Wednesday, October 5, 2011

Peranan agensi pendidikan dalam melahirkan murid cemerlang:karangan pelajarku NURUL NADHIRAH BT ZAMZURI 5S1 SMKHK

Rujuk soalan karangan percubaan BM 1 SPM JPS

Kecemerlangan murid-murid mengharumkan nama sesebuah sekolah.
Huraikan peranan agensi pendidikan dalam melahirkan murid cemerlang.


Pendidikan sangat penting dalam kehidupan kita. Pendidikan merupakan permulaan bagi diri setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar atau di dalam negara. Pendidikan menjadi perkara yang wajib dan perlu dipelajari oleh semua rakyat di semua negara. Negara Malaysia mementingkan pendidikan dalam kehidupan kita. Untuk memohon sesuatu pekerjaan , pendidikan dititikberatkan agar seseorang itu diterima bekerja. Kecemerlangan murid-murid sangat penting untuk mengharumkan nama sesebuah sekolah. Persoalannya, apakah peranan agensi pendidikan dalam melahirkan murid cemerlang di negara kita?

Peranan agensi pendidikan dalam melahirkan murid cemerlang adalah dengan cara menghantar guru-guru yang cemerlang dan berpengalaman menanda kertas peperiksaan PMR , SPM dan STPM di setiap sekolah. Dengan adanya guru-guru tersebut para pelajar akan mahir dalam subjek yang diajar serta dapat mengaplikasikan ilmu terutama teknik menjawab soalan peperiksaan kepada pelajar. Kebanyakan guru di setiap sekolah kurang berpengalaman dalam proses menanda kertas peperiksaan peringkat kebangsaan menyebabkan ilmu mereka serta pengalaman kurang membantu dalam proses melahirkan pelajar yang cemerlang. Terdapat segelintir pelajar keliru dan tidak tahu cara menggunakan teknik yang betul semasa menjawab kertas soalan peperiksaan. Jadi , kehadiran guru yang berpengalaman ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar pada masa ini. Pelajar akan cemerlang dalam mata pelajaran tertentu hasil tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman itu.

Selain itu, kelas tambahan secara percuma perlu diberikan kepada setiap pelajar. Pelajar-pelajar di semua sekolah sebenarnya pandai. Kebanyakan mereka, pelajar yang miskin mengalami kesempitan hidup dan tiada duit untuk membayar yuran kelas tambahan di sekolah. Jadi, kelas tambahan secara percuma perlu diberikan agar semua pelajar di semua sekolah dapat belajar dengan baik. Kelas tambahan sangat penting untuk para pelajar mengulangkaji semua mata pelajaran terutama bagi mata pelajaran yang sukar dikuasai. Kebanyakan pelajar tidak sempat untuk mengulang kaji semua mata pelajaran dan memerlukan tunjuk ajar guru sebagai pengukuhan bagi sesetengah topik. Secara tidak langsung, kelas tambahan dapat membantu pelajar mahir dalam sesuatu mata pelajaran kerana adanya latih tubi bagi soalan-soalan peperiksaan

Seterusnya, bantuan buku-buku rujukan perlu diberikan kepada pelajar-pelajar miskin oleh pihak sekolah. Kebanyakan perpustakaan di sekolah kekurangan buku rujukan. Hal ini menyebabkan para pelajar sukar untuk merujuk topik-topik tertentu bagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang gagal dijawab. Hakikatnya, buku rujukan penting kepada pelajar untuk merujuk dan tidak hanya bergantung seratus peratus kepada guru di dalam bilik darjah.

Dalam pada itu, guru kaunseling di setiap sekolah perlu menasihati para pelajar yang malas untuk belajar dan suka ponteng sekolah. Kesedaran ini perlu diberikan kepada para palajar agar mereka tahu betapa pentingnya pendidikan dalam kehidupan seharian. Pada masa ini, pendidikan amat dititikberatkan. Kita akan dipandang rendah jika tidak ada pendidikan dan akan disisihkan oleh masyarakat. Dengan pendidikan, kita akan dapat mencapai cita-cita dan mampu mendapat apa-apa yang kita idamkan.

Agensi pendidikan seperti Jabatan Pelajaran Daerah perlu menghantar pegawai mereka untuk memantau pencapaian pelajar-pelajar di semua sekolah untuk mengetahui tahap kecemerlangan para pelajar di sekolah sama ada baik ataupun buruk. Mereka juga akan merekodkan data-data tentang prestasi berkaitan akademik juga disiplin. Dengan adanya pemantauan daripada pegawai yang pakar dalam bidang tersebut, para pelajar akan menunjukkan prestasi yang baik dengan cara belajar bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, pendidikan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kecemerlangan dalam pendidikan merupakan syarat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kita dapat membuktikan kepada ibu bapa dengan memberikan kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan dan mencapai cita-cita yang kita impikan. Agensi pendidikan perlu memainkan peranan untuk melahirkan murid yang cemerlang di negara kita. Murid yang cemerlang menjadi pemangkin kepada negara yang terbilang.

1 comment:

Syidah Abdullah said...

banyak jugak kesalahan kata hihi