Thursday, July 30, 2009

Golongan orang kurang upaya(OKU) merupakan golongan yang tidak bernasib baik dalam masyarakat dan sering merasakan bahawa diri mereka terabai. Namun, sebenarnya mereka juga sebahagian daripada anggota masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam usaha membantu golongan OKU ini. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.

Pendahuluan:

- Definisi konsep OKU
- Laporan media massa; golongan OKU merupakan aset bernilai kepada negara
- Jangan amalkan sikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dan sanggup membiarkan OKU yang kudung kedua-dua kaki tangan meminta sedekah di tepi jalan
- Oleh itu, perlu ada usaha untuk membantu modal insan yang juga penting dalam pembangunan negara.

Isi penting:

Peranan pihak kerajaan dan swasta-
1. menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kecacatan OKU spt orang yang cacat penglihatan, orang yang kudung tangan serta kaki(operator telefon di pejabat atau kilang), orang buta bermain muzik
2. menyediakan prasarana(infrastruktur) yang sesuai dan baik di tempat-tempat awam (tandas, pusat belli-belah, perhentian bas, perhentian teksi, lapangan terbang, stesen kereta api, di dalam bas, tren dsb) bagi memudahkan OKU bergerak dan menjalankan urusan seharian
3. menyediakan peruntukan (dana)untuk menjaga kebajikan OKU di negara ini – peruntukan dimasukkan dalam Bajet Negara pada setiap tahun agar apa-apa program berkaitan OKU dapat dijalankan.
4. memberi bantuan peralatan kepada OKU (untuk bergerak; kerusi roda, motosikal orang cacat, peralatan mudah untuk OKU berniaga dll)
5. mewujudkan institusi untuk melatih OKU dalam bidang kemahiran yang bersesuaian dan memberikan biasiswa kepada pelajar OKU untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Penutup – semua pihak perlu berganding bahu seperti aur dengan tebing untuk membantu OKU menjadi sebahagian daripada modal insan kelas pertama di negara ini

TAZKIRAH HARI JUMAAT

Tajuk: Kewajipan Berbakti Kepada Ibu Bapa

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. (al-Israk, ayat 23).

Huraian:

Dimaksudkan dengan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa itu ialah mentaati dan menyayangi mereka, melaksanakan hak-hak mereka, tidak menyakiti hati mereka dan tidak menyusahkan hidup mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan yang wajib ditunaikan. Melalui ketaatan menjadi suatu cara yang paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana mentaati kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Allah mewajibkan manusia supaya berbakti kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Melakukan kebaktian terhadap ibu bapa bukan hanya tertumpu kepada segelintir hamba-hamba-Nya saja, malahan Allah memuji sikap sebahagian rasul-Nya kerana kebaktian mereka terhadap ibu bapa mereka. Misalnya, kebaktian Nabi Ismail a.h. kepada ayahandanya Nabi Ibrahim a.h. dalam mematuhi titah perintah Allah. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud, Wahai ayah, jalankanlah perkara yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapatiku dari orang yang sabar. (al-Saffat, ayat 102) Berdasarkan ayat ini, jelas menyerlahkan mengenai kebaktian Nabi Ismail a.h. terhadap bapanya Nabi Ibrahim a.h. dengan mentaati perintah Allah. Menerusi kebaktian yang dilakukan di kalangan rasul-rasul-Nya ini, menjadi contoh dan pengajaran yang cukup baik kepada semua umat manusia. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menghubungkan ikatan silaturrahim.

MENCARI ERTI SEBUAH KEBAHAGIAAN

TIPS UNTUK BAHAGIA1. JANGAN MENYIMPAN DENDAM - dendam merupakan hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Mahukah anda menanggungnya sepanjang hidup? Tentu tidak. Janganlah disia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam..yang sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita untuk hal-hal yang positif.

2. JANGAN HIDUP DENGAN MASA LALU - Mungkin kita akan rasa terbuai pada saaat mengingatkan hal-hal yang menyenangkan pada masa lalu tetapi jangan terlena di dalamnya. Konsentrasilah dengan apa-apa yang terjadi pada saat ini..kerana kita pun akan mampu merasakan banyak kebahagiaan pada saat ini. Pasti kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita menghargai apa yang terjadi sekarang daripada mengingati kebahagiaan pada masa lalu. Peristiwa masa lalu biarlah pergi bersama waktu.

3. BERSYUKURLAH SELALU - Bersyukur dan berterima kasihlah atas semua yang kita dapat, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif tersebut, akan ada hal baik yang mampu kita pelajari.

KECEWAKAH AKU?

Hari ini 30 Julai 2009..bermakna dua minggu lagi Peperiksaan Percubaan PMR. Namun, aku lihat anak-anak murid kesayanganku masih lagi boleh terkekeh-kekeh tatkala perbincangan penulisan karangan. Malah, anakku sendiri MUHAMMAD FAIZAL masih alpa dengan gelegaknya yang benar-benar mencabar kesabaranku. Nak aku marah anak orang lain..anak sendiri pun lebih kurang dua kali lima.

Masuk pula kelas 5 Sains 1..kuranglah sedikit tekanan perasaan. Maklumlah anak murid dah besar dan agak matang. Namun, tatkala transisi kelas nampaklah belang mereka yang bising, berbahasa bukan bahasa kebangsaan..Aku ni tak pandai berbahasa Mandarin atau Tamil..Majoriti muridku di 5 Sains 1 ni yang berkulit gelap dan putih melepak(Faham-faham aje ye)..selalu kena ditegur agar mempraktikkan pertuturan bahasa Melayu. Bukanlah aku tak izinkan mereka berbahasa mereka..cuma, subjuk BM ni wajib lulus kalau berhajat nak lulus SPM tahun ni..Belajarlah berbahasa kebangsaan. Boleh sayang?????

Buat AJK Tertinggi Kelab SPBT..kembalilah ke pangkal jalan. Ingat, tugas di bilik SPBT semakin menggunung. Buku-buku untuk kegunaan 2010 dah bersepah kat lantai tu..Kalau rasa-rasa nak dapatkan sijil penghargaan hujung tahun 2009 ni..SENDIRI MAU INGATLAH.....!

TIPS UNTUK BERJAYA

JANGAN sesekali memotong sesuatu yang dapat dibuka ikatannya.
LIHATLAH masalah sebagai kesempatan untuk pertumbuhan dan penguasaan diri.
JADILAH ahli dalam pengurusan waktu
NILAILAH hasil yang diperoleh dengan menggunakan tolok ukur seberapa banyak anda menikmati kedamaian, kesihatan dan kasih sayang.
JANGAN tunda pelaksanaan gagasan (idea-idea) yang baik. Kemungkinan ada orang lain yang baru sahaja memikirkannya juga. Kejayaan datang kepada orang yang bertindak terlebih dahulu.
BERHATI-HATILAH terhadap orang yang mengatakan kepada anda betapa dia itu jujur.
INGATLAH bahawa pemenang melakukan perkara yang tidak mahu dilakukan oleh orang yang kalah.
CARILAH peluang, bukan rasa aman. Kapal yang ditinggalkan di pelabuhan memang aman, tetapi ada waktunya bahagian bawah kapal rosak berkarat.
JALANILAH kehidupan sedemikian rupa sehingga tulisan di batu nisan dapat dituliskan; "Tidak Ada Penyesalan".
USAHAKAN mencapai keunggulan, bukan kesempurnaan.
BERI orang kesempatan kedua, tetapi jangan kesempatana ketiga.
BELAJARLAH mengenali hal-hal yang tidak berkaitan, kemudian abaikan!
JANGAN lupa, keperluan emosional terbesar seseorang adalah untuk merasai dihargai.
HABISKAN lebih sedikit waktu untuk membahaskan siapa yang benar dan lebih banyak waktu untuk membahaskan apa yang benar!
BEKERJALAH dengan orang yang lebih pandai daripada anda.
(VINCENT GASPERZ DALAM BUKU PEDOMAN PENYUSUNAN RENCANA BISNES)

MUTIARA KATA

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - JOSEPH CONRAD

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - WILLIAM J. SIEGEL

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai oleh mereka adalah kesan langsung pemikirannya. - JAMES ALLEN

Monday, July 27, 2009

BERTENANG KETIKA MEMBUAT KEPUTUSAN
Dalam menjalani kehidupan, kita perlu banyak bertenang kerana dengan hanya bertenang boleh membuahkan pemikiran yang terbaik. Percayalah, ketika kita gopoh, sebenarnya separuh daripada keintelektualan kita telah hilang. Orang yang gopoh-gapah mudah silap dalam membuat pilihan mahupun keputusan. HM. TUAH

UJIAN PENILAIAN 2, TINGKATAN 5 SMKHK

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memajukan industri desa di negara ini.
Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


ayat pendahuluan:
- awalnya diusahakan secara kecil-kecilan
- pelbagai reka bentuk menarik dan bermutu
- kain batik, songket, tembikar dll
- mendapat pasaran yang meluas
- menjadi khazanah warisan bangsa yang "tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas"

isi-isi penting
a. pengusaha ada prinsip untuk berjaya dan berjiwa besar
- memandang bidang ini ada potensi untuk maju
- memberikan bantuan modal dan pemasaran
- bat loncatan untuk memasarkan barangan ke peringkat antarabangsa

b. pihak kerajaan dan swasta memberikan bantuan dan sokongan
- menjamin pengusaha dapat terus beroperasi dan bersaing
- memberikan bantuan modal dan pemasaran
- memberikan motivasi kepada pengusaha

c. pengusaha melakukan pnyelidikan dan menghasilkan produk baharu
- cita rasa pengguna sentiasa berubah. inginkan sesuatu yang baharu mengikut peredaran zaman
- kajian berterusan dilakukan. membuat tinjauan dan mendapatkan idea daripada negara-negara maju dalam industri ini
- produk dapat kekal dalam pasaran

penutup:
- perlu dimajukan oleh pengusaha itu sendiri
- hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- menjadi industri yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa

Friday, July 24, 2009

CINTA APA YANG KAU MILIKI?

