMAH MESRA. Terima Kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.

14 OGOS 2014