Thursday, April 30, 2009

kekasihku

kekasihku
entah mengapa
rindu ini menggamit rasa
meronta-ronta meleraikan rantaian kesepian
yang lama sudah kekontangan
siraman kasihmu yang tanpa sempadan

kekasihku
sampai bilakah
kau biarkan aku sendirian
terlantar di daerah ini
tanpa sesiapa
untuk kukongsi keresahan yang membuak
di pantai hati.

Tuesday, April 28, 2009


Projek Kerja KursusTugasan 2:
Esei ;
Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Jawaban contoh:

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baik pulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa maksud kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti yang saya kaji kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Senario ini sekali gus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam erti kata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Jika keadaan ini disemai berterusan, nescaya akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.
Diambil dan diubah suai daripada laman blog http://www.djlovehostory.blogspot.com/
Pada Pukul 09:20 Dimuatnaikkan oleh CIKGU TAN C L 0 Komen
Fungsi Kata Kerja
Oleh Muhammed Salehudin Aman
Dalam bahasa Melayu, terdapat sejumlah kata kerja yang walaupun berbentuk kata kerja, tetapi berfungsi sebagai golongan kata lain. Antara kata kerja sedemikian ialah sejumlah kata yang membawa makna adjektif. Oleh sebab kata kerja itu mendukung makna adjektif, maka dapatlah pula kata kerja itu menerima kata penguat. Kata kerja seperti membebankan, mendukacitakan, menggembirakan, mengagumkan, mengelirukan, meringankan, menyedihkan, menyeramkan, menyulitkan, menyusahkan, menakutkan, menarik, dan lain-lain sebagainya tergolong dalam jenis ini. Contoh:
1. Kejayaan atlet negara dalam sukan Olimpik sungguh menggembirakan seluruh rakyat.
2. Kesusahan yang datang bertimpa-timpa amat menyulitkan hidupnya.
3. Berita buruk itu amat menyedihkan kami.
Kata kerja menggembirakan, menyulitkan, dan menyedihkan kelihatan seperti kata kerja transitif yang lain. Tetapi, jika diamati dengan teliti, terdapat dua ciri perbezaan kata kerja jenis ini dengan kata kerja yang lain itu.
Pertama, frasa nama yang hadir selepas ketiga-tiga kata kerja dalam ayat 1 – 3 dapat digugurkan tanpa menjejaskan makna keseluruhan ayat. Ayat yang terhasil masih lagi gramatis ( ayat 1a, 2a dan 3a). Hal ini, tidak berlaku bagi kata kerja transitif yang lain.
1. (a) Kejayaan atlet negara dalam sukan Olimpik sungguh menggembirakan.
2. (a) Kesusahan yang datang bertimpa-timpa amat menyulitkan.
3. (a) Berita buruk itu amat menyedihkan.
Ciri yang kedua ialah kata kerja jenis ini dapat menerima kata penguat, oleh sifatnya sebagai adjektif. Kata-kata penguat seperti sungguh dapat hadir dalam ayat 1, dan kata penguat amat dalam ayat 2 dan 3. Kata penguat seperti ini tidak boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain. Misalnya:
4. *Rohana sungguh memasak ikan keli.
5. *Pesawah itu amat menuai padi.
Selain itu, kata kerja dapat juga berfungsi sebagai kata sendi. Misalnya kata kerja mengikut, mengenai, melalui, menerusi, dan menurut. Contoh:
6. Kumpulan pelajar itu berbincang mengenai tajuk perdebatan.
7. Bantahan rakyat dikemukakan melalui undian.
Frasa kerja mengenai tajuk perdebatan, dan melalui undian merupakan rangkaian perkataan yang mirip kepada frasa sendi nama dan berfungsi sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang tersebut itu. Sebagai unsur keterangan ayat, perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila frasa ini difokuskan, yakni dikedepankan. Contoh:
8. Menurut kenyataan Surat Pekeliling Kerajaan, pegawai yang rasuah bekerja akan didakwa di mahkamah.
9. Mengenai agihan bantuan baja subsidi itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung akan bertanggungjawab sepenuhnya.
Dalam ayat 8 dan 9, frasa menurut kenyataan Surat Pekeliling Kerajaan, dan mengenai agihan bantuan baja subsidi itu tidak berfungsi sebagai kata kerja, melainkan bertindak sebagai frasa sendi nama yang memberikan keterangan ayat 8 dan 9.
Selain itu, frasa kerja juga dapat hadir sebagai frasa nama subjek. Contoh:
10. Bersenam baik untuk kesihatan.
11. Merokok membahayakan kesihatan.
Bersenam dan merokok ialah kata kerja tak transitif. Kedua-dua kata kerja itu berfungsi sebagai frasa nama yang hadir dalam subjek ayat. Menurut rumus tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja tidak boleh hadir dalam ruang atau gatra subjek kerana hal yang demikian menjadikan ayat yang terhasil tidak gramatis.
Sebenarnya, Frasa bersenam, dan merokok merupakan unsur penerang kepada frasa nama yang sudah digugurkan intinya. Kedua-duanya berasal daripada bentuk binaan frasa nama yang lengkap seperti kegiatan bersenam, dan tabiat merokok. Kata kegiatan dan tabiat ialah kata nama yang berfungsi sebagai inti frasa nama, manakala bersenam dan merokok merupakan penerang kepada inti frasa nama tersebut. Hal ini dapat dijelaskan seperti huraian yang berikut ini:
inti penerang
Kegiatan bersenam
Tabiat merokok
Oleh itu, ayat 10 dan 11 yang lengkap adalah seperti 10a, dan 11a yang di bawah ini:
10. (a) Kegiatan bersenam baik untuk kesihatan.
11. (a) Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
Pengguguran kata nama kegiatan dan tabiat dalam kedua-dua ayat itu tidak mencacatkan ayat berkenaan. Ayat-ayat 10, 11, 10a, dan11a masih betul dari segi tatabahasa.
Demikian huraian tentang kata kerja yang berfungsi sebagai golongan kata lain dalam bahasa Melayu.
Fungsi Kata Kerja

Oleh Muhammed Salehudin Aman

Dalam bahasa Melayu, terdapat sejumlah kata kerja yang walaupun berbentuk kata kerja, tetapi berfungsi sebagai golongan kata lain. Antara kata kerja sedemikian ialah sejumlah kata yang membawa makna adjektif. Oleh sebab kata kerja itu mendukung makna adjektif, maka dapatlah pula kata kerja itu menerima kata penguat. Kata kerja seperti membebankan, mendukacitakan, menggembirakan, mengagumkan, mengelirukan, meringankan, menyedihkan, menyeramkan, menyulitkan, menyusahkan, menakutkan, menarik, dan lain-lain sebagainya tergolong dalam jenis ini. Contoh:

1. Kejayaan atlet negara dalam sukan Olimpik sungguh menggembirakan seluruh rakyat.
2. Kesusahan yang datang bertimpa-timpa amat menyulitkan hidupnya.
3. Berita buruk itu amat menyedihkan kami.

Kata kerja menggembirakan, menyulitkan, dan menyedihkan kelihatan seperti kata kerja transitif yang lain. Tetapi, jika diamati dengan teliti, terdapat dua ciri perbezaan kata kerja jenis ini dengan kata kerja yang lain itu.

Pertama, frasa nama yang hadir selepas ketiga-tiga kata kerja dalam ayat 1 – 3 dapat digugurkan tanpa menjejaskan makna keseluruhan ayat. Ayat yang terhasil masih lagi gramatis ( ayat 1a, 2a dan 3a). Hal ini, tidak berlaku bagi kata kerja transitif yang lain.
1. (a) Kejayaan atlet negara dalam sukan Olimpik sungguh menggembirakan.
2. (a) Kesusahan yang datang bertimpa-timpa amat menyulitkan.
3. (a) Berita buruk itu amat menyedihkan.

Ciri yang kedua ialah kata kerja jenis ini dapat menerima kata penguat, oleh sifatnya sebagai adjektif. Kata-kata penguat seperti sungguh dapat hadir dalam ayat 1, dan kata penguat amat dalam ayat 2 dan 3. Kata penguat seperti ini tidak boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain. Misalnya:

4. *Rohana sungguh memasak ikan keli.
5. *Pesawah itu amat menuai padi.

Selain itu, kata kerja dapat juga berfungsi sebagai kata sendi. Misalnya kata kerja mengikut, mengenai, melalui, menerusi, dan menurut. Contoh:
6. Kumpulan pelajar itu berbincang mengenai tajuk perdebatan.
7. Bantahan rakyat dikemukakan melalui undian.

