MSc.,BA(HONS) MASS COMM.,DIP. Ed CEMERLANG BAHASA MELAYU PMR DAN SPM "HIDUP ADALAH UNTUK MENGISI CITA-CITA"
Monday, June 29, 2009
Wednesday, June 17, 2009
Manisnya pengalaman di Mesir, Madinah dan Mekah
9 jam perjalanan dengan penerbangan Lufthanza dari Bangkok...amat meletihkan. Namun, syurkur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana sampai juga aku ke bumi Cairo pada pukul 6.30 pagi bersamaan pukul 10.30 malam waktu Malaysia. Tatkala ini, aku rasakan betapa jauh maju bumi Malaysia berbanding Cairo. Kecanggihan LTAB Sepang jauh lebih canggih berbanding di sini. Syukur, aku menjadi warganegara Malaysia.
Penerbangan ke Jedah dengan Egypt Air pada pukul 11.30 malam dan tiba pada pukul 1.30 pagi. Dari Jedah kami menaiki bas ke Madinah yang memakan masa selama 7 jam. Rindunya aku kepada insan tersayang mula terasa. Maklumlah, di Mesir tiada liputan untuk aku hubungi mereka yang kutinggalkan.
4 hingga 8 Jun 2009, Khamis di Madinah.
Leganya rasa dah tiba di bumi Madinah..air mataku tanpa dipaksa-paksa menitis. Tuhanku, KAU jemput aku jadi tetamuMU walaupun aku insan yang banyak alpa dan dosa. Ingin aku beribadat dengan penuh ikhlas. Selama ini aku beribadat, sambil mengejar masa kerana kekangan pekerjaan. Mungkin boleh diumpamakan seperti melepaskan batuk di tangga. Betapa hinanya aku di sisiMU..
....................................................................................................................
Alhamdulillah..syukur aku ke hadrat Ilahi..maha kaya ALLAH lantaran menjemput aku menjadi tetamunya di Madinah Munawwarah dan Mekah Mukarramah. Air mata menitis tanpa dipaksa-paksa ketika mula melangkah masuk ke Madinah. Maha suci Tuhan pencipta sekalian alam. Kehadiranku benar-benar satu rezeki yang tidak disangka-sangka. Selama ini, aku bekerja tujuh hari seminggu tanpa ada masa untuk diri sendiri. Namun, bermula di Madinah..tidak terasa kaki melangkah setiap kali ke Masjid Nabawi. Hal ini, mungkin janggal jika dilihat di bumi Malaysia. Tatkala azan berkumandang, kita masih lagi asyik dengan urusan dunia..bekerja, bekerja, bekerja. Namun , di tanah suci kelihatan umat Muhammad saw berebut-rebut masuk ke pintu masjid, mencari tempat duduk, terus beribadat tanpa mempedulikan urusan dunia. alhamdulillah..Di Madinah, udara yang bertiup kurasakan dingin sekali.
Peluang berdoa di Raudah amat aku nanti-nantikan. Ya Allah..kita sebagai orang Malaysia yang kecil saiz tubuhnya memang kalah dengan orang Iran. Mereka kelihatan menguasai kawasan Raudah secara beramai-ramai. Ketika aku sedang bersujud, terasa aku ditolak ke depan. Aduh...tak kusyuk solak hajatku kerana bimbang dipijak oleh mereka. Permintaanku agar dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tak lupa aku mendoakan kejayaan cemerlang buat semua anak didikku di Malaysia.
................bingkisan ini akan ku sambung lagi apabila ada kelapangan.