SKRIP PENGACARA
MAJLIS BANTAI RAYA 2014
MASSCOMM 88-91
PADA : 6
SEPTEMBER 2014
HARI :
SABTU
MASA : 2.30
– 4.00 PETANG
TEMPAT :
GRAND
DUCHESS,
FRASER
PLACE, LOT 163,
NO.10,
JALAN PERAK,
50450
KUALA LUMPUR.
DISEDIAKAN OLEH:
NOR AZA AZIT @ AZIZ,
MC 13 MASSCOMM 1988-1991
PENGUMUMAN
(NOR AZA)
Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG
BERBAHAGIA PROF DATUK DR. AHMAD REDZUAN
BIN ABDUL RAHMAN ,
Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang
dihormati sekalian,
Kita mulakan majlis pada hari ini dengan nyanyian LAGU NEGARAKU.
Hadirin diminta untuk berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan ini
dengan penuh semangat.
Seiring madah pantun bersambut,
Disulam
senyum pengubat jemu,
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang
Berbahagia DATUK kini bertamu.
ALU-ALUAN
Awal bismillah pembuka bicara,
Ucapan
alu-aluan pemula acara,
Selamat datang kata disua,
BANTAI
RAYA majlis bernama.
SAPAAN
/ SALUTASI
Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera
YANG BERBAHAGIA PROF DATUK DR. AHMAD REDZUAN BIN ABDUL RAHMAN , Reaktor Uitm Perlis,
Yang Dihormati Dr. Ahmad Murad Merican
, Reaktor Uitm Lendu,
Yang Dihormati Dr. Rusdi bin Kubon,
Pensyarah
Yang Dihormati Dr. Halimaton binti Shaari
Pensyarah
Yang Dihormati Dr Adzman Abbas,
Pensyarah
Yang Dihormati Dr. Rosni binti
Jaafar Pensyarah
Yang Dihormati Dr. Abdullah @ Kassim
Mohamed Pensyarah
Yang Berusaha Puan Hazimah binti Samin,
Pengerusi JK PELAKSANA Majlis Bantai Raya, juga Pengasas ReUnion MassComm 88-91
Yang Berusaha Puan Harlina Samson, Timbalan
Setiausaha JK Pelaksana,
Yang Berusaha Puan Mazlina binti
Mohamad , Penyimpan Kira-kira
Yang Berusaha Puan Raja Norema binti
Raja Ibrahim
Yang Berusaha Saudara Najib bin Jaafar
Ahli-ahli jawatankuasa Pelaksana
ReUnion Mass Comm 88-91, AJK Majlis Bantai Raya serta hadirin warga dewan yang
dikasihi sekalian
Dahan kayu makin mereput,
Dahan
tak muat di dalam pedati,
Besar hajat kami menjemput,
Besar
niat di dalam hati.
(NOR
AZA)
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan GRAND DUCHESS, FRASER PLACES pada
petang yang penuh ceria untuk menjayakan PROGRAM REUNION para pelajar MassComm UITM
sesi 1988-1991, serentak dengan PROGRAM BANTAI RAYA 2014
Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan
Bismillah restu dipinta,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga
kronologi acara beroleh berkat-Nya.
BACAAN
DOA
Majlis dengan ini mempersilakan SAUDARA
RIDZUAN BIN YEOP untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan tuan.
(MARDIANA)
Aamiin, Aamiin, Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih atas
bacaan doa itu tadi.
Di
majlis ini kami bermadah,
Mengucap
puji alhamdulilLah,
Doa
tadi pembuka wadah,
Semoga
majlis dikurniakan limpah.
(MARDIANA)
UCAPAN PENGERUSI JK PELAKSANA BANTAI RAYA
Berangkat kadam kepak nan indah,
Tertanggam
penuh emas suasa,
Salam
pembuka tirai dihulur sudah,
Persada
ucapan akan bermula.
Sebagai pembuka tirai persada ucapan,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha PUAN HAZIMAH BINTI
SAMIN, selaku Pengerusi JK PELAKSANA REUNION MASSCOMM sesi 1988-1991, menyampaikan ucapan,
untaian kata, dan kalungan wacana. Dipersilakan puan.
Majlis merakamkan terima
kasih atas ucapan itu tadi.
Ulasan – Sebenarnya JK
REUNION MASSCOMM sesi 1988-1991, umpama
sokong, membantu jaluran mentimun menggapai mentari, subur dan berbuah.
Mentimun itu ialah ahli-ahlinya yang sentiasa memberikan sokongan agar JK
REUNION ini tidak rebah sepanjang jalaran mencapai kejayaan.
Ibarat telur sesangkak,
pecah sebiji pecahlah semuanya,
Baiklah kita menjadi serai
serumpun,
terikat
erat kasih dan sayang,
Janganlah kita tersesat
arah tujuan,
Janganlah kita tersasar
matlamat dan impian,
Juga tidak terkeluar batas dan garisan sempadan.
(NOR AZA) UCAPAN PERASMI
Khabar sudah bendang ke langit,
Khabar
sudah rebak ke bumi,
Yang
jauh kami jemput dengan destar,
Yang
dekat kami jemput dengan tepak,
Berhimpun
mesra harmoni kita di sini.
Bertuah
benar warga MASSCOMM sesi 1988-1991 ini,
Kehadiran Yang Berbahagia Datuk amat
bererti,
Melakar ingatan sentiasa
abadi,
Mekar
berzaman bak haruman kasturi.
Majlis dengan penuh takzim,
mempersilakan Yang Berbahagia PROF. DATUK DR. AHMAD REDZUAN BIN ABDUL RAHMAN menyempurnakan
persada ucapan, seterusnya merasmikan Majlis BANTAI RAYA yang julung-julung kali diadakan pada tahun
ini.