Cinta.. sering kita sebut.. sentiasa bermain-main di bibir mulut juga jauh nun di lubuk sanubari.

Dalam tawa, dalam tangis kita menyebut “cinta”.

Namun begitu, apa itu cinta?

Izinkan saya berkongsi “Bicara Tentang Cinta” seseorang yang bernama - initial nya MRBM yang mengusik jiwa banyak pembaca.

“Seorang bijak berkata kepadaku:

“Anakku, mari kita bicara tentang cinta. Cinta apa yang kau miliki?”

Merasa diri ini memang belum faham apa makna cinta yang sebenarnya, maka aku dengarkan baik-baik setiap hikmah yang menyemburat seperti cahaya.

Anakku, kamu harus membuka hatimu lebar-lebar agar bisa menangkap esensi cinta yang akan aku sampaikan.

Simpan pertanyaanmu nanti, kerana setiap pertanyaan itu terlahir dari akal.

Seperti langit, akal melayang tinggi di atas bumi tempatmu berpijak. Dan kau pun akan jauh dari hati pijakanmu, satu-satunya titik yang mampu menangkap esensi cinta.

Lihat batang bunga mawar itu. Dia punya potensi untuk mempersembahkan bunga merah dan harum yang semerbak. Namun jika batang itu tak pernah ditanam, tak akan pernah mawar itu menghiasi kebunmu. Maka, hanya dengan membuka diri untuk tumbuhnya akar dan daunlah, batang mawar itu akan melahirkan bunga mawar yang harum.

Demikian juga dengan hatimu, anakku.

Kau harus membukanya, agar potensi cinta yang terkandung di dalamnya bisa merekah, lalu menyinari dunia sekitarmu dengan kedamaian.

Anakku, begitu sering kau bicara cinta.

Cinta kepada isteri, cinta kepada anak, cinta kepada agama, cinta kepada bangsa, cinta kepada falsafah, cinta kepada rumah, cinta kepada kebenaran, cinta kepada Tuhan.

Apakah isi atau esensi dari cintamu itu?

Kau bilang itu cinta suci, cinta sejati, cinta yang keluar dari lubuk hati yang paling dalam, cinta sepenuh hati, cinta pertama.

Apakah benar begitu, anakku?

Mungkin di kampung kau punya seekor kuda. Begitu sayangnya kau pada kuda itu. Setiap hari kau beri makan, minum, kau rawat bulunya, kau bersihkan, kau ajak jalan-jalan. Seolah kuda itu telah menjadi sebahagian daripada hidupmu, seperti saudaramu. Kau mencintai kuda itu sepenuh hati.

Namun, suatu ketika datang orang yang ingin membelinya dengan harga yang fantastik. Hatimu goyah, dan kau pun menjualnya.

Cintamu tidak sepenuh hati, kerana kau rela menjual cinta.

Kau mencintai kuda, kerana kegagahannya membuatmu bangga dan selalu senang ketika menungganginya.

Namun, ketika datang harta yang lebih memberikan kesenangan, kau berpaling. Kau cinta kerana kau mengharapkan sesuatu dari yang kau cintai.

Kau cinta kudamu, karena mengharapkan kegagahan.

Cintamu berpaling kepada harta, karena kau mengharapkan kekayaan.

Ketika keadaan berubah, berubah pula cintamu.

Kau sudah punya isteri. Begitu besar cintamu kepadanya. Bahkan kau bilang, dia adalah pasangan sayapmu. Tak mampu kau terbang jika pasangan sayapmu sakit.

Cintamu cinta sejati, sehidup semati.

Namun, ketika kekasihmu sedang tak enak hati yang ke-100 kali, kau enggan menghiburnya, kau biarkan dia dengan nestapanya karena sudah biasa. Ketika dia sakit yang ke-50 puluh kali, perhatianmu pun berkurang, tidak seperti ketika pertama kali kau bersamanya. Ketika dia berbuat salah yang ke-10 kali, kau pun menjadi mudah marah dan kesal.

Tidak seperti pertama kali kau melihatnya, kau begitu pemaaf. Dan kelak ketika dia sudah keripot kulitnya, akan kau cari pengganti dengan alasan dia tak mampu mendukung perjuanganmu lagi?

Kalau begitu, maka cintamu cinta berpengharapan.

Kau mencintainya, karena dia memberi kebahagiaan kepadamu. Kau mencintainya, karena dia mampu mendukungmu.

Ketika semua berubah, berubah pula cintamu.

Kau punya sahabat. Begitu sayangnya kau kepadanya. Sejak kecil kau bermain bersamanya, dan hingga dewasa kau dan dia masih saling membantu, melebihi saudara. Kau pun menyatakan bahwa dia sahabat sejatimu. Begitu besar sayangmu kepadanya, tak bisa digantikan oleh harta.

Namun suatu ketika dia mengambil jalan hidup yang berbeda dengan keyakinanmu. Setengah mati kau berusaha menahannya. Namun dia terus melangkah, kerana dia yakin itulah jalannya. Akhirnya, bekal keyakinan dan imanmu menyatakan bahawa dia bukan sahabatmu, bukan saudaramu lagi. Dan perjalanan kalian sampai di situ.

Kau mencintainya, karena dia mencintaimu, sejalan denganmu. Kau mendukungnya, mendoakannya, membelanya, mengunjunginya, kerana dia seiman denganmu.

Namun ketika dia berubah keyakinan, hilang sudah cintamu.

Cintamu telah berubah.

Kau memegang teguh agamamu. Begitu besar cintamu kepada jalanmu. Kau beri makan fakir miskin, kau tolong anak yatim, tak pernah kau tinggalkan ibadahmu, dengan harapan kelak kau bisa bertemu Tuhanmu. Namun, suatu ketika orang lain menghina nabimu, dan kau pun marah dan membakar tanpa ampun. Apakah kau lupa bahwa jalanmu mengajak untuk mengutamakan cinta dan maaf?

Dan jangankan orang lain yang menghina agamamu, saudaramu yang berbeda pemahaman saja engkau kafirkan, engkau jauhi, dan engkau halalkan darahnya. Bukankah Tuhanmu saja tetap cinta kepada makhlukNya yang seperti ini, meskipun mereka bersujud atau menghinaNya?

Kau cinta kepada agamamu, tapi kau persepsikan cinta yang diajarkan oleh Tuhanmu dengan caramu sendiri.

Anakku, selama kau begitu kuat terikat kepada sesuatu dan memfokuskan cintamu pada sesuatu itu, selama itu pula kau tidak akan menemukan True Love.

Cintamu adalah Selfish Love, cinta yang mengharapkan, cinta kerana menguntungkanmu.

Cinta yang akan luntur ketika sesuatu yang kau cintai itu berubah. Dengan cinta seperti ini kau ibaratnya sedang meng-asphalt jalan. Kau tebarkan pasir di atas sebuah jalan untuk meninggikannya. Lalu kau keraskan dan kau lapisi atasnya dengan asphalt. Pada awalnya tampak bagus, kuat, dan nyaman dilewati. Setiap hari kenderaan lewat di atasnya.

Dan musim pun berubah, ketika hujan turun dengan derasnya, dan trak-trak besar melintasinya. Lapisannya mengelupas, dan lama-lama tampak lah lobang di atas jalan itu.

Cinta yang bukan True Love, adalah cinta yang seperti ini, yang akan berubah ketika sesuatu yang kau cintai itu berubah.

Kau harus memahami hal ini, anakku.

Sekarang lihatlah, bagaimana Tuhanmu memberikan cintaNya.

Dia mencintai setiap yang hidup, dengan cinta (rahman) yang sama, tidak membeda-bedakan. Manusia yang menyembahNya dan manusia yang menghinaNya, semua diberiNya kehidupan.

KekuasaanNya ada di setiap yang hidup.

Dia tidak meninggalkan makhlukNya, hanya kerana si makhluk tidak lagi percaya kepadanya. Jika Dia hanya mencintai mereka yang menyembahNya saja, maka Dia namanya pilih kasih, Dia memberi cinta yang berharap, mencintai kerana disembah.

Dia tidak begitu, Dia tetap mencintai setiap ciptaanNya.

Itulah True Love.

Cinta yang tak pernah berubah, walau yang dicintai berubah.

Itulah cinta kepunyaan Tuhan.

Anakku, kau harus menyematkan cinta sejati ini dalam dirimu.

Tanam bibitnya, pupuk agar subur, dan tebarkan bunga dan buahnya ke alam di sekitarmu.

Dan kau perlu tahu, anakku. Selama kau memfokuskan cintamu pada yang kau cintai, maka selama itu pula kau tak akan pernah bisa memiliki cinta sejati, True Love.

Cinta sejati hanya kau rasakan, ketika kau melihat Dia dalam titik pusat setiap yang kau cintai.

Ketika kau mencintai isterimu, bukan kecantikan dan kebaikan isterimu itu yang kau lihat, tapi yang kau lihat:

“Ya Allah! Ini ciptaanMu, sungguh cantiknya. Ini kebaikanMu yang kau sematkan dalam dirinya.”

Ketika kau lihat saudaramu entah yang sejalan maupun yang berseberangan, kau lihat pancaran CahayaNya dalam diri mereka, yang tersembunyi dalam misteri jiwanya. Kau harus bisa melihat Dia, dalam setiap yang kau cintai, setiap yang kau lihat.

Ketika kau melihat makanan, kau bilang:

“Ya Allah, ini makanan dariMu. Sungguh luar biasa!”

Ketika kau melihat seekor kucing yang buruk rupa, kau melihat kehidupanNya yang mewujud dalam diri kucing itu.

Ketika kau mengikuti sebuah ajaran, kau lihat Dia yang berada dibalik ajaran itu, bukan ajaran itu yang berubah jadi berhalamu.

Ketika kau melihat keyakinan lain, kau lihat Dia yang menciptakan keyakinan itu, dengan segala rahsia dan maksud yang kau belum mengerti.

Ketika kau bisa melihat Dia, kemanapun wajahmu memandang, saat itulah kau akan memancarkan cinta sejati kepada alam semesta.

Cintamu tidak terikat dan terfokus pada yang kau pegang. Cintamu tak tertipu oleh baju falsafah, agama, isteri, dan harta benda yang kau cintai.

Cintamu langsung melihat titik pusat dari segala falsafah, agama, isteri, dan harta benda, di mana Dia berada di titik pusat itu.

Cintamu langsung melihat Dia.

Dan hanya Dia yang bisa memandang Dia.

Kau harus memahami ini, anakku.

Maka, dalam dirimu hanya ada Dia, hanya ada pancaran cahayaNya.

Dirimu harus seperti bunga mawar yang merekah. Kerana hanya saat mawar merekah lah akan tampak keindahan di dalamnya, dan tersebar bau wangi ke sekitarnya.

Mawar yang tertutup, yang masih kuncup, ibarat cahaya yang masih tertutup oleh lapisan-lapisan jiwa. Apalagi mawar yang masih berupa batang, semakin jauh dari terpancarnya cahaya.

Bukalah hatimu, mekarkan mawarmu.

Anakku, hanya jiwa yang telah berserah diri saja lah yang akan memancarkan cahayaNya. Sedangkan jiwa yang masih terlalu erat memegang segala yang dicintainya, akan menutup cahaya itu dengan berhala falsafah, agama, isteri, dan harta benda.

Lihat kembali, anakku, akan pengakuanmu bahawa kau telah berserah diri. Lihat baik-baik, teliti dengan seksama, apakah pengakuan itu hanya pengakuan sepihak daripadamu?

Apakah Dia membenarkan pengakuanmu?

Ketika kau bilang “Allahu Akhbar,” apakah kau benar-benar sudah bisa melihat keakhbaran Dia dalam setiap yang kau lihat?

Jika kau masih erat mencintai berhala-berhalamu, maka sesungguhnya jalanmu menuju keberserahdirian masih panjang. Jalanmu menuju keber-Islam-an masih di depan.

Kau masih harus membuka kebun bunga mawar yang terkunci rapat dalam hatimu.

Dan hanya Dia-lah yang memegang kunci kebun itu.

Mintalah kepadaNya untuk membukanya.

Lalu, masuklah ke dalam taman mawarmu. Bersihkan rumput-rumput liar di sana, gemburkan tanah, sirami batang mawar, halau jauh-jauh ulat yang memakan daunnya. Kemudian, bersabar lah, bersyukur lah, dan bertawakal lah.

InsyaAllah, suatu saat, jika kau melakukan ini semua, mawar itu akan berbunga, lalu merekah menyebarkan bau harum ke penjuru istana.

Semoga Allah membimbingmu, anakku”.

RUJUKAN: DCCK

KEPENTINGAN MELAHIRKAN MASYARAKAT PENYAYANG

kepentingan mewujudkan masyarakat penyayang kepada ibu bapa sempena mesyuarat agong persatuan ibu bapa dan guru. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya


Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis , Yang berbahagia Pengetua Sekolah Menengah La Salle Klang , Puan Hajjah Zainon binti Kassim , Yang berusaha Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menangah Kebangsaan La Salle Klang , Encik Shen Yee Aun , Yang dihormati Guru – guru Penolong Kanan , Ibu bapa dan guru yang hadir pada hari ini serta seterusnya kepada pelajar – pelajar yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada hari ini saya dijemput oleh pihak sekolah untuk memberi sepatah dua kata dalam Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Saya pula lebih minat membuka tirai dengan memberi ceramah berkaitan dengan usaha dan kepentingan mewujudkan masyarakat penyayang.


Ramai tertanya mengapa kita perlu mewujudkan masyarakat penyayang dan apakah kepentingan masyarakat penyayang diwujudkan ? Saya pula akan menjawab tepuklah dada dan tanyalah selera masing – masing mengapa begitu banyak masalah berlaku di negara kita ? Boleh dikatakan hampir setiap isu dari isu sosial kepada politik adalah disebabkan kurangnya sifat penyayang dalam kalangan masyarakat. Manusia sanggup bercakaran antara satu sama lain demi kepentingan diri sendiri dan terdapat juga kes – kes sosial yang dalam kalangan remaja kita disebabkan kurangnya kasih sayang daripada orang terdekat mereka. Mungkin masih yang belum mengetahui apakah maksud masyarakat penyayang yang sebenar ? Masyarakat penyayang merupakan sesebuah komuniti dimana setiap individu dalam komuniti tersebut memiliki sifat kasih sayang , simpati , prihatin dan kesangguppan untuk berkorban dan bertolak ansur dengan semua. Oleh itu pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat penyayang.

Hadirin dan hadirat sekalian ,

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mewujudkan masyarakat penyayang. Hal ini disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahir oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat – sifat penyayang. Ibu bapa tidak perlu untuk mengambil tahu masyarakat ini begitu besar dan bagaimana hanya anak saya seorang mampu membentuk sebuah masyarakat penyayang ? Jawapannya ialah jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha ini dan penggabungan kesemua anak – anak di Malaysia sudah mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. Justeru , ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak – anak kerana bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Pepatah ini membuktikkan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah mereka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu , ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak – anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk bersifar kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagian kasih sayang.

.

Selain itu , pihak sekolah juga merupakan salah satu agen yang penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang penyayang . Pendedahan nilai – nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu , pihak sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai – nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Agama Islam dan Pendidikan Moral sahaja tetapi nilai – nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut. Guru – guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya pendekatan – pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan supaya para pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni

Kerajaan juga boleh mesti mengambil inisiatif untuk turut membantu dalam membentuk sebuah masyarakat yang penyayang. Sehubungan itu , kerajaan boleh mengadakan kempen pembentukan masyarakat penyayang di seluruh negara. Kempen yang dijalankan mesti holistik dan memberi kesan kepada masyarakat. Papan tanda serta risalah yang diedarkan mestilah mampu menarik perhatian orang ramai dan seterusnya member impak. Sifat yang murni ini juga boleh menjadi pegangan setiap kakitangan kerajaan , institusi dan jabatan kerajaan. Pemimpin – pemimpin negara dan negeri juga mesti selalu menyeru orang ramai supaya bersifat penyayang dalam ceramah dan ucapan mereka. Hal ini disebabkan rakyat biasanya akan mengikuti segala yang diseru oleh pemimpin negara.

Hadirin dan hadirat sekalian ,

Mengapa pelbagai usaha perlu dilakukan demi mewujukan sebuah masyarakat yang penyayang ? Hal ini disebabkan kewujudan masyarakat penyayang akan mempercepat proses integrasi nasional iaitu sebuah negara dimana rakyat Malaysia bersatu padu. Pertama sekali apabila dalam proses mewujudkan masyarakat penyayang sudah pun wujud elemen perpaduan apabila semua rakyat bersatu dalam menjayakan usaha yang murni ini. Selain itu , segala percakaran dan perbalahan antara satu sama lain kini adalah disebabkan kurangnya sifat penyayang dalam kalangan masyarakat Malaysia. Setiap individu tidak sudi tunduk dan sering memperjuangkan kepentingan kaum masing – masing kerana tiada sifat untuk menyayangi sesame sendiri. Oleh itu kewujudan masyarakat penyayang dapat mengubati hubungan perkauman yang semakin mutakhir ini.

Tambahan pula , masyarakat penyayang juga dapat membantu mengurangkan masalah sosial yang semakin berleluasa. Hal ini disebabkan majoriti masalah sosial yang dilakukan oleh remaja kini adalah berpunca daripada kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa , rakan sebaya dan masyarakat. Sekiranya masyarakat kita juga bersifat penyayang maka masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dikurangkan. Pengurangan masaah sosial dalam kalangan remaja kita akan melahirkan generasi baharu yang unggul untuk menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari nanti. Remaja sebenarnya bagaikan satu aset yang amat berharga kepada nusa dan bangsa dan pembentukan yang sempurna daripada aset ini mampu membantu memajukan negara.

