Tuesday, April 7, 2009

KURSUS EDU WEB TV


RABU , 31 Mac 2009 - Satu kursus Edu Web Tv telah dijalankan oleh Pn. Hanani Zawawi selaku Penyelaras Pusat Sumber kepada semua guru SMKHK pada pukul 1.50 petang bertempat di bilik guru. Kursus tersebut benar-benar berjaya memberi input yang berguna kepada guru-guru dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Tahniah diucapkan kepada guru-guru SMKHK juga telah berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli baru Edu Web TV.
Posted by NORAZA AZIZ at 4:56 PM 0 comments

BUDAYA HEDONISME

Dikirim pada 29 Julai, 2008 oleh admin
window.google_render_ad();

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.
Berdasarkan sejarah, amalan hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama.

Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain.

Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang.

Kebebasan itu menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, seks luar nikah, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan pelbagai pesta dan diadakan secara besar-besaran.Hasilnya masyarakat hanyut dibuai hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara.

Melalui perkembangan masa, pengaruh budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuk negara ini.Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.

Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia.Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.

Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota.

Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.
Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji.Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.

Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat mereka.

Realiti pelajar masa kini mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam gejala negatif.
Ketika ini dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang. Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan mereka kembali. Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.

Pusat Islam harus memikul tanggungjawab bersama menggerakkan semua agensi agama di seluruh negara termasuk pegawai majlis agama negeri menjalankan gerak gempur memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai bahaya gejala ini. Malah semua agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Belia dan Sukan akan menggembleng tenaga membina sahsiah generasi muda.
window.google_render_ad();
Selangkah Lebih Bijak

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”
“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”
“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”
“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”
“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”
“Sama menolong sama beruntung.”
“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”
“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”
“Dare to be different.”
“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”
“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”
“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”
“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”
“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”
~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Untuk membaca koleksi mutiara kata yang lain, sila klik http://cintadearhaniey.wordpress.com/tag/mutiara-kata/
window.google_render_ad();
Entri ini dikirim pada hari Ahad, 4 Februari 2007, 11:30 am dan diletakkan dalam kategori Mutiara Kata. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

DOA MEMOHON CINTA

Author: Inia Lurun Sophie Posted under: , ,
السلامعليكمورحمةاللهوبركاته."Allohumma innaa nas-aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wa hubba `amalin yuqorribuna ilaa hubbik""Ya Allah, kami memohon cinta-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami pada cinta-Mu" (dari doa dalam hadits hasan riwayat at-Tirmidzi) ...
TIDAK PERLU MENGHUKUM HARI ESOK PADA HARI INI&TIDAK PERLU MENGHUKUM HARI INI KERANA HARI SEMALAM"

12 Mac 2009

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj menulis...
kita mungkin tak mampu buat semua, tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua.
kaya bukan tiket untuk hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.
paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah apabila dah dapat, itulah punca masalah hidup kita.
menepuk air di dulang tak semestinya terpercik ke muka sendiri sebab kadang-kadang terpercik juga ke muka orang lain.
jauh berjalan luas pandangan. usah terlalu jauh berjalan, nanti tak jumpa jalan pulang.
biar papa asal bergaya. kalau dah papa macam mana nak bergaya?
kalau boleh ketawa,senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum tu memang bahagia.
tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.
tak semua yang nampak rugi tu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.
mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dampak sepanjang hari.
hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. salah langkah bermula daripada tersalah fikir. tersalah fikir bermula daripada gagal mengenal diri.
angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila angin menghempas pasti ada yang tak akan faham lagi makna dibelai.
air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih. tapi tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.
tanpa mulut, lidah tak berfungsi. tanpa lidah, mulut tak bererti.

Monday, April 6, 2009

KATA ADJEKTIF

Terdapat 9 jenis kata adjektif iaitu:
1. kata adjektif waktu menerangkan konsep masa dengan unsur penerang . contohnya, lewat, awal, suntuk, silam, lama
2. kata adjektif warna menerangkan warna sebagai unsur keterangannya. contohnya, hijau, merah, kuning, coklat.
3. kata adjektif sifatan menerangkan sifat sesuatu perkara. contohnya, takut, kasar, berani, gopoh
4. kata adjektif ukuran menerangkan ukuran sebagai unsur keterangannya. contohnya, pendek, tebal, rendah, besar.
5. kata adjektif bentuk menerangkan rupa bentuk sebagai unsur keterangannya. contohnya, bulat, lonjong, kempis, buncit.
6. kata adjektif jarak menerangkan konsep ruang di antara dua perkara sebagai penerang. contohnya dekat, jauh.
7. kata adjektif cara menerangkan keadaan kelakuan sebagai penerang kata nama. contohnya selalu, lincah, perlahan, jelas.
8. kata adjektif pancaindera menerangkan konsep deria sebagai penerang kata nama. contohnya manis, masam kelat, payau
9. kata adjektif perasaan menerangkan perasaan sebagai unsur keterangannya. contohnya suka, kasih, sayang, gembira.
Kata adjektif terbahagi kepada 4 bentuk:
1. Kata adjektif asal. contohnya
- baik
- aktif
- cerdas
- rajin
- kedekut
2. Kata adjektif terbitan . contohnya
- terasing
- termasyhur
- terendah
- sebesar
- sepandai
- setinggi
3. Kata adjektif ganda. contohnya
- ganda penuh: baik-baik, hitam-hitam
- ganda separa : besar-besaran, kecil-kecilan
- ganda berentak: kacau-bilau, kusut masai
4. Kata adjektif majmuk. contohnya
- merah jambu
- hijau daun
- panjang tangan
- rabun ayam
Peringatan:
1. Kata adjektif terbitan berimbuhan apitan "ke...an" membawa makna, bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar.
Contoh kesalahan:
Perangainya yang seperti keanak-anakan itu membimbangkan hati ibunya.(salah)
2. Kata adjektif terbitan berawalan teR- tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali. contohnya terbesar sekali, terpandai sekali.
Contoh kesalahan:
Buku yang tertebal sekali itu berkulit hitam.(salah)
3. Kata adjektif yang menggunakan perkataan paling tidak perlu diikuti oleh sekali kerana teR- , paling dan sekali masing-masing sudah membawa darjah penghabisan. Contohnya, terbesar sekali, paling tinggi sekali(salah)
Contoh kesalahan:
Nama murid yang paling tertinggi itu ialah Zarina.
4. Imbuhan awalan teR- boleh dicampurkan dengan kata penguat bebas amat dan sangat serta diikuti oleh kata adjektif. contohnya, teramat bijak, tersangat mahal.
5. Kata adjektif ganda sudah membawa makna jamak dan tidak perlu digabungkan dengan kata yang menunjukkan makna jamak juga.
Contoh kesalahan:
Makanan di atas meja bulat itu semuanya pedas-pedas.(salah)
Guru boleh rotan murid

KUALA LUMPUR: Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau memberitahu Dewan Negara di sini hari ini bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.
"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu," katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat.