Tuesday, August 25, 2015

terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan komen anda tentang cara masalah tersebut diselesaikan.



Teknik menjawab soalan novel (Rujuk soalan percubaan SBP BM 2 / 2015)
SOALAN:
4a.       Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan komen anda tentang cara masalah tersebut diselesaikan.
[ 7 markah]
(JAWAPAN NOVEL PAPA):
Novel yang saya kaji ialah Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Antara
masalah kehidupan dalam novel tersebut ialah masalah kesihatan Intan Maliana. Intan
Maliana koma akibat komplikasi selepas melahirkan anak kembarnya.(masalah) Cara
penyelesaian bagi masalah itu ialah, Intan Julia dan papa(Jefri) bergilir-gilir menjaga
mama  sehingga pulih kembali.(penyelesaian) Papa dan Intan Julia perlu menjaga
Mama dengan baik selepas Mama berkorban untuk mengandung lagi demi memenuhi
keinginan papa inginkan anak yang kedua.(huraian/komen)

Seterusnya, terdapat masalah Mak Cik Noraini yang tiada tempat berteduh. Mak Cik
Noraini sepupu Papa kehilangan tempat bergantung dan menjadi sebatang kara
selepas kematian suaminya dalam kemalangan bersama-sama dengan dua orang
anaknya.(masalah) Cara penyelesaian bagi masalah itu ialah, Papa membawa Mak Cik
Noraini tinggal bersama-sama dengan keluarganya dan menjadi pembantu rumahnya
agar dia dapat melupakan peristiwa buruk itu.(penyelesaian) Papa harus menjaga Mak
Cik Noraini selepas dia kehilangan keluarganya agar dia mempunyai tempat untuk
berlindung.(huraian/komen)

Selain itu, terdapat masalah bayi yang dibuang oleh ibu yang tidak
bertanggungjawab. Rasylan, seorang anak luar nikah, ketika bayi ditinggalkan oleh
ibunya di tepi longkang.(masalah) cara penyelesaian bagi masalah itu ialah, Rasylan
 diselamatkan lalu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil
oleh Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat.(penyelesaian) Bayi yang tidak
berdaya seperti Rasylan harus diselamatkan oleh pihak yang bertanggungjawab dan
masyarakat supaya nasib mereka lebih terbela.(huraian/komen)

Akhir sekali, terdapat masalah Julia dengan Papa. Julia menentang hasrat Papa yang
ingin berkahwin dengan Aisyah sewaktu Mama masih koma.(masalah) Cara
penyelesaiannya ialah, Julia akhirnya menerima keputusan Papa yang ingin berkahwin
lagi kerana memikirkan Papa yang sunyi selepas Mama koma selama tiga
tahun.(penyelesaian) Julia patut merestui keinginan papanya yang inginkan teman
sejak Mama sakit.(huraian/komen)

JAWAPAN(NOVEL KONSERTO TERAKHIR):

Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Antara masalah yang
terdapat dalam novel tersebut ialah masalah Hilmi dengan Datin Salmah yang sering
menghina dan memandang rendah pada statusnya yang berasal dari kampung. Cara
penyelesaiannya  ialah, Hilmi bersabar dan terus menjalankan tugasnya sebagai tukang kebundi rumah Dato’ Johari tanpa menghiraukan penghinaan Datin Salmah. Hilmi harus bersabarkerana dia ingin mencari nafkah untuk menyara dirinya. Dia tidak dapat mencari pekerjaan lainkerana dia tidak berpelajaran tinggi.

Masalah seterusnya ialah masalah Hilmi yang telah merosakkan piano kepunyaan Hayatisemasa Dato’ Johari bercuti di luar negara. Cara penyelesaiannya ialah, Hilmi bersetujugajinya dipotong untuk membayar kos membaiki piano Hayati seperti yang diarahkan oleh DatinSalmah. Hilmi perlu bertanggungjawab atas tindakannya yang telah merosakkan piano Hayati.

Selain itu, terdapat masalah ketika Hilmi jatuh sakit sebelum persembahan Orkes Perdanamenyebabkan kemungkinan Orkes Perdana dibatalkan. Cara penyelesaiannya ialah Hayatiyang berada di Dewan Tuanku Canselor telah bersetuju untuk mengambil alih tempat Hilmimemimpin Orkes Perdana kerana pihak penganjur tidak dapat mencari pengganti Hilmi. Hayatiharus menggantikan tempat Hilmi kerana dia berkelulusan ijazah muzik dari London tentu dapatmeneruskan persembahan tersebut.

Pemarkahan:
Masalah + Penyelesaian         =          1 markah
Komen                                                =         1 markah

Isi                                             =          4 markah
Bahasa                                    =          3 markah
Jumlah                                    =          7 markah

4b.       Huraikan satu peristiwa yang menunjukkan wujudnya nilai kasih sayang antara watak berdasarkan dua buah novel yang anda kaji
[ 8 markah]
Dua buah novel yang saya kaji ialah Papa….(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof dannovel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel Papa ialah nilai kasih sayang seorang  isteri terhadap suami. Buktinya mama sanggupmengandung sekali lagi apabila Papa menyuarakan hasratnya yang inginkan anak lagi. Hal inimembuktikan kasih sayang Mama terhadap Papa walaupun Mama berhadapan dengan risikokomplikasi kelahiran sewaktu melahirkan Julia.

Manakala dalam novel Konserto Terakhir pula, terdapat nilai kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya. Datin Salmah sangat sayang akan anak tunggalnya, Hayati. Datin Salmah
mahu Hayati menjauhkan dirinya daripada Hilmi. Beliau tidak mahu Hayati dipengaruhi oleh
anak kampung yang tidak berpelajaran seperti Hilmi.
Pemarkahan:
Peristiwa         =          1 markah
Huraian            =          2 markah

·         3 markah daripada 1 novel
Isi                     =          6 markah
Bahasa            =          2 markah
Jumlah                        =          8 markah