Wednesday, July 8, 2015

Salam Kasih Ramadhan

lama sungguh tidak berkesempatan kemaskini blog ini. Kekangan masa mengajar borong kelas BM SPM dengan ujian memiliki anak-anak murid yang "istimewa" menjadikan masa terlalu singkat. Mengajar bukan sahaja seadanya, malah seluruh jiwa raga ingin memastikan anak-anak mencipta kecemerlangan agar sejarah mereka meninggalkan sekolah nanti merupakan sejarah yang indah. Semoga saat-saat kecederaan ini, anak-anak  yang bakal menduduki SPM pada bulan November 2015 ini tidak terus leka dengan laman sosial. Teruskan membuat latihan dan bertanya guru jika tidak memahami tentang topik yang dipelajari. Janganlah malu untuk bertanya kerana malu bertanya akan sesat jalan. Salam kasih sayang buat kalian. Moga kecemerlangan menjadi milik anda.