Monday, September 5, 2016

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL LEFTENAN ADNAN DAN TIRANI


“Reda Allah swt bergantung pada reda ibu bapa”. Sesungguhnya amat besar ruginya bagi manusia yang gagal mendapatkan reda ibu bapa kerana doa mereka amat mustajab dan tiada hijab.
Oleh : Noraza Azit @ Aziz,
MS., BA (Hons) MassComm., Dip.Ed

Soalan 4: Novel
[ 15 markah]
(a)  Sesebuah novel  banyak memaparkan pelbagai peristiwa. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan kemukakan alasan anda [KBAT]                                                [ 7 markah]

Contoh jawapan bagi novel Leftenan Adnan Wira Bangsa:

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana daripada peristiwa itu telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya untuk terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musah negara.

Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Contoh jawapan bagi  novel Tirani:

Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah. Antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda yang mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan rumahtangga dan telah mula bangkit serta berusaha melupakan kenangan lalu dengan memajukan Chalet Aya-Sajinah. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana walaupun kita gagal namun kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya berusaha untuk kehidupan yang mempunyai masa depan.

Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda gigih mendapatkan pinjaman tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan untuk menubuhkan Syarikat Tajau Emas. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana  setiap usaha yang dilakukan oleh Waheeda dapat dijadikan contoh teladan kepada kita agar gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan dan akhirnya kita pasti akan berjaya.

[2 peristiwa + 2 alasan + bahasa gramatis = 7 markah]

(b)  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak utama yang anda fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca daripada setiap novel tersebut.

[ 8 markah]
Jawapan bagi novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Tirani :

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak utama bagi novel ini ialah Adnan bin Saidi . Satu perwatakannya yang saya fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang yang bersemangat patriotik. Contohnya, Leftenan Adnan sanggup berjuang bermati-matian sehingga titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan bumi tercinta daripada jatuh ke tangan tentera Jepun.

Seterusnya, dia merupakan seorang yang rajin. Contohnya, Adnan rajin mengulang kaji pelajaran sehingga mendapat keputusan yang baik. Dia juga rajin menolong bapanya menoreh getah, bersawah dan menjaga kebun durian.


Manakala, novel yang saya kaji ditingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Perwatakan watak utama bagi novel ini ialah Waheeda. Satu perwatakannya yang saya fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang yang penyabar. Contohnya Waheeda sabar dengan ejekan rakan-rakannya yang sering mengejek hidungnya yang pesek dan Waheeda juga sabar menangani sifat cemburu buta suaminya yang selalu menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Seterusnya, dia merupakan seorang yang berfikiran positif. Contohnya, Waheeda yakin industri pelancongan yang diceburinya akan membawa keuntungan yang besar jika ada insentif dan sokongan kerajaan.

[4 perwatakan + 4 contoh = 8 markah]

12 comments:

Siti Nuur Ayuni said...

Cg nk tnya, kalau soalan tu mnta satu sahaja prwtkn x pe ke bgi 2? Mcm yg cg bgi ni? Soalanmya mnta beri 1 perwatakan watak utama dalam 2 buah novel. Terima kasih :)

Siti Nuur Ayuni said...

Cg nk tnya, kalau soalan tu mnta satu sahaja prwtkn x pe ke bgi 2? Mcm yg cg bgi ni? Soalannya mnta beri 1 perwatakan watak utama dalam 2 buah novel. Terima kasih :)

Unknown said...

Boleh bagi tapi markah tak dikira kot.

NORAZA AZIZ said...

Maaf lambat membalas mesej ini. kalau soalan minta satu sahaja watak, fokus kepada 1 watak sahaja. beri 3 perwatakan bagi watak tersebut dan bukti peristiwa bagi perwatakan tersebut. Bukti= watak + peristiwa(bila, di mana, bagaimana, siapa, mengapa).

Unknown said...

cg kalau soalan mintak 2 persoalan keberanian macam mana?

Anonymous said...

It's really useful to me... Thank u.its such a incredible

Unknown said...

Lambat benor balas ni . Setahun . Bukan sebulan .hahahahha

Unknown said...

terima kasih cikgu

Unknown said...

lagi baik klu bgi lebih. klu salah satu, ada spare lgi satu. so markah x kne tolak

Unknown said...

cikgu klau soalan minta peristiwa yang membantu watak utama tu untuk mencapai kejayaan ?

Anonymous said...

15 markah mcm mana

Anonymous said...

cg nk tnya kalau soalan tu minta huraikan peristiwa yg menggambarkan kepincangan masyarakat macm mna cg maklumlah masih belum faham maksud kepincangan