Sunday, February 1, 2015

SPM 2013. Karangan Bahagian A: Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita.

Kepentingan Memelihara dan Memulihara Bangunan Sejarah
- sumber maklumat sejarah
- tarikah pelancong
- mengekalkan keunikan seni bina

Sejak negara mencapai kemerdekaan, negara Malaysia semakin maju. Meniti arus kemodenan ini, generasi hari ini bijak melahirkan dan banyak juga bangunan pencakar langit yang dibina. Dengan wujudnya bangunan-bangunan pencakar langit ini, namun bangunan-bangunan bersejarah tidak pernah dilupakan. Bangunan-bangunan bersejarah seperti bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala lumpur, Kota A'Formosa di Melaka, Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar tetap utuh berdiri dengan sejarah dan nilai komersialnya yang tersendiri. Persoalannya, apakah kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini?

Kepentingan utama memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini ialah bangunan bersejarah ini boleh menjadi sumber maklumat sejarah kepada genarasi akan datang. Adakah kita mahu generasi akan datang membesar dalam keadaan buta sejarah? Sudah pasti jawapan "kita tidak buta sejarah" akan terucap tanpa berfikir panjang. Dengan adanya maklumat tentang sejarah negara kita, sudah pasti golongan muda nanti akan lebih terdidik dan akan timbul kesedaran dalam diri mereka tentang kepentingan menjaga keamanan negara ini kelak. Mereka pasti akan menghargai segala pengorbanan nenek moyang kita dalam memperoleh kemerdekaan. Dengan itu, negara kita tidak akan mudah dijajah kembali oleh sesiapa sahaja kerana generasi muda kini yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan mempunyai kesedaran dan nilai patriotisme yang tinggi dalam diri.

Selain itu, dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini adalah untuk menarik pelancong asing melancong ke negara kita. Setiap bangunan bersejarah di negara kita ini mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri. Dengan ini, para pelancong asing pastinya akan tertarik untuk mengunjungi Malaysia kerana adanya warisan sejarah negara yang boleh dilawati  bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Namun begitu, bukan sahaja pelancong asing, tetapi pelancong dari dalam negara juga akan tertarik mengunjungi sesebuah bangunan bersejarah ini. Dengan ini bukan sahaja ekonomi negara kita akan meningkat namun secara tidak langsung nema negara kita juga akan terkenal di seantero dunia.

Di samping itu, kita juga dapat mengekalkan keunikan seni bina bangunan bersejarah ini apabila kita memelihara dan memuliharanya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap bangunan bersejarah di negara ini memiliki bentuk seni binanya yang berbeza  dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dengan negara kita dan memastikan semua bangunan bersejarah di pulihara agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Jelaslah, kita perlu memelihara dan memelihara bangunan bersejarah di negara ini agar keunikan seni binanya dapat dikekalkan.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat pelbagai kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita. Dengan segala keindahan dan keunikan yang kita miliki ini janganlah kita sia-siakannya. Meskipun negara sedang membangun dan banyak bangunan yang serba moden dibina, janganlah kita lupa akan bangunan bersejarah yang dibina sejak dahulu lagi kerana jika tiada yang dahulu , tiada yang sekarang.

SPM 2014:Soalan no. 3: Usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

Kehendak soalan:
1. calon hendaklah memberikan pendapat tentang usaha kerajaan memajukan bidang pertanian yang memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara Antara kebaikannya :
- menambahkan pendapatan keluarga
- meningkatkan pendapatan negara dari segi eksport dan import
- dapat menembusi pasaran antarabangsa
- meningkatkan produktiviti
- menyediakan peluang pekerjaan.