Majlis dengar berbesar hati
mempersilakan Datuk.
(NOR
AZA)
Indahnya alam di Tanjung Lokan,
Di sini ranum si buah kuini,
Kuini diletak
di rimbunan kasturi,
Madah Yang Berbahagia Datuk takkan
disia-siakan,
Dalam sanubari tersematlah kini,
Terus lestari
membentuk jati diri.
ULASAN – Majlis merakamkan jutaan
terima kasih atas ucapan tadi dan kesudian Yang Berbahagia Datuk merasmikan
majlis pada petang ini. Antara intisari ucapan Yang Berbahagia Datuk
(MARDIANA)
PERSEMBAHAN MULTMEDIA
Hadirin yang dihormati sekalian,
Mengenang kembali suka duka sebagai
pelajar MassComm 23 tahun yang lalu, menyusuri sejarah, masa berlalu pantas
tidak terasa, sehingga ada dalam kalangan kita menjangkau usia 4 siri dan 5
siri. Pepatah Melayu ada mengatakan, TAK
KENAL MAKA TAK CINTA. Setelah jatuh cinta pada dunia MassComm, ada dalam
kalangan kita yang bertukar arah, terjun ke dunia pendidikan, namun jiwa
masscomm tidak pernah luntur sehingga kini. Dengan ini satu persembahan multimedia, BAGAIMANA SEJARAH KITA BERMULA akan dipaparkan. Perpisahan selama 23 tahun bukanlah jarak
pemisah jiwa dan raga sebagai mantan pelajar MassComm. Ibarat irama dan lagu
yang tak dapat dipisahkan.
Bawah seliaan wartawan di Berita
Harian iaitu SAUDARA AZMAN BIN ABDUL
HAMID, dengan kerjasama SAUDARA RIDZUAN
BIN YOEP kami mempersembahkan kepada kalian, tayangan MULTIMEDIA yang bertajuk
RENTAS MASA – MASSCOMM 1988-1991. Dipersilakan tuan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada krew produksi yang terlibat dalam menjayakan
persembahan multimedia itu tadi.
( NAJIB
) PADA SYURGA DI WAJAHMU
Yang Berhagia Datuk dan hadirin yang
dihormati,
Dengan segugus semangat waja,
dengan segenggam roh prakarsa,
kita abadikan sepohon harapan,
agar nama kita terpahat di dinding
sejarah,
agar nama kita melakarkan arca di
ingatan,
tersangkut padu di langit hati
sentiasa.
Berbanggalah kita dengan kejayaan
PROGRAM BANTAI RAYA ini, memacu usaha,
menghadiahkan piala jaya buat kita semua
Yang Berbahagia Datuk, Tuan-tuan dan
puan-puan sekalian,
Kita teruskan majlis ini dengan PROGRAM PADA SYURGA DI WAJAHMU. Program
ini merupakan sebahagian daripada projek khidmat masyarakat yang dicadangkan
dan akan dijelaskan dengan panjang lebar oleh Pengerusi Program iaitu PUAN
MAZLINA BINTI MOHAMAD. Dipersilakan puan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada puan Mazlina Mohamad yang sudi menjadi penyelaras program khidmat
masyarakat, dalam usaha melunaskan tanggungjawab sosial yang akan kita
laksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian masa setiap ahli
yang terlibat. Semoga setiap kebaikan yang
akan kita jalankan mendapat keberkatan daripada Allah swt. In syaa Allah.
(MARDIANA/
NAJIB/NORAZA)
SATU
UNTUK ENGKAU, SATU UNTUK AKU
SATU UNTUK ENGKAU, SATU UNTUK AKU merupakan aktiviti bertukar-tukar
hadiah sesama ahli MASSCOMM 1988-1991 yang hadir pada hari ini. Hadiah yang
telah dbeli telah diberi nombor berdasarkan nama. Setiap hadiah tercatat
identiti pemiliknya. Nombor bagi hadiah tersebut telah dimasukkan ke dalam
kotak ajaib ini. Setiap peserta akan dipersilakan untuk mencabut nombor bertuah
masing-masing.
Kita mulakan aktiviti dengan
mempersilakan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
CENDERAMATA
TETAMU JEMPUTAN / PERASMI MAJLIS
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji
di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi
dibawa mati.
Mengenang jasa dan pengorbanan setiap
pensyarah yang tidak kenal erti lelah menabur bakti sepanjang kami menuntut
ilmu di UITM suatu ketika dahulu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang
Berbahagia Datuk Ahmad Redzuan bin Abdul Rahman diiringi ke pentas utama untuk sesi penyampaian cendera
mata sebagai tanda kenang-kenangan kepada mantan pensyarah yang dikasihi. Mendahului
senarai penerima, dipersilakan …………..
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Sebagai tanda penghargaan atas kasih
sayang yang tidak bertepi,dipersilakan Pengerusi Program Bantai Raya Puan
Hazimah binti Samin, menyampaikan
cenderamata, kepada Yang Berbahagia PROF. DATUK DR. AHMAD REDZUAN BIN ABDUL
RAHMAN
Majlis mengalungkan ucapan terima
kasih kepada Puan atas kesudian puan menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk.
(NOR
AZA)
PENUTUP
Umpama memanjatkan dah sampai ke
puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Dalam pada itu, patut pula kami
sampaikan.
Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh
(MARDIANA)
Hadirin sekalian,
Berpantun
sudah, bermadah sudah
Bermesra makin sampai ke
hujung
Ucapan sudah, penganugerahan
sudah
Beramah mesra sahaja yang
belum
Majlis BANTAI RAYA 2014 diteruskan
dengan SESI RAMAH MESRA. Terima
Kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.
14 OGOS 2014