Monday, March 22, 2010

UNIT 2 TEKS TINGKATAN 4 AMBANG REMAJA
Berikut adalah antara isu yang boleh dijadikan topik perbincangan dalam kelas atau tajuk karangan berdasarkan Unit 2 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (DBP)

• Ciri-Ciri Sahsiah Pada Diri Remaja Sebagai Pemimpin Masa Depan
• Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja Masa Kini
• Beberapa Strategi Untuk Mengatasi Masalah Remaja
• Mempertingkatkan Kesedaran Remaja Melalui Kempen Kesedaran
• Golongan Remaja Aset Negara Pada Masa Depan
• Remaja Dan Krisis Identiti
• Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pelajar Yang Terlibat Dengan Kegiatan Jenayah
• Masalah Ponteng Sekolah
• Aktiviti-Aktiviti Bermanfaat Untuk Mengisi Zaman Remaja
• Kebaikan Kem Remaja/ Kem Bina Semangat
• Peranan Remaja Sebagai Anggota Keluarga
• Remaja Dan Seni Mempertahankan Diri
• Remaja Sebagai Pelapis Generasi Akan Datang
• Profil Dan Ciri-Ciri Remaja Yang Cemerlang
• Remaja Dan Kegiatan Berpasukan/ Aktiviti Kokurikulum
• Kebaikan Kegiatan Kokurikulum Kepada Pelajar
(c) cikgu shuhaimi

Dicatat oleh Cikgu Shuhaimi di 20:43:00 0 ulasan

Saturday, March 20, 2010

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM

UPSR : 21 - 23 SEPTEMBER 2010
PMR : 05 - 12 OKTOBER 2010
SPMU : 22 - 23 JUN 2010
SPM : 22 NOV - 16 DISEMBER 2010
STAM : (LISAN) 12 - 13 JULAI 2010
STM : (BERTULIS) 18 - 27 OKTOBER 2010
Berikut adalah antara isu yang boleh dijadikan topik perbincangan dalam kelas atau tajuk karangan berdasarkan Unit 1 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (DBP)

• Masyarakat Malaysia Alaf Baru
• Suasana Harmoni Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
• Masyarakat Era E-Komuniti
• Masyarakat Celik Komputer
• Hubungan Baik Antara Pelbagai Kaum Di Negara Ini
• Kepentingan Menggunakan Ayat Bertatasusila Sewaktu Berkomunikasi
• Kegiatan Kejiranan Dalam Masyarakat
• Kepentingan Hubungan Baik Antara Jiran Dalam Kehidupan Bermasyarakat
• Semangat Kejiranan Dalam Masyarakat Melayu Tradisional
• Proses Pembandaran Dan Budaya Hidup Baru Masyarakat
• Kelunturan Ikatan Kejiranan Akibat Perubahan Dan Pemodenan Serta Kesan-Kesannya
• Usaha-Usaha Mengeratkan Hubungan Kejiranan Dalam Sesebuah Kawasan
• Kebaikan Dan Keburukan Hubungan Yang Terlalu Rapat Antara Jiran Tetangga
(c) cikgu shuhaimi
Dicatat oleh Cikgu Shuhaimi di 16:46:00 1 ulasan

Sunday, March 14, 2010

KARANGAN :BM 1 SPM

1. Soalan Bahagian A wajib dijawab dan satu soalan daripada Bahagian B wajib
dijawab.
Markah Bahagian A : 30 markah.
Markah Bahagian B : 100 markah.
Masa : 2 jam 15 minit @ (135 minit )
Bahagian A : 45 minit
Bahagian B : 90 minit

2 Pelajar/calon perlu mempunyai maklumat dan input tentang dimensi dalam penulisan karangan peringkat SPM iaitu:
(a) Dimensi Individu/Remaja
(b) Dimensi Keluarga
(c) Dimensi Masyarakat
(d) Dimensi Negara
(e) Dimensi Antarabangsa

3. Agihan masa penulisan karangan Bahagian A
1. Perancangan - 10 minit
2. Penulisan - 30 minit
3. Penyemakan - 5 minit
KESELURUHAN - 45 minit

4. Panduan menulis karangan Bahagian A
1. Baca soalan dan lihat bahan rangsangan dengan teliti.
2. Kenal pasti :
i. tema bahan rangsangan
ii. kehendak tugasan soalan
3. Sediakan rangka karangan – ringkasan isi / idea.
4. Pastikan karangan anda antara 200 – 250 patah perkataan.
5. Soalan yang dikemukakan berada pada aras sederhana

5. Penskoran karangan Bahagian A ( 26-30)
Karangan menepati tema bahan rangsangan (sama ada secara tersurat atau
tersirat)
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan
ungkapan yang menarik. (Pandangan tokoh/ pendapat tokoh/ peribahasa/
slogan/kata-kata hikmat)
Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan
matang

6. Pemerengganan Karangan Bahagian A
Perenggan 1 Pengenalan ( 35 patah perkataan )
Perenggan 2 Isi 1 ( 65 patah perkataan )
Perenggan 3 Isi 2 ( 65patah perkataan )
Perenggan 4 Isi 3 ( 65 patah perkataan )
Perenggan 5 Kesimpulan ( 20 patah perkataan )
Jumlah (250 patah perkataan )
(c) RUJUKAN: blogcikgu shuhaimi

Tuesday, March 9, 2010

ANTOLOGI TING. 4: HARGA REMAJA

SELOKA EMAK SI RANDANG(ESR)

baik budi Emak Si Randang,
dagang lalu ditanakkan,
tiada kayu rumah diruntuhkan,
anak pulang kelaparan,
anak di pangku diletakkan,
kera di hutan disusui,
dagang pergi awak tehutang,
beras habis padi tak jadi.


MAKSUD SELOKA ESR

seloka ini mengisahkan ESR yang bersikap suka berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan anak sendiri. ESR sanggup memberi makan kepada orang asing yang tiada kena mengena dengannya. Malah, dia juga telah menjahanamkan harta yang ada kerana orang lain sedangkan anak sendiri disisihkan dan dibiarkan kelaparan. ESR juga diibaratkan seorang ibu yang tidak memikirkan akibat buruk selepas orang asing yang dilebihkan itu pergi begitu sahaja sedangkan dia yang susah menanggung beban hutang. kehidupannya bertambah susah kerana rezki yang ada habis dan padi yang diusahakan pula tidak menjadi.

ANTOLOGI TING. 4: HARGA REMAJA

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan ubat.

cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan setiap seteru.

cahari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.

cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang setiawan.


Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka

MAKSUD RANGKAP 1

apabila kita mencari sahabat, kita hendaklah mencari sahabat yang boleh dijadikan penawar dalam apa-apa juga situasi.

MAKSUD RANGKAP 2

apabila kita mencari guru, carilah guru yang mampu mendidik dan mengajar kita mengenal musuh

MAKSUD RANGKAP 3

apabila kita mencari isteri, carilah isteri yang taat serta sanggup buat apa-apa sahaja untuk suami dan tidak memikirkan kepentingan diri

MAKSUD RANGKAP 4

apabila kita mencari kawan, carilah kawan yang mempunyai semangat setia kawan serta bersedia mengharungi suka duka bersama