Frasa kerja mengenai tajuk perdebatan, dan melalui undian merupakan rangkaian perkataan yang mirip kepada frasa sendi nama dan berfungsi sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang tersebut itu. Sebagai unsur keterangan ayat, perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila frasa ini difokuskan, yakni dikedepankan. Contoh:
8. Menurut kenyataan Surat Pekeliling Kerajaan, pegawai yang rasuah bekerja akan didakwa di mahkamah.
9. Mengenai agihan bantuan baja subsidi itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung akan bertanggungjawab sepenuhnya.
Dalam ayat 8 dan 9, frasa menurut kenyataan Surat Pekeliling Kerajaan, dan mengenai agihan bantuan baja subsidi itu tidak berfungsi sebagai kata kerja, melainkan bertindak sebagai frasa sendi nama yang memberikan keterangan ayat 8 dan 9.
Selain itu, frasa kerja juga dapat hadir sebagai frasa nama subjek. Contoh:
10. Bersenam baik untuk kesihatan.
11. Merokok membahayakan kesihatan.
Bersenam dan merokok ialah kata kerja tak transitif. Kedua-dua kata kerja itu berfungsi sebagai frasa nama yang hadir dalam subjek ayat. Menurut rumus tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja tidak boleh hadir dalam ruang atau gatra subjek kerana hal yang demikian menjadikan ayat yang terhasil tidak gramatis.
Sebenarnya, Frasa bersenam, dan merokok merupakan unsur penerang kepada frasa nama yang sudah digugurkan intinya. Kedua-duanya berasal daripada bentuk binaan frasa nama yang lengkap seperti kegiatan bersenam, dan tabiat merokok. Kata kegiatan dan tabiat ialah kata nama yang berfungsi sebagai inti frasa nama, manakala bersenam dan merokok merupakan penerang kepada inti frasa nama tersebut. Hal ini dapat dijelaskan seperti huraian yang berikut ini:
inti penerang
Kegiatan bersenam
Tabiat merokok
Oleh itu, ayat 10 dan 11 yang lengkap adalah seperti 10a, dan 11a yang di bawah ini:
10. (a) Kegiatan bersenam baik untuk kesihatan.
11. (a) Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
Pengguguran kata nama kegiatan dan tabiat dalam kedua-dua ayat itu tidak mencacatkan ayat berkenaan. Ayat-ayat 10, 11, 10a, dan11a masih betul dari segi tatabahasa.
Demikian huraian tentang kata kerja yang berfungsi sebagai golongan kata lain dalam bahasa Melayu.

QIAMULLAIL DI MASJID MUADZ JABAL

Esok , hari Khamis bersamaan 30 April 2009 akan diadakan Qiamullail khas untuk para pelajar PTIS yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Diharapkan agar para pelajar yang beragama Islam tidak menguzurkan diri untuk sama-sama mencari keberkatan pada hari tersebut. Sementelahan pula, pada 1 Mei 2009 nanti merupakan Hari Pekerja. Sekolah seluruh negara bercuti. Tidaklah berasa letih sangat untuk menghabiskan waktu sehingga pagi. Beramai-ramailah mencari berkat hidup agar cemerlang dalam peperiksaan. Jadilah modal insan kelas pertama demi ibunda, agama dan negara.

ISU SEMASA

Selesema babi merebak ke 16 negara

Wabak selesema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di 16 buah negara termasuk di Eropah dan Asia.
Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 orang kelmarin.
Satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat.

Friday, April 24, 2009

CONTOH KARANGAN PELAJAR SAYA: NURUL BASYIRAH AMIRUDDIN KHAN.(3 JUJUR)

Kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motorsikal dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak disiarkan dalam media massa. Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya gejala sosial ini.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak telah dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Kini, dapat kita lihat kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motorsikal dalam kalangan remaja semakin menular dan banyak disiarkan dalam media massa. Permasalahan ini memerlukan tindakan segera dan berkesan bagi melahirkan generasi yang terbilang.

Salah satu faktor berlakunya kegiatan lumba haram ialah berpunca daripada sikap ibu bapa. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya masing-masing. Mereka memberi kebebasan sepenuhnya dan terlalu mempercayai anak-anak mereka. Oleh sebab itu, berlaku masalah putusnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

Seterusnya, remaja kini kurang diberi didikan agama. Remaja keliru dan tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Remaja yang kurang diberi didikan agama mudah dipengaruhi terutama oleh rakan sebaya mereka.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga mengambil tempat menjadikan kegiatan lumba haram semakin menular. Remaja-remaja kini mudah tersalah pilih kawan. Secara lazimnya, pada pandangan remaja yang kurang mendapat kasih sayang ibu bapa, kawanlah yang menjadi tempat untuk mengadu. Oleh itu, tidak hairanlah mereka mudah mengikut kata rakan berbanding ibu bapa.

Seterusnya, pengaruh media massa yang menayangkan filem atau rancangan yang keterlaluan menjadi punca gejala sosial tersebut berleluasa. Remaja gemar menjadikan sesuatu yang mereka lihat sebagai cabaran untuk melakukannya. Mereka juga terpengaruh kerena mereka mempunyai banyak masa tetatpi tidak dimanfaatkannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Di samping itu, sikap remaja itu sendiri menjadi faktor berlakunya kegiatan lumba haram. Mereka berasa bangga melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang. Mereka berasa sangat hebat ketika menunjukkan lagak ngeri atau kehebatan masing-masing terutama ketika banyak penonton yang menyaksikannya.

Justeru, jika semua pihak menggembleng tenaga, ibarat ke bukit sama didaki dan ke lurah sama dituruni, maka kegiatan lumba haram yang semakin menular dapat dibanteras. Kita perlulah menebat martabat negara dan menampilkan satu wajah baru disulami satu tekad iaitu untuk membanteras kegiatan lumba haram bersama-sama.
Membaca dan Membacakan

Oleh Muhammed Salehudin Aman

Ayat:
1. Dia membaca surah Yasin untuk ibunya yang sedang nazak.
2. Dia membacakan ibunya yang sedang nazak surat Yasin.

Seorang guru dari Singapura mengemukakan dua potong ayat di atas kepada saya untuk dianalisis akan unsur struktur kedua-dua ayat berkenaan.

Dari segi binaan, kedua-dua ayat tersebut betul lagi tepat, kerana kedua-dua ayat itu mempunyai hal dan perihal. Halnya ialah dia, iaitu subjek ayat; dan perihalnya ialah membaca surat Yasin untuk ibunya yang sedang nazak, iaitu predikat. Dalam bahagian predikat ayat ini, predikat utamanya ialah membaca surah Yasin, manakala untuk ibunya yang sedang nazak ialah unsur keterangan, yakni yang menerangkan hal ibunya. Kedua-dua ayat ini mempunyai subjek yang sama, iaitu kata ganti diri ketiga tunggal “dia”. Kedua-dua predikat ayat 1 dan 2 ialah membaca surah Yasin untuk ibunya yang sedang nazak.
Kedua-dua subjek ayat berkenaan melakukan perbuatan “membaca”, dan bacaannya itu diuntukkan (dimanfaatkan) kepada ibunya (seperti maksud yang terkandung dalam predikat ayat).
Kata kerja transitif “membaca” dan “membacakan” ialah dua bentuk kata kerja terbitan daripada kata dasar baca. Membaca dalam ayat 1, bermaksud memperhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak, dan memahami isi kandungannya. Membaca dengan maksud ini dapat dilakukan dengan cara bacaan mekanis (yakni bacaan bersuara kuat), atau bacaan akaliah (bacaan secara senyap). Kata kerja ini tergolong dalam kata kerja transitif tanpa akhiran -kan, yang diikuti langsung oleh objek (surah Yasin). Dalam ayat 1 ini, penekanan perbuatan berada pada perbuatan pelaku, bukan kepada manfaatnya bacaan itu untuk seseorang (ibunya).
Jelaslah bahawa penyataan perbuatan, dalam ayat 1, tertumpu pada pelaku dan perbuatannya, bukan pada pemanfaat (ibunya). Hal ini berbeza dengan penekanan manfaat dalam ayat 2.
Dalam ayat 2, kata kerjanya ialah “membacakan”. “Membacakan” diapit oleh apitan “me-...-kan”. Harus diingat, sebarang kata kerja yang berapitan “me-...-kan” mendukung dua maksud, iaitu maksud kausatif dan maksud benefaktif. Dengan maksud kausatif (maksud menjadikan), antara contohnya, termasuklah melebarkan (jalan), dan menaikkan (bendera). “Melebarkan”, menjadikan jalan bertambah lebar, dan “menaikkan”, menjadikan bendera naik. Demikian itulah maksud kausatif

Untuk maksud benefaktif atau manfaat, kata kerja yang berimbuhan “me-...-kan’ memerlukan dua objek selepasnya. Kedua-dua objek ini dinamai objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah bentuk frasa nama yang menjadi penyambut langsung pada kata kerja, yakni hadir selepas kata kerja transitif yang berkenaan. Contohnya, “adik” dalam ayat “Abang membelikan adik buku”. Objek sipi ialah frasa nama yang menjadi penyambut tidak langsung pada kata kerja. Contohnya “gulai ikan” dalam ayat “Ibu memasakkan tetamu gulai ikan”.
Lazimnya, objek tepat yang hadir secara langsung lepas kata kerja transitif berimbuhan “me-...-kan” terdiri daripada benda bernyawa. Contoh:

3. Ibu menggorengkan ayah ikan keli.
4. Kakak menjahitkan abang baju kemeja.
5. Guru membacakan murid karangan yang baik.

“Ayah” (objek tepat kata kerja menggorengkan), “abang” (objek tepat pada kata kerja menjahitkan), dan “murid” (objek tepat pada kata kerja transitif membacakan) terdiri daripada benda bernyawa belaka.

Ayat 2 telah mengalami perubahan aturan biasa oleh kelainan bentuk kata kerja transitif yang menjadi predikat ayat (membaca, membacakan). Oleh kelainan bentuk kata kerja ini, maka wujudlah kelainan susun atur unsur kedua-dua ayat berkenaan.

Dalam ayat 2, “ibunya” merupakan objek tepat pada kata kerja transitif berimbuhan “me-...-kan”, iaitu “membacakan”, manakala surah Yasin ialah objek tepat. Ayat 2 ini betul dari segi binaan, dan persis pula semantiknya. Kegramatisan ayat 2 ini dapat diuji dengan cara mempasifkan ayat tersebut. Dalam ayat yang mengandungi dua objek, hanya objek tepat yang boleh mengalami proses pasif, iaitu proses yang mengedepankan objek asal menjadi subjek ayat pasif. Jika dipasifkan, ayat ini akan berbentuk:
2. (a) Ibunya yang sedang nazak dibacakan surah Yasin olehnya (dia).
Ayat 2 (a) ini baku sifatnya. Tidak mungkin akan terjadi bentuk pasif yang begini:
2. (b) *Surah Yasin dibacakan ibunya yang sedang nazak olehnya (dia).

Sebagai kesimpulan, kedua-dua ayat 1 dan 2 betul binaan unsurnya dalam kedua-dua bahagian subjek dan predikat.
Fungsi Kata Kerja

Oleh Muhammed Salehudin Aman

Dalam bahasa Melayu, terdapat sejumlah kata kerja yang walaupun berbentuk kata kerja, tetapi berfungsi sebagai golongan kata lain. Antara kata kerja sedemikian ialah sejumlah kata yang membawa makna adjektif. Oleh sebab kata kerja itu mendukung makna adjektif, maka dapatlah pula kata kerja itu menerima kata penguat. Kata kerja seperti membebankan, mendukacitakan, menggembirakan, mengagumkan, mengelirukan, meringankan, menyedihkan, menyeramkan, menyulitkan, menyusahkan, menakutkan, menarik, dan lain-lain sebagainya tergolong dalam jenis ini. Contoh:

1. Kejayaan atlet negara dalam sukan Olimpik sungguh menggembirakan seluruh rakyat.
2. Kesusahan yang datang bertimpa-timpa amat menyulitkan hidupnya.
3. Berita buruk itu amat menyedihkan kami.

Kata kerja menggembirakan, menyulitkan, dan menyedihkan kelihatan seperti kata kerja transitif yang lain. Tetapi, jika diamati dengan teliti, terdapat dua ciri perbezaan kata kerja jenis ini dengan kata kerja yang lain itu.

Pertama, frasa nama yang hadir selepas ketiga-tiga kata kerja dalam ayat 1 – 3 dapat digugurkan tanpa menjejaskan makna keseluruhan ayat. Ayat yang terhasil masih lagi gramatis ( ayat 1a, 2a dan 3a). Hal ini, tidak berlaku bagi kata kerja transitif yang lain.

1. (a) Kejayaan atlet negara dalam sukan Olimpik sungguh menggembirakan.
2. (a) Kesusahan yang datang bertimpa-timpa amat menyulitkan.
3. (a) Berita buruk itu amat menyedihkan.

Ciri yang kedua ialah kata kerja jenis ini dapat menerima kata penguat, oleh sifatnya sebagai adjektif. Kata-kata penguat seperti sungguh dapat hadir dalam ayat 1, dan kata penguat amat dalam ayat 2 dan 3. Kata penguat seperti ini tidak boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain. Misalnya:

4. *Rohana sungguh memasak ikan keli.
5. *Pesawah itu amat menuai padi.

Selain itu, kata kerja dapat juga berfungsi sebagai kata sendi. Misalnya kata kerja mengikut, mengenai, melalui, menerusi, dan menurut. Contoh:

6. Kumpulan pelajar itu berbincang mengenai tajuk perdebatan.
7. Bantahan rakyat dikemukakan melalui undian.

Frasa kerja mengenai tajuk perdebatan, dan melalui undian merupakan rangkaian perkataan yang mirip kepada frasa sendi nama dan berfungsi sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang tersebut itu. Sebagai unsur keterangan ayat, perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila frasa ini difokuskan, yakni dikedepankan. Contoh:

8. Menurut kenyataan Surat Pekeliling Kerajaan, pegawai yang rasuah bekerja akan didakwa di mahkamah.
9. Mengenai agihan bantuan baja subsidi itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Dalam ayat 8 dan 9, frasa menurut kenyataan Surat Pekeliling Kerajaan, dan mengenai agihan bantuan baja subsidi itu tidak berfungsi sebagai kata kerja, melainkan bertindak sebagai frasa sendi nama yang memberikan keterangan ayat 8 dan 9.
Selain itu, frasa kerja juga dapat hadir sebagai frasa nama subjek. Contoh:

10. Bersenam baik untuk kesihatan.
11. Merokok membahayakan kesihatan.

Bersenam dan merokok ialah kata kerja tak transitif. Kedua-dua kata kerja itu berfungsi sebagai frasa nama yang hadir dalam subjek ayat. Menurut rumus tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja tidak boleh hadir dalam ruang atau gatra subjek kerana hal yang demikian menjadikan ayat yang terhasil tidak gramatis.

Sebenarnya, Frasa bersenam, dan merokok merupakan unsur penerang kepada frasa nama yang sudah digugurkan intinya. Kedua-duanya berasal daripada bentuk binaan frasa nama yang lengkap seperti kegiatan bersenam, dan tabiat merokok. Kata kegiatan dan tabiat ialah kata nama yang berfungsi sebagai inti frasa nama, manakala bersenam dan merokok merupakan penerang kepada inti frasa nama tersebut. Hal ini dapat dijelaskan seperti huraian yang berikut ini:

inti penerang

Kegiatan bersenam
Tabiat merokok

Oleh itu, ayat 10 dan 11 yang lengkap adalah seperti 10a, dan 11a yang di bawah ini:
10. (a) Kegiatan bersenam baik untuk kesihatan.
11. (a) Tabiat merokok membahayakan kesihatan.

Pengguguran kata nama kegiatan dan tabiat dalam kedua-dua ayat itu tidak mencacatkan ayat berkenaan. Ayat-ayat 10, 11, 10a, dan11a masih betul dari segi tatabahasa.
Demikian huraian tentang kata kerja yang berfungsi sebagai golongan kata lain dalam bahasa Melayu.
Jenis Ayat Komplemen

Oleh Muhammed Salehudin Aman

Sesuatu ayat kecil dapat melengkapkan sesuatu ayat induk bagi membentuk ayat majmuk pancangan komplemen. Oleh sebab makna perkataan komplemen ialah pelengkap, maka ayat kecil itu dinamai ayat kecil pelengkap. Namun, orang menyebutnya juga sebagai ayat komplemen sahaja. Ayat kecil pelengkap ini dihubungkan kepada kata kerja dalam ayat induk dengan kata hubung komplemen bahawa atau untuk. Gabungan ayat induk dengan ayat kecil pelengkap itu dinamai ayat majmuk pancangan komplemen.

Ayat komplemen terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat komplemen frasa nama, ayat komplemen frasa kerja, dan ayat komplemen frasa adjektif.

Jenis ayat komplemen frasa nama dapat menduduki dua tempat dalam unsur sesuatu ayat, iaitu dalam gatra subjek dan dalam ruang objek tepat. Ayat komplemen yang menduduki bahagian subjek, dikenal sebagai ayat komplemen frasa nama subjek, manakala yang mengisi objek tepat dinamai ayat komplemen frasa nama objek tepat.

Ayat komplemen frasa nama subjek boleh sahaja berlaku dalam unsur ayat bersusunan biasa, ataupun bersusunan songsang. Perhatikan ayat-ayat contoh yang berikut ini:

1. Bahawa tarikh lawatan Perdana Menteri ke negara itu akan diumumkan kelak.

2. Untuk dia memenangi pilihan raya kecil itu memang amat sukar.

3. Sangat tidak munasabah bahawa dia tidak mengetahui kejadian itu.

4. Amat wajar untuk kerajaan menurunkan harga minyak petrol.

Perhatikan perbezaan kedudukan ayat-ayat komplemen dalam ayat 1 – 4 di atas. Dalam ayat 1 dan 2, ayat komplemen dipancangkan dalam binaan ayat susunan biasa (subjek + predikat); manakala dalam ayat 3 dan 4, pada kedudukan ayat songsang (P + S). Bahagian “sangat tidak munasabah” (ayat 3), dan “Amat wajar” (ayat 4) ialah predikat bagi kedua-dua ayat berkenaan.

Ayat komplemen frasa nama objek tepat hanya boleh wujud dalam objek tepat sahaja. Anda tentu mengetahui bahawa objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif, atau sebagai objek sipi. Contoh bentuk ayat komplen jenis ini adalah seperti yang berikut:

5. Azizah menyedari bahawa persediaannya belum memuaskan.

6. Pengetua menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.

7. Yang terselamat mengatakan bahawa pemandu bas tidak berhati-hati.

Dalam ketiga-tiga ayat yang di atas, ayat komplemen berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif menyedari, menegaskan dan mengatakan dalam ayat induk.

Frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti oleh bukan frasa nama objek, tetapi oleh keterangan-keterangan yang bertujuan untuk melengkapkan frasa tersebut. Keterangan-keterangan ini boleh juga terdiri daripada ayat komplemen, yakni berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja tak transitif itu. Oleh sebab ayat komplemen ini menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif, maka ayat komplemen ini tergolong ke dalam jenis ayat komplemen frasa kerja juga. Contoh ayat komplemen daripada jenis ini adalah seperti yang berikut:

8. Pak Farid beranggapan bahawa anaknya telah berjaya.

9. Timbalan Perdana Menteri berkeyakinan bahawa ekonomi negara akan terus meningkat.

10. Kenyataan itu bermaksud bahawa baja subsidi akan terus diberikan kepada petani.

Dalam binaan ayat bahasa Melayu, frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat berpola FN + FA. Sama seperti bentuk ayat komplemen yang boleh hadir di hadapan kata kerja tak transitif, ayat komplen juga dapat hadir selepas kata adjektif. Ayat komplemen ini dikenal sebagai ayat komplemen frasa adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam predikat frasa adjektif ayat induk. Contohnya:

11. Kami sangat yakin bahawa dia mampu memikul tanggungjawab itu.

12. Ibu amat percaya bahawa abang tidak tergamak melakukan perbuatan itu.

13. Pemuda itu insaf bahawa judi bukanlah cara menambahkan kekayaan dengan cepat.

Kesemua ayat komplemen (bercetak dengan huruf condong) hadir dalam predikat ayat yang unsur predikat utamanya daripada unsur kata adjektif. Ayat-ayat komplemen tersebut melengkapkan makna kata adjektif yakin, percaya dan insaf.

Demikianlah huraian tentang jenis-jenis ayat komplemen dalam bahasa Melayu. Harus anda ingat bahawa ayat komplemen dapat dikenal melalui penggunaan kata hubung komplemen bahawa atau untuk dalam sesuatu ayat majmuk.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :
Kata Laluan :
> Daftar Keahlian > Lupa Kata Laluan
> Soalan Lazim (FAQ) [ Hotline : 03 - 7955 5577 ]


IKLAN@TUTOR








USIK-USIK



CARIAN

SEKOLAH GANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Hai...letihnya rasa nak bekerja pada hari Sabtu ni.Kena pulak jadual hari Khamis..yang jadualnya penuh Semalam, ramai yang dah merancang nak ponteng hari ini. Sebagai guru, aku memahaminya kerana tahun ni..mereka banyak kelas tuisyen pada hujung minggu. Bagi kelas 5 Sains 1, 3 Jujur dan 3 Ikhlas..tentulah lebih masa diperuntukkan untuk belajar. Dah bayar yuran tuisyen kata mereka. Maklumlah ..peperiksaan PMR dan SPM semakin dekat.
Namun begitu,kelas tetap berjalan seperti biasa. Nampaknya, makin kuranglah pelajar pada hari ini lantaran ada pertandingan choral speaking akan berlangsung pagi ni di Rawang. Satu bas yang akan bertolak sebentar lagi. Semoga berjaya dalam pertandingan tersebut.

Thursday, April 23, 2009

KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN BAHASA

Kesilapan ejaan yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu

1. 1800an : 1800-an
2. anti-dadah : antidadah
3. anti Rusia : anti-Rusia
4. semalaysia : se-Malaysia
5. faksimili : faksimile
6. bandaraya : bandar raya
7. pro aktif : proaktif
8. akitek : arkitek
9. aturcara : atur cara
10. nasionalisma : nasionalisme
11.kuatkuasa : kuat kuasa
12.kianat : khianat
13.sosio ekonomi : sosio-ekonomi
14.pehak : pihak
15.insyaallah : insya-Allah
16.pra kata : prakata
17.pra olimpik : pra-olimpik
18.sub tajuk : subtajuk
19.pro Barat : pro-Barat
20.tata rias :tatarias
21.sessi : sesi
22.trampil : terampil
23.perihatin : prihatin
24.optima : optimum
25.anti sosial : antisosial
26.dwi bahasa : dwibahasa
27.hamba Mu : hambaMu
28.ke-dua : kedua
29.menitik-beratkan : menitikberatkan
30.pemilekan : pemilikan
31.prosidur : prosedur
32.ekspress : ekspres
33.jawatan kuasa : jawatankuasa
34.lain-lain arahan : arahan-arahan lain
35.deraf : draf
36.di masa-masa : pada masa-masa
37.segalanya : segala-galanya
38.telor ayam : telur ayam
39.deligasi : delegasi
40.di alaf : pada alaf
41.engkar : ingkar
42.ibubapa : ibu bapa
43.lojik : logik
44.pelancung : pelancong
45.profession : profesion
46.renik (rendah) : renek
47.sekim : skim
48.mertua : mentua
49.fax : faks
50.geraf : graf
51.ide : idea
52.istihar : isytihar
53.pinggan mangkok : pinggan mangkuk
54.tulin : tulen
55.kecantikkan : kecantikan

KESALAHAN KATA B.INGGERIS KE BAHASA MELAYU

1. apartment : pangsapuri
2. back-drop : latar pentas
3. barbecue : barbeku
4. care : kafe
5. cash and carry : bayar dan bawa
6. check in : daftar masuk
7. coffee garden :laman / ujana kopi
8. countdown : kira detik
9. cybercafe : kafe siber
10.e-mail : e-mel
11.fitting room : bilik acu
12.kiosk : kios
13. megamall : megapura
14.pre-paid ticket : tiket prabayar
15. roadshow : jerayawara
16. server : pelayan
17. convoy : konvoi
18. nugget ; nuget
19. access : capaian
20. waiter : pramusaji
21.cash flow : aliran tunai
22.homepage : laman
23.mockcheque : cek contoh
24.resort : penginapan persantaian
25.hardware : perkakasan
26.cursor : kursor
27.data base : pangkalan data
28.motorcross : lumba motor lasak
29.local area network(LAN) : rangkaian kawasan setempat

Monday, April 20, 2009

TAHNIAH BUAT FAHIMAH MOHAMAD DARI KELAS 5 SAINS 1

Sekalung tahniah buat Fahimah kerana berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Menulis Sirah Nabi sempena Majlis Maulidul Rasul baru-baru ini. Pepatah ada mengatakan, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Berkat kesungguhan merebut peluang dan ruang yang telah ada di hadapan mata, pastilah dapat ganjarannya. Hargailah bakat yang ada pada diri anda.

Friday, April 17, 2009


SABTU, 18 APRIL, 2009 - SMKHK telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung kali ke-35, di Dewan Budiman.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua SMKHK, Puan Rehan bt. Mohd. Salleh, YDP PIBG encik Rosli b. Ibraham dan dirasmikan oleh Dato' Nazar seorang ahli perniagaan yang banyak memberi sokongan kepada program yang dilaksanakan oleh SMKHK.

Persembahan nasyid menjadi pembuka tirai sebelum penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum, Berkepimpinan dan Bakti Murni 2009. Mesyuarat Agung PIBG telah menjadi penutup program pada hari ini dengan perlantikan AJK baharu bagi tahun 2009 - 2010.

Posted by NORAZA AZIZ at 7:15 PM 0 comments
Wednesday, April 8, 2009

Thursday, April 16, 2009

BAHAN UNTUK KARANGAN: GEJALA SOSIAL

Kes ragut di KL naik 100 peratus!

Oleh TAN MING WAIpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 April – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes. “Samun berseorangan tanpa senjata api pula turut meningkat sebanyak 24 peratus iaitu dari 234 kes kepada 290 kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, ketiga-tiga jenayah terbabit menyumbang 31 peratus dalam keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur setakat April tahun ini.Memandang berat perkembangan itu, menurutnya, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan oleh polis Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif untuk mencegahnya daripada terus meningkat.

Chin Wah berkata, operasi yang berkonsepkan ‘kepolisan agresif’ itu menggabungkan semua jabatan dan cawangan IPK Kuala Lumpur, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), JSJ Narkotik, Cawangan Khas, Cawangan Trafik serta Pasukan Gerakan Am.

‘‘Sepanjang operasi dijalankan, polis akan lebih kerap menjalankan pemeriksaan terhadap orang ramai di kawasan tumpuan jenayah yang dikenal pasti selain sekatan jalan untuk memeriksa kenderaan.‘‘Oleh itu, polis harap orang ramai akan faham tindakan polis dan memberikan kerjasama sepenuhnya termasuk menyalurkan maklumat kepada polis,’’ katanya.Beliau berkata, operasi tersebut telah bermula semalam dan pihaknya memperuntukkan tempoh sebulan bagi melihat hasilnya sebelum ia dikaji dan diperkemaskan sekiranya perlu untuk bulan seterusnya.

‘‘Kita juga akan mengeluarkan statistik harian yang mengandungi indeks jenayah dan jumlah pemeriksaan serta tangkapan untuk siaran media. ‘‘Inisiatif ini bukan bertujuan menakut-nakutkan warga kota tetapi kita mahu mereka tahu gambaran sebenar keadaan jenayah di ibu negara serta ingin mereka tahu apa yang polis lakukan untuk mengatasi masalah ini,’’ jelasnya.
Dalam tempoh 24 jam pertama operasi tersebut, polis melakukan 37 tangkapan hasil pemeriksaan ke atas 1,837 individu.

‘‘Kita berjaya menahan lapan suspek kes samun di kawasan Sentul dan Brickfields, 15 penagih dadah dan selebihnya ialah pendatang asing tanpa izin,” tambahnya.Selain itu, daripada jumlah 1,089 kenderaan yang diperiksa, polis menemui semula tiga buah motosikal yang disyaki kenderaan dicuri.
Dalam pada itu, Chin Wah mengarahkan supaya semua pemeriksaan turut dihadiri oleh seorang pegawai atau anggota beruniform.‘‘Kita sedar mungkin akan ada pihak yang cuba menyamar sebagai polis untuk melakuk

Sunday, April 12, 2009

Aib juvana remaja


Oleh Nurul Adlina Kamaludin dan Hafizah Iszahanidbminggu@bharian.com.my

Remaja makin bangga, seronok buat jenayah MEREKA mencuri, merogol, menjual diri, membunuh selain terbabit pergaduhan dan samseng. Ini bukan profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan. MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan. Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional. Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru. Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, minggu lalu yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu. Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar. Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.
Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. "Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar. "Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.
Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka. "Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera. "Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah." Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka. "Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah." Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini. "Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.
"Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.
INFO: Masalah juvana 5.4 juta pelajar di seluruh negara

Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun
Statistik polis: 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 - Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.

Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.

Friday, April 10, 2009

KOLEKSI FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN ANDA

- menggembleng tenaga : bersatu tenaga
- beriltizam (komited)
- memacu /menjana kemajuan negara
- masalah semakin kritikal
- fenomena yang berlaku
- di persada dunia
- citra masyarakat(imej/ jati diri)
- generasi pewaris bangsa
- anjakan paradigma
- lonjakan saujana
- proses globalisasi : proses yang membolehkan sesuatu aktiviti diperluas ke peringkat antarabangsa
- dunia tanpa sempadan
- memperkembang potensi diri
- berdaya saing
- berfungsi secara optimum
- kedengaran suara-suara sumbang
-memperkasa jati diri
- menyelami jiwa dan cita rasa
- lebih berketerampilan(cekap)
- penampilan diri yang positif
- cara berpakaian
- dicelikkan oleh