Hadirin dan hadirat sekalian ,

Sebentar tadi telah saya jelaskan kepentingan kewujudan masyarakat penyayang dan kini saya rasa kalian sudah sedar akan kepentingannya. Oleh itu , marilah kita bersama – sama berganding bahu dalam membina sebuah masyarakat penyayang. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Klang kerana sudi menjemput saya ke sini untuk berceramah pada hari ini. Diharapkan juga persatuan ini dapat terus berjuang untuk pelajar dan kebaikan sekolah kita. Sekian terima kasih

RUJUKAN:SUMBANGAN PELAJAR.

Tuesday, July 21, 2009

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Pemahaman : Berbentuk Syarahan/Ucapan





Lampiran 1

Faedah Membaca


1.Pelbagai ilmu pengetahuan dapat diperoleh dengan mengamalkan tabiat membaca
2.Meningkatkan daya fikir seseorang
3.kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi
4.Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah
5.Memperoleh kepuasan dan keseronokan
6.Menenangkan fikiran dan mengurangkan bebanan
7.Menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh kepada orang lain
8.Mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri






Lampiran 2 :



Petikan Pemahaman



Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil dan seterusnya hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka tirai bicara. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk membicarakan tajuk syarahan “Membudayakan Amalan Membaca.”

Hadirin yang saya muliakan,
Amalan membaca memang telah disedari kepentingannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.
Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Minat membaca adalah berkaitan rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini merupakan suatu ciri pembangunan budaya dalam masyarakat yang berorientasikan pendidikan dan pembacaan.
Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, universiti atau di bandar sahaja tetapi patut dikembangkan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar Bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya bersama-sama mengejar arus pembangunan.

Tuan-tuan yang saya muliakan,
Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah terdiri daripada masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan kejahilan.
Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca. Amalan ini secara langsung akan melahirkan masyarakat berilmu dan bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.



Cara-cara menjawab soalan pemahaman dengan baik.



1. Untuk menjawab soalan yang jawapannya tersurat, baca soalan serta setiap jawapan pilihan yang diberikan.
2. Kemudian, rujuk petikan untuk mencari mana-mana bahagian yang mempunyai jawapan kepada soalan yang ditanyakan.
3. Seterusnya, buatlah perbandingan antara jawapan pilihan dengan maklumat yang dinyatakan dalam petikan.
4. Jawapan yang tepat ialah yang menyamai atau paling hampir dengan maklumat dalam petikan tersebut.
5. Untuk menjawab soalan yang jawapannya tersirat pula, mula-mula baca soalan serta setiap jawapan pilihan yang diberikan.
6. Kemudian, rujuk petikan untuk memahami mana-mana bahagian yang mempunyai jawapan secara tidak langsung kepada soalan yang ditanyakan
7. Kadang kala jawapannya dapat diperoleh menerusi pemahaman anda terhadap petikan itu secara keseluruhannya.
8. Untuk menjawab soalan ini dengan tepat, pemikiran yang kritis dan analitis amat diperlukan.
9. Bagi soalan peribahasa / perbendahaarn kata, rangkaian kata-kata yang ditanyakan biasanya berhuruf condong atau berhuruf tebal.
10. Fahami maksud rangkaian kata-kata itu berdasarkan penggunaannya dalam petikan.




Jawapan yang tepat ialah yang menepati maksud ayat atau isi yang ingin disampaikan dalam petikan berkenaan.


Lampiran 3


Baca syarahan ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil dan seterusnya hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka tirai bicara. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk membicarakan tajuk syarahan “Membudayakan Amalan Membaca.”


Hadirin yang saya muliakan,

Amalan membaca memang telah disedari kepentingannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.
Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Minat membaca adalah berkaitan rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini merupakan suatu ciri pembangunan budaya dalam masyarakat yang berorientasikan pendidikan dan pembacaan.
Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, universiti atau di bandar sahaja tetapi patut dikembangkan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar Bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya bersama-sama mengejar arus pembangunan.


Tuan-tuan yang saya muliakan,
Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah terdiri daripada masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan kejahilan.


Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca. Amalan ini secara langsung akan melahirkan masyarakat berilmu dan bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.


1. Amalan membaca itu penting kerana…


A. merupakan amalan yang dilakukan oleh pemimpin politik.
B. meningkatkan daya intelektual dan pemikiran masyarakat.
C. mempelbagaikan budaya masyarakat.
D. menjamin pembentukan masyarakat yang berbudaya.


2. Pada pendapat anda, mengapakah manusia berilmu sering dikaitkan dengan insan berbudaya membaca?
A. amalan membaca dapat menaikkan taraf hidup seseorang
B. amalan membaca amat digalakkan dalam masyarakat moden
C. amalan membaca dapat meluaskan pengetahuan dan ilmu seseorang
D. amalan membaca sukar untuk dijadikan budaya hidup masyarakat kita


3. Pergantungan negara yang kaya-raya kepada negara lain dalam pelbagai aspek kehidupan menunjukkan bahawa…
A. ilmu yang diperoleh tidak berguna jika tidak diamalkan.
B. kekayaan perlu dicari jika ingin menjadi orang yang berilmu.
C. tanpa ilmu pengetahuan, kekayaan dan kejayaan mungkin tidak bernilai.
D. ilmu pengetahuan jika dimanfaatkan boleh memberikan kemewahan.


4. Peribahasa seperti katak di bawah tempurung bermaksud…
A. tiada kemajuan dan pembangunan.
B. rendah taraf hidupnya.
C. amat sedikit pengetahuannya.
D. tingkah lakunya.


5. Yang berikut merupakan kesan yang timbul secara langsung daripada amalan membaca kecuali…
A. membentuk minda yang kreatif.
B. memperluas ilmu pengetahuan.
C. membentuk masyarakat yang bertamadun.
D. menambah kekayaan negara.


6. Pilih penyataan yang tidak benar.
A. Amalan membaca perlu dijadikan budaya hidup masyarakat kita.
B. Segenap lapisan masyarakat digalakkan mengamalkan budaya membaca.
C. Negara yang kaya-raya ialah negara yang rakyatnya suka membaca.
D. Orang yang banyak membaca maka banyaklah ilmu pengetahuannya.



1. B
2. C
3. C
4. C
5. D
6. C

Friday, July 17, 2009

Kurikulum baru mantapkan Bahasa Inggeris diperkenal tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperkenalkan kurikulum baru bagi memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris di peringkat rendah serta menengah selewat-lewatnya Januari tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kurikulum baru itu akan menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran sedia ada dan tambahan termasuk muzik, sastera, “choral speaking” dan sebagainya. "Pihak kementerian akan membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut selepas duduk semeja dengan badan bukan kerajaan (NGO), kesatuan perguruan serta pakar dalam bahasa Inggeris bagi merangka kertas konsep (cadangan) untuk diteliti, kita anggarkan empat hingga lima bulan bagi menyiapkan kurikulum itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pakar bahasa Inggeris dari dalam dan luar negara turut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulum itu. Terdahulu, beliau merasmikan “Seminar Memartabatkan Profesion Keguruan” yang dihadiri guru, kesatuan guru serta NGO dari seluruh negara. Seminar dua hari anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang julung kali diadakan itu bertujuan membincangkan masalah serta mencari hala tuju baru bagi profesion keguruan.

Alimuddin berkata, keputusan untuk memperkenalkan kurikulum baru itu dibuat berikutan pengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuatkuasa 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengarahkan PPSMI diganti dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Katanya, kementerian juga sedang dalam peringkat menyediakan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) termasuk di Terengganu, Sabah dan Sarawak bagi menggunakan 100 peratus Bahasa Inggeris dalam pembelajarannya. "Ini bagi menyediakan bakal-bakal guru berkenaan supaya menguasai sepenuhnya bahasa itu sebelum mengajar dan proses penyediaan ini dijangka mengambil masa dua hingga tiga tahun," katanya lagi. - Bernama

KAEDAH TFFP


Saya memperkenalkan satu kaedah mengembangkan isi karangan. Kaedah ini saya namakan TFFP, dan merupakan satu komponen dalam kaedah mengarang menggunakan formula yang saya perkenalkan beberapa tahun yang lalu. Yang berikut ialah penerangan ringkas tentang penggunaan kaedah TFFP.
Makalah ini memperkenalkan satu kaedah menulis perenggan isi yang senang diikuti dan digunakan apabila menjawab soalan karangan jenis pendapat, perbincangan, atau fakta, mahupun jenis-jenis lain yang bercorak deskriptif. Malah jika dikuasai dengan baik, kaedah ini juga dapat membantu calon menulis karangan-karangan jenis lain termasuk karangan jenis syarahan, perbahasan, keperihalan, dan seumpamanya. Kaedah ini dinamakan Kaedah TFFP. Kaedah ini agak berlainan daripada panduan-panduan yang pernah diketengahkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana penulisan ayat isi bagi sesuatu perenggan dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:i. Ayat Topik ( T )ii. Huraian Frasa 1 (F1)iii. Huraian Frasa 2 (F2)iv. Penegasan/Rumusan Perenggan. (P)Ayat Topik (T)Ayat Topik ialah ayat untuk mengetengahkan isi bagi karangan. Isi pula ialah idea utama atau perkara penting yang merujuk kepada soalan karangan yang ditulis. Pelajar dinasihati menggarisi kata kunci dalam soalan sebelum menyenaraikan isi karangan. Amalan ini akan mengelakkan karangan yang ditulis itu terkeluar daripada tajuk perbincangan.Ayat topik digalakkan untuk ditulis dengan memasukkan dua unsur penting dalam dua frasa. Frasa pertama menjadi fokus isi. Frasa kedua pula merupakan pelengkap kepada fokus isi berkenaan. Ayat isi yang hanya menyertakan fokus sahaja tidak begitu baik kerana tidak lengkap dan tidak menampakkan kematangan fikiran orang yang menulisnya. Cuba bandingkan kedua-dua ayat yang yang berikut:1(a) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen.1(b) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.2(a) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas.2(b) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.3(a) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar.3(b) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar di bawah penyeliaan guru-guru.Ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) lebih mantap kerana lebih jelas dan lengkap. Semasa membuat huraian, ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Justeru pelajar mempunyai lebih banyak idea untuk dikembangkan. Perkara ini akan membantu pelajar untuk mengatasi masalah ketidakcukupan jumlah perkataan dalam karangan.Biasanya ayat topik atau isi utama ialah isi karangan yang telah ditetapkan oleh pelajar semasa membuat draf atau perancangan menulis karangan. Cara inilah yang biasanya diajar oleh guru-guru di sekolah. Amalan merancang atau menulis isi terlebih dahulu sebelum menulis adalah baik kerana mengelakkan pelajar daripada lupa. Jadi, pelajar dinasihati supaya mengamalkan cara ini setiap kali menulis karangan. Yang penting, guru-guru perlu melatih pelajar supaya menulis ayat topik yang terdiri daripada dua frasa yang boleh dihuraikan dengan lebih panjang.Frasa 1 dan Frasa 2Seperti yang disarankan, ayat topik hendaklah terdiri daripada dua frasa. Contohnya, cuba lihat ayat-ayat topik yang berikut:i. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.ii. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mencuri air.iii. Langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi krisis bekalan air adalah dengan mengawal penebangan hutan di kawasan tadahan.iv. Seterusnya, krisis bekalan air juga dapat ditangani dengan menggantikan saluran paip yang rosak dengan paip yang tahan lebih lama.Jika diperhatikan ayat-ayat topik yang disenaraikan, setiap ayat dibina dengan menggunakan dua frasa yang utama dan boleh dihuraikan secara berasingan. Ayat (i) misalnya, Frasa 1 (F1) ialah melaksanakan kempen. Frasa 2 (F2) pula ialah yang lebih berkesan.Dalam ayat (ii) F1 ialah mengambil tindakan tegas, dan F2 pula ialah orang yang mencuri air. Semasa membuat huraian, pelajar boleh menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara berasingan sebelum merumuskan kedua-dua dalam satu atau dua ayat yang lengkap. Contoh-contoh boleh disertakan semasa menghuraikan kedua-dua frasa berkenaan. Begitu juga halnya dengan isi-isi yang lain. Perkara penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah cara untuk membahagikan ayat isi mereka kepada frasa-frasa yang dapat dihuraikan dengan sistematik.Penegasan/Rumusan Perenggan (P)Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagi perenggan berkenaan. Penanda wacana yang disesuaikan wajar digunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telah ditutup dengan baik. Contohnya:i. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.ii. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat yang mungkin.iii. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam kehidupan masyarakat.iv. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang tidak berterusan.Menulis perenggan isiSetelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, maka pelajar boleh menulis perenggan mengikut kaedah yang dicadangkan iaitu kaedah T, F1, F2, dan P. Dalam setiap perenggan, keempat-empat perkara tersebut perlu dititikberatkan supaya perenggan yang ditulis itu lengkap dan menarik. Selain itu calon dapat menulis dalam jumlah perkataan yang lebih banyak.Ayat (i) dapat dihuraikan dengan mudah apabila pelajar menghuraikannya mengikut frasa yang telah ditetapkan. Frasa 1 boleh dihuraikan seperti yang berikut:Huraian F1 (melaksanakan kempen)Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan oleh menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan. Huraian F2 (yang lebih berkesan)Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini tibalah masanya pihak-pihak nyang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Kedua-dua huraian ini dicantumkan dalam satu perenggan bersama-sama ayat isi dan juga rumusan perenggan. Maka perenggan tersebut akan menjadi sebuah perenggan yang lengkap seperti yang berikut.Satu langkah untuk menjimatkan air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan. Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat. (110 perkataan)Dengan berdasarkan penjelasan yang diberi, pelajar-pelajar boleh mencuba untuk membahagikan ayat-ayat topik yang berikut kepada F1 dan F2. Selepas itu cuba huraikan setiap frasa itu dengan jelas dan cantumkan huraian-huraian itu supaya menjadi perenggan isi yang lengkap.a. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sisa toksik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.b. Aktiviti kokurikulum mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin.c. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap pengguna jalan raya yang ingkar.Perenggan contohAyat topik : Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.F1 : tidak ada tindakan yang tegas F2 : terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.Huraian lengkapPunca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat. Selama ini tindakan yang dilaksanakan bersifat mengikut musim. Pegawai yang diamanahkan untuk bertindak memiliki sikap tidak ubah seperti pahat dengan pemukul. Tindakan hanya dilakukan dalam tempoh yang terhad. Selain itu tindakan yang dijalankan juga tidak begitu tegas dan hanya untuk memenuhi rutin kerja pegawai-pegawai yang terbabit. Ada juga unsur-unsur penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan gejala ini tidak dapat diatasi. Satu bentuk tindakan yang menyeluruh patut dikuatkuasakan terhadap semua pihak yang menyebabkan gejala ini berlaku. Tindakan patut dikenakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang bahan-bahan cetak rompak. Ketiga-tiga golongan ini merupakan penyebab utama berlaku gejala tersebut. Tindakan terhadap satu pihak sahaja tidak akan meninggalkan kesan yang diharapkan. Oleh yang demikian satu bentuk tindakan yang lebih tegas patut dilaksanakan meliputi semua pihak yang terbabit dalam gejala ini. (140 perkataan)Rasionalnya, jika satu perenggan isi mengandungi lebih daripada 100 perkataan, karangan calon sudah pasti dapat memenuhi kehendak jumlah perkataan seperti dalam soalan. Oleh itu calon layak mendapat markah yang tinggi dengan syarat isi-isi tersebut adalah mantap, bahasa baik dan bervariasi, menepati tajuk, dan dipersembahkan dengan baik. Selain itu contoh-contoh dapat diberi dengan lebih banyak iaitu semasa menghuraikan kedua-dua frasa dalam ayat topik secara berasingan. Maka cara ini dapat membantu calon mengatasi beberapa kelemahan dalam menulis karangan, terutama dari aspek jumlah perkataan.
RUJUKAN : BLOG DR.GHAZALI LATEH
Posted by Ghazali Lateh at 5:40 PM 0 comments
Sinopsis Keseluruhan Novel Bukit Kepong


Novel Bukit Kepong mengisahkan peristiwa benar yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Inggeris telah dating semula ke Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah dan terpaksa berdepan dengan ancaman Pati Komunis Malaya (PKM) yang berleluasa melakukan keganasa dan ugutan. Rakyat diugut dengan seribu ancaman untuk membantu perjuangan komunis. Banyak harta benda musnah dan rakyat yang tidak berdosa menjadi korban. Inggeris bertindak mengharamkan PKM dan pada tahun 1948, Inggeris mengisytiharkan darurat di seluruh negara.
Kesan pengisytiharan darurat bukan sahaja menyekat pergerakan anggota komunis, tetapi juga turut menjejaskan kehidupan rakyat. Perintah berkurung dan kawalan ketat di jalan-jalan raya telah menyulitkan pergerakan anggota komunis untuk mendapat bekalan makanan dan ubat-ubatan. Kejayaan Parti Komunis China telah mendorong PKM melancarkan gerakan perang gerila terhadap Inggeris. Gerakan PKM ini telah mengancam negara dan rakyat. Ramai rakyat terutama kaum Cina yang dianggap menjadi tali barut Inggeris dan enggan bekerjasama dengan PKM diseksa dan dibunuh dengan kejam. Inggeris mula berasa bahang kekejaman komunis apabila banyak ladang milik Inggeris menjadi sasaran serangan anggota komunis.
Keamanan negara yang tergugat menggamit semangat patriotik di kalangan pemuda Melayu. Seruan Inggeris supaya pemuda Melayu memasuki pasukan polis mendapat sambutan hangat di kalangan pemuda Melayu. Othman pemuda dari Kulim, Kedah telah berjaya mengikuti latihan polis selama enam bulan di Kuala Lumpur. Setelah tamat latihan, Othman bertugas di Pagoh, Muar, Johor. Dia membawa Limah, isteri yang baru dikahwininya atas dasar pilihan keluarga, tinggal di rumah kelamin di Rumah Pasung Pagoh.
Seperti daerah-daerah lain di Johor, Muar juga merupakan kawasan hitam yang menjadi sasaran keganasan komunis. Pagoh juga tidak terkecuali daripada perintah berkurung; memudahkan pihak keselamatan mengesan pergerakan komunis. Keadaan keselamatan di Pagoh juga tergugat dengan ancaman pengganas komunis. Penduduk Pagoh menjadi gempar apabila pengganas komunis yang diketuai oleh Lektuan telah membakar bas penumpang yang dalam perjalanan dari Muar ke Pagoh pada suatu petang. Pengganas komunis telah memaksa semua penumpang menyerahkan wang, harta benda, termasuklah barang-barang kemas penumpang-penumpang wanita. Pengganas komunis juga memaksa semua penumpang termasuk wanita menanggalkan pakaian mereka. Antara mangsa yang terlibat dalam kejadian ini ialah beberapa orang isteri anggota polis Pagoh yang dalam perjalanan balik dari Muar. Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota polis Pagoh dengan bantuan ketua Kampung Raja. Sejak kejadian itu, tahap keselamatan kompleks rumah pasung dan pangkalan sekatan jalan raya di daerah Pagoh telah diperketatkan. Beberapa cubaan menyeludup barang makanan dan ubat-ubatan oleh tali barut pengganas komunis telah berjaya dibanteras.
Mukim Bukit Kepong yang terletak di hulu Muar yang masih dianggap sebagai kawasan selamat telah mula menerima bahang gangguan kegiatan komunis. Menyedari keadaan mukimnya yang mula terancam, Penghulu Ali selaku ketua kampung telah berusaha berjumpa Pegawai Daerah Muar untuk mendapatkan khidmat anggota polis di Bukit Kepong. Enam anggota polis ditempatkan di sebuah rumah yang dijadikan rumah pasung sementara di Bukit Kepong, sebagai langkah berjaga-jaga. Tetapi, memandangkan keadaan di Bukit Kepong yang masih aman, khidmat anggota polis ini ditamatkan enam bulan kemudian. Kesempatan ini telah diambil oleh PKM untuk menyebarkan dakyah dan pengaruh mereka untuk mendapatkan sokongan penduduk kampung. Keamanan penduduk Bukit Kepong mula terancam, terutama orang-orang Cina yang menjadi sasaran utama komunis. Keadaan ini dilaporkan oleh Penghulu Ali kepada Pegawai Daerah Muar; kerajaan telah bersetuju menempatkan semula sepasukan polis di Bukit Kepong.
Komunis terus berusaha mempengaruhi penduduk Bukit Kepong dengan menghantar komunis Melayu yang bernama Madera untuk memujuk orang-orang Melayu supaya memberi sokongan kepada perjuangan komunis. Penghulu Ali berusaha memberi penerangan kepada penduduk kampung akan dakyah jahat komunis dan kekejaman yang telah dilakukan oleh komunis di tempat-tempat lain. Peristiwa pembunuhan dua pengganas komunis oleh tiga orang penduduk kampung yang terserempak dengan mereka, telah menjadikan keselamatan Bukit Kepong semakin terancam. Penghulu Ali telah berjaya mendapat kebenaran menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung untuk membantu pihak polis berkawal di tempat-tempat strategic dalam mukim Bukit Kepong.
Pada Disember 1949, Rumah Pasung Bukit Kepong telah dinaikkan status, amggotanya ditambah sebanyak 16 orang dengan diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah untuk menghadapi ancaman komunis yang semakin mengganas. Peristiwa pembunuhan ibu, isteri dan anak Saibun ialah misi membalas dendam komunis di atas kematian dua anggotanya. Peristiwa ini sekali lagi menggemparkan penduduk mukim Bukit Kepong dan pasukan polis telah melancarkan gerakan kawalan yang lebih ketat.
Pergerakan komunis semakin sukar akibat daripada tekanan darurat, peningkatan gerakan pasukan keselamatan dan catuan makanan yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris. Walaupun begitu, mereka terus mengganas dan menyerang penduduk kampung dan lading-ladang getah. Lamfong, ketua kompeni keempat rejimen ketiga PKM cawangan Muar bermaharajarela menyerang kampung dan pekan. Mereka membunuh dan merampas makanan serta ubat-ubatan. Mereka juga menyerang ladang-ladang getah kepunyaan syarikat Inggeris dan tauke Cina yang dianggap menjadi ‘mata telinga’ kerajaan Inggeris, serta enggan membantu perjuangan komunis; dibunuh dengan kejam.
Peristiwa serangan pos polis di pekan Simpang, pembakaran rumah kongsi di Ladang Getah Palaniapa dan pembunuhan tauke ladang getah di Batu 17, menunjukkan pengganas komunis yang dipimpinoleh Lamfong, Lektuan, dan Madera iaitu ketua pengganas komunis Melayu semakin mengganas di daerah Muar. Sehubungan itu, sekatan jalan raya dan kawalan keselamatan anggota polis dipertingkatkan lagi. Rancangan Chanfei yang bergabung dengan Lamfong untuk menyerang Balai Polis Labis berjaya dikesan oleh perisik polis. Dalam satu operasi sulit, anggota polis yang diketuai oleh Inspektor Chin dan dibantu oleh beberapa pegawai kanan polis Kluang dan Johor Bahru bersama-sama dua platun pasukan jungle squad telah berjaya mematahkan rancangan komunis untuk menyerang Balai Polis Labis. Dalam serangan itu pihak polis telah berjaya membunuh 23 pengganas, menawan 17 komunis yang cedera dan merampas senjata pihak komunis.
Berikutan kejadian di Labis, kedudukan Rumah Pasung Bukit Kepong dan Lenga diperkuatkan bagi menghadapi kemungkinan serangan pengganas komunis yang akan membalas dendam kekalahan mereka di Labis. Lans Koperal Jidin Omar, Othman,Yusuf Rono, EPC Ahmad Khalid, dan EPC Mohd. Top Lazim yang bertugas di Pagoh telah diarah bertukar ke Bukit Kepong. Memandangkan keadaan keselamatan yang tidak selamat, mereka tidak dibenarkan membawa keluarga bersama-sama ke Bukit Kepong. Othman terpaksa menghantar isterinya pulang ke kampung.
Selepas perisitwa di Labis, pihak komunis telah merancang untuk membalas dendam dengan menjadikan Rumah Pasung Bukit Kepong sebagai sasaran. Mereka membuat perancangan teliti untuk memastikan kompleks polis Bukit Kepong dapat ditawan dengan mudah. Gerakan mereka menyerang polis ini sengaja dirancang semasa kesibukan kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina iaitu pada 23 Februari 1950. Pada 21 Februari 1950, pihak komunis memulakan derakan menawan Balai Polis Bukit Kepong dengan menghantar anggota-anggota perisik untuk meninjau kedudukan dan kekuatan polis di Rumah Pasung Bukit Kepong. Pada hari yang sama Rumah Pasung Bukit Kepong menerima lawatan OCPD Pagoh , Inspektor J.J Raj Jr. yang membawa bekalan senjata dan peluru untuk memperkuatkan pertahanan Rumah Pasung Bukit Kepong. Kawalan keselamatan di Bukit Kepong diperkuatkan dengan bantuan Pasukan Polis Bantuan (AP) dan pasukan pengawal kampung.
Pihak pengganas komunis seramai 200 orang mula mengatur serangan ke atas kompleks polis Bukit Kepong. Mereka berkumpul dan berkhemah di hutan Lenga berhampiran dengan Bukit Kepong. Di sini mereka mengatur misi memerangkap ketua balai, Sarjan Jamil Mohd. Shah supaya masuk perangkap mereka dengan menghantar dua orang anggota yang menyamar sebagai orang kampung yang dalam kecemasan. Mereka merancang akan membunuh Sarjan Jamil dan memaksa semua anggota polis menyerah kalah. Tetapi rancangan ini tidak berjaya. Kemudian, mereka mula mengatur serangan dari semua arah dan mengepung kompleks polis Bukit Kepong. Dalam kesamaran awal pagi, anggota polis yang membuat kawalan telah melihat baying lembaga tubuh musuh. Dengan arahan Lektuan iaitu ketua pengganas, pihak komunis telah memuntahkan ledakan peluru ke arah Rumah Pasung Bukit Kepong.
Ledakan pertama daripada pihak komunis pada awal subuh 23 Februari 1950 telah mengejutkan seluruh anggota polis. Balasan tembakan awal AP Osman Yahya, EPC Jaafar Arshad, AP Mahmood Saat, Jaafar Hassan, dan Lans Koperal Jidin Omar mengejutkan seluruh anggota polis daripada tidur masing-masing. Dalam serangan awal ini, AP Osman Yahya telah menjadi mangsa pertama peluru pengganas komunis. Seluruh penduduk Bukit Kepong gempar apabila menyedari Rumah Pasung Bukit Kepong diserang komunis. Semua anggota polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil bin Mohd. Shah berjuang dengan berani mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong, walaupun mereka telah dikepung dari segenap penjuru. Mereka tidak boleh berharap kepada bantuan penduduk kampung kerana pihak komunis telah menyekat pergerakan penduduk kampung yang cuba membantu pihak polis. Serangan komunis yang semakin hebat telah mengorbankan sebahagian besar anggota polis dan ahli keluarga polis yang berlindung di rumah kelamin. Anggota polis yang hidup masih tetap gagah dan bersemangat kental mempertahankan maruah negara dan bangsa. Komunis mula menawan berek kelamin, isteri-isteri dan anak-anak polis ditawan sebagai senjata untuk memaksa anggota polis yang masih berjuang mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong supaya menyerahkan diri. Keengganan pihak polis menyerah diri telah menyebabkan komunis menghebatkan serangan dengan melemparkan bom tangan ke arah kubu pertahanan polis.
Jangkaan pihak komunis dapat menawan kompleks polis dengan mudah ternyata meleset. Pihak polis telah menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi sehingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan tanah air tercinta daripada ancaman musuh negara. Bunyi tembakan dari arah Rumah Pasung Bukit Kepong mengejutkan pengawal-pengawal kampung yang sedang bertugas di kubu-kubu keselamatan pos pertahanan masing-masing. Pada mulanya mereka menyangka bunyi letupan itu ialah bunyi mercun sempena Tahun Baru Cina. Penghulu Ali mengumpul semua AP dan mengatur pasukan penyiasat ke kompleks polis Bukit Kepong. Tetapi cubaan mereka telah dijangka oleh pihak pengganas yang telah membuat sekatan di semua arah yang memungkinkan bantuan sampai ke kompleks polis. Mereka bukan sahaja menyerang pasukan AP yang dipimpin oleh Penghulu Ali, malah telah menangkap beberapa keluarga orang kampung yang tinggal berdekatan dengan kompleks polis sebagai tawanan.
Dua jam pasukan komunis mengepung dan menggempur pertahanan anggota polis, tetapi mereka masih gagal menawan kompleks polis Bukit Kepong. Semua anggota polis yang masih hidup masih gagal bertahan mempertahankan kompleks polis. Ketika anggota polis Bukit Kepong berjuang mempertahankan kompleks polis, Sarjan Ali Bugis, OCS polis Lenga mengarahkan anggota semboyan menghantar berita serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong kepada OCPD Pagoh dan OSPC Muar. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor juga sudah dimaklumkan. Sepasukan bantuan dihantar ke Bukit Kepong dari Lenga dengan meredah jalan hutan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan.
Berek kelamin sudah ditawan. Anggota polis yang masih ada tetap bertahan. Ramai yang telah terkorban, termasuk Sarjan Jamil Mohd. Shah. Isteri-isteri dan anak-anak polis yang masih hidup ditawan oleh komunis. Berek kelamin dibakar bersama-sama mayat-mayat polis, isteri-isteri dan anak-anak polis yang telah terbunuh. Dalam keadaan genting, setelah melihat ramai rakan seperjuangan gugur, Othman berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam Sungai Muar. Seluruh kompleks polis sudah hangus terbakar. Jam 8.20 pagi, semua anggota komunis beredar meninggalkan kawasan kompleks polis. Kesempatan ini digunakan oleh isteri-isteri dan anak-anak polis untuk mencari keluarga masing-masing. Pasukan bantuan yang diketuai oleh Penghulu Ali yang berjaya masuk ke kompleks polis memberi bantuan kepada mangsa serangan komunis dan memadamkan api yang masih marak. Suasana pilu menyelubungi seluruh kompleks polis. Orang-orang kampung tidak kira bangsa turut memberi bantuan pakaian dan makanan. Sebuah pondok didirikan untuk menempatkan anggota polis yang cedera dan terkorban. Kehadiran OCPD dan rombongan, telah mempercepatkan proses menyelamat dan memadamkan kebakaran. Mereka mencari anggota polis yang mungkin tertimbus dan terbakar. Othman diberi rawatan kecemasan. Dengan bantuan Othman semua mangsa yang terbunuh dan mayat-mayat yang rentung dapat dikenal pasti.
Pada pukul 3.00 petang, semua anggota polis yang cedera dan keluarga polis yang terselamat dibawa ke Pagoh menaiki bot polis marin. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Hospital Muar untuk menerima rawatan. Kerja-kerja pembersihan di Bukit Kepong diteruskan. Pasukan keselamatan yang tiba telah melakukan operasi menjejak dan mengesan pengganas komunis secara besar-besaran di persekitaran Bukit Kepong, Labis, Pagoh, Yong Peng, dan Batu Pahat. Pada 24 Februari 1950, semua anggota polis, AP dan keluarga polis yang terkorban dikebumikan di satu kawasan yang dijadikan sebagai makam pahlawan. Upacara pengebumian yang penuh dengan kepiluan ini turut dihadiri oleh Dato’ Onn Ja’afar, pegawai tinggi polis, anggota polis, dan penduduk Bukit Kepong. Di Muar, anggota polis yang cedera dan dirawat, telah dikunjungi oleh ramai orang kenamaan dan pegawai kanan kerajaan Muar.
Berita utama Radio Malaya memuatkan berita Rumah Pasung Bukit Kepong diserang komunis dan disiarkan ke seluruh negara. Setelah empat minggu dirawat di Hospital Muar, Othman dibenarkan pulang bercuti selama sebulan. Kepulangan Othman disambut dengan rasa terkejut oleh seluruh keluarga kerana sebulan yang lalu mereka diberitahu yang Othman telah terkorban dalam serangan komunis di Bukit Kepong. Kecederaannya masih belum sembuh. Perasaan Othman bertambah kecewa apabila mendapati isteri tercinta, Limah telah menjadi tidak siuman, akibat menerima berita yang tidak benar tentang kematian Othman.
Tamat cuti, Othman kembali bertugas di Muar. Hatinya berat meninggalkan isteri yang masih belum pulih. Malah keadaan Limah semakin teruk. Di Muar, Othman meluahkan semua masalah yang dihadapinya kepada pihak atasan. Memahami tekanan fizikal dan perasaan Othman, pihak atasan telah membenarkan pertukaran Othman ke Alor Setar. Di Alor Setar, Othman telah ditugaskan di Rumah Pasung Kota Sarang Semut. Kecederaan yang dialaminya masih menyeksa hidupnya. Dia sentiasa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selepas tiga minggu bertugas di Kota Sarang Semut, Othman mengambil keputusan meletak jawatan. Keadaan kesihatannya tidak memungkinkan dia untuk terus kekal dalam tugas yang amat diminatinya. Othman akhirnya akur dengan nasihat doktor supaya kakinya dipotong untuk menyelamatkan nyawanya. Walaupun cacat, Othman masih menyumbangkan tenaganya melatih pasukan sukarelawan kampung.
RUJUKAN: BLOG CIKGU TAN CL
Pada Pukul 20:40 Dimuatnaikkan oleh CIKGU TAN C L 0 Komen

Wednesday, July 15, 2009

SABDA RASULLULLAH SAW: " ILMU ITU PERBENDAHARAAN, SEGALA KUNCI ADALAH PERTANYAAN. OLEH ITU HENDAKLAH KAMU BERTANYA KERANA SESUNGGUHNYA DENGAN BERTANYA ITU EMPAT GOLONGAN AKAN MENDAPAT PAHALA IAITU ORANG YANG BERTANYA, ORANG ALIM YANG DITANYA, ORANG YANG MENDENGAR DAN ORANG YANG MENYUKAI MEREKA BERTIGA. (HADIS RIWAYAT ABU NAIM)
BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR REBAH KELAK BUKANLAH SEBAGAI INSAN KECUNDANG. SEKURANG-KURANGNYA KITA TELAH BERUSAHA YANG TERBAIK DALAM MENGISI SISA HIDUP KITA.

Monday, July 13, 2009

KATA KERJA

KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya:
Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. Perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )

Kata kerja transitif

penyambut ( Objek )

Dia suka
membaca
buku

Jamilah
memukul
seekor ular

Abidin
menjual
kuih-muih

Ramli
berjalan
ke sekolah

Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan

Kami
mandi
di tasek itu.

Dia
senyum
semasa berjalan

Saya
menyanyi
dengan kuat

Hassan
berjalan
ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.

Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Muridmurid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.

Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.

Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya
.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a) kata kerja pasif diri pertama
(b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga

3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.

Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Sunday, July 12, 2009

PENGGANDAAN

Penggandaan

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

i. Gandaan penuh
ii. Gandaan separa
iii. Gandaan berentak
iv. Gandaan makna

3. Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu

i. penggandaan penuh
ii. penggandaan berentak
iii. pengandaan separa.


Penggandaan penuh

Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.

Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:

Kata nama tunggal

Alat =alat-alat
Budak =budak-budak
Rumah =rumah-rumah
Murid =Murid-murid
Kura =Kura-kura
Makan =Makan-makan
Tadika =Tadika-tadika

Kata nama terbitan
Ketua =ketua-ketua
Pekebun =pekebun-pekebun
Makanan =makanan-makanan
Persatuan =persatuan-persatuan
pejuang =pejuang-pejuang
Kedutaan =Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak

Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.
Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.

Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:
i. penggandaan suku kata awal
ii. penggandaan suku kata akhir
iii. penggandaan konsonan
iv. penggandaan bersisipan
v. penggandaan berakhiran

Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong
Cerai =cerai-berai
Hina =Hina-dina
Sayu =Sayur-mayur


Rentak pengulangan konsonan
gunung =Gunung-ganang
susap =Susap-sasap
simpang =Simpang-siur


Penggandaan suku kata awal
Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit =bukit-bukau
Warna =warna warni
Batu =batu-batan

Penggandaan suku kata akhir
Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.
Contoh:
Sayur =sayur mayur
Kuih =kuih-muih
Lauk =lauk pauk

Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah
Contoh:
Gunung =gunung-ganang
Guruh =guruh-garah

Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.
Contoh:
Tali =tali-temali
Gunung =gunung-ganang
Jari =jari jemari

Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.
Contoh:
Sayur =sayur-sayuran
Biji
Biji-bijian
Barang =barang-barangan

Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
Kata tunggal
(a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /

Contoh:

Kata dasar
Penggandaan penuh
Penggandaan separa

laki =Laki-laki =Lelaki
langit =Langit-langit =Lelangit

suatu =Satu-satu =Sesuatu
budak =Budak-budak =Bebudak
siku =Siku-siku =sesiku


Kata terbitan
(a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
I. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.

II. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.

Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)
Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda

bual =Ber + bual =Berbual-bual
cari =Ter + cari =Tercari-cari
gila =Ter + gila =Tergila-gila
borak =Ber + borak =Berborak=borak
akan =Se + akan =Seakan-akan



Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda

anak

Ber + anak
Anak-beranak

kejar
Men + kejar
Kejar-mengejar



kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. (lihat lampiran)

Penggandaan Makna

Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:

Ipar
ipar duai
Ipar
ipar lamai
Saudara
saudara mara



Makna Penggandaan

Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

a. menunjukkan banyak

buku
buku-buku
ketua
ketua-ketua
jabatan
jabatan-jabatan
gunung
gunung-ganang
bukit
bukit-bukau



b. membentuk nama haiwan
biri-biri
kupu-kupu
kunang-kunang


c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit
langit-langit (menyerupai langit)
siku
siku-siku (menyerupai siku)
orang
orang-orang (menyerupai orang)



d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur
sayur-mayur
kuih
kuih-muih
saudara
saudara-mara





Latihan

a. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut:

Layang-layang putus talinya
Akan daki gunung-gemunung
Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian
Hutang-piutang beliau belum dibayar
Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik
Jari-jemari para penari itu lembut belaka
Pada waktu malam, api-api berterbangan di angkasa
Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari Negara Cina pada musim sejuk
Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan tebal
Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut sawah itu.

b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut:

Orang-orang dibuat daripada baju buruk bagi menakutkan burung
Negara Malaysia kaya dengan hasil-hasilan buminya.
Mereka miskin harta benda, tetapi kaya dengan sahabat-sahabat.
Pelajar-pelajar maktab dikehendaki berpakaian kemas apabila keluar dari asrama.
Langit-langit budak itu penuh dengan kudis.
Roda itu mempunyai jejari yang diperbuat daripada aluminium.


c. beri bentuk gandaan kata nama berikut:

hasil
asal
sahabat
pemuda
ibu
datuk


(kembali ke laman utama)

KATA ADJEKTIF

Golongan kata adjektif

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh

Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat

ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis

bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.

waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.

jarak
Dekat, hampir, jauh

cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.

Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh
Sedap, lazat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin

Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.


Tip

Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.

Contoh:
Saya sangat segan dengan awak
Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia
Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.

(kembali ke laman utama)

Wednesday, July 8, 2009

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Thursday, March 22, 2007

Permainan Batu Seremban
Pengenalan
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Posted by bib at 6:08 PM 4 comments

Permainan Gasing
Pengenalan
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.Cara Bermain Permainan GasingGasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Posted by bib at 5:34 PM 9 comments

Permainan sepak Raga
Pengenalan
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia
Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Posted by bib at 5:12 PM 3 comments

Permainan Wau
Pengenalan
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Posted by bib at 6:47 AM 21 comments

Congkak
PengenalanPermainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".Cara-cara Bermain Congkaka)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah
Posted by bib at 6:09 AM 11 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
Masa Itu Emas
RUJUKAN BIB.BLOGSPOT
Congkak
Permainan Wau
Permainan sepak Raga
Permainan Gasing
Permainan Batu Seremban

Maklumat Lanjut
http://malaysiana.pnm.my
http://ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing
www.djz.edu.my/kecheng/malay/budayabudaya.htm
www.heritage.gov.my
www.karyanet.com.my/
www.ppas.org.my/

Pautan
Dinamani Tamil Daily/
Nanyang Siang Pau
New Straits Times
Harian Metro
Berita Harian
Utusan Malaysia



HARI INI
Free Blog Content


Cuti-Cuti Malaysia






Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
RUJUKAN: BIB.BLOGSPOT

Thursday, July 2, 2009

Penulisan : Rencana, Laporan, Surat Kiriman Tidak Rasmi, Pendapat, Keperihalan

Soalan 1

a. Rangka Karangan Jenis Rencana

Pengenalan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan.

Isi-isi

i. Mengikut segala peraturan sekolah
- melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran
ii.Mendisiplinkan diri ketika di dalam kelas
-mengikut segala pengajaran guru dengan penuh tumpuan dan penelitian
iii.Mendisiplinkan diri ketika di rumah
- menyediakan jadual belajar
- menyiapkan segala tugasan
- menyediakan nota dan mengulang kaji
iv. Mengawal diri
- mengikut segala ajaran agama
- menjauhkan diri dari segala kegiatan tidak sihat

Penutup

Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan menjadi seorang insan yang sempurna.

b. Rangka Karangan Jenis Laporan

Pengenalan

Negara kita banyak tempat yang bersejarah. Melalui peninggalan sejarah, kita dapat mengetahui keagungan dan kedaulatan sesuatu bangsa dan negara.

Isi-isi
i. Mengekalkan nilai-nilai tradisi dan keagungan tamadun yang lampau.
- membolehkan generasi muda mengenal, melihat dan menghayati keagungan sesuatu tamadun yang lampau.
ii. Kepentingan dari segi pelancongan.
- menjadi salah satu destinasi pelancongan.
iii. Kepentingan dari segi pendidikan.
- memupuk minat pelajar untuk mempelajari sejarah
- menjadi salah satu tempat kajian tempatan sejarah
iv. Kepentingan dari segi arkeologi dan seni bina.
- membolehkan ahli arkeologi mengkaji warisan seni bina sesuatu bangsa

Penutup
Bangunan bersejarah patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu sahaja.

c. Rangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Isi-isi

i. Memperketatkan undang-undang lalu lintas
- memperketatkan undang-undang lalu lintas
- mengenakan kompaun maksimum RM300
ii. Membaiki jalan raya yang rosak
- meluruskan jalan yang bengkang-bengkok
- menurap jalan yang berlubang
iii. Memasang papan tanda dan tanda-tanda amaran
- kawasan had laju
- kawasan yang kerap berlaku kemalangan
iv. Memperbanyak kempen keselamatan jalan raya
- menerusi media massa
- mengadakan ceramah dan pameran
- mengedarkan risalah
Penutup
Berharap agar segala cadangan tersebut dapat mengurangkan kemalangan jalan raya

d. Rangka Karangan Jenis Pendapat

Pengenalan

Negara kita kaya dengan buah-buahan. (bermusim dan tidak bermusim)

Isi-isi
i. Buah-buahan tempatan lebih mudah diperoleh

- di negara kita banyak terdapat dusun buah-buahan

- banyak dihasilkan pada musim-musim tertentu
ii. Buah-buahan tempatan lebih murah dan segar
- dijual terus di merata tempat yang menghasilkan buah-buahan tersebut
- lebih murah berbanding dengan buah-buahan import
- lebih berkhasiat, kaya dengan vitamin C
iii. Mengurangkan perbelanjaan membeli buah-buahan import
- mengurangkan aliran wang ke luar negara
- secara tidak lansung memupuk semangat kebangsaan
iv. Mewujudkan peluang kerjaya
- apabila lebih banyak dusun diadakan tentulah lebih banyak peluang pekerjaan
- menjadi penanam, penjual buah-buahan
- membuka kilang-kilang mengetin dan menjeruk buah-buahan

Penutup
Banyak kebaikan jika kita memakan buah-buahan tempatan

e. Rangka Karangan Jenis Keperihalan

Pengenalan

Hujan lebat disertai dengan ribut.
Merosakkan stesen dan kabel bekalan eletrik.

Isi-isi
i.
Keadaan permulaan pengalaman anda di rumah
- bekalan eletrik terputus pada waktu petang
- keadaan rumah semakin gelap
- tidak dapat menanak nasi dan memasak air
- menggunakan lilin untuk menerangkan rumah
- tidak dapat menonton televisyen dan mengulang kaji pelajaran
ii. Keadaan sekeliling
- gelap-gelita dan sunyi sepi
- seluruh kawasan perumahan hanya diterangi cahaya pelita dan lilin
- ada yang menggunakan penjana kuasa
- semua terpaksa tinggal di rumah
iii. Kedengaran sungutan dan perbualan orang ramai
- hidup dalam kegelapan pada waktu malam
- semua penghuni bandar juga kepanasan disebabkan cuaca yang panas
- banyak kilang dan pusat membeli-belah terpaksa ditutup
- kedai runcit yang menjual lilin yang paling laris
- kerugian dianggarkan berjuta-juta ringgit
iv. Keadaan bandar
- kesesakan lalu lintas kerana lampu isyarat tidak berfungsi
- terdapat juga kemalangan

Penutup
Pada hari keempat pengumuman di akhbar dan radio mengatakan bekalan eletrik akan pulih semula pada hari keesokannya. Semua orang bersyukur dan gembira.

RUJUKAN: PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN
Cetak Muka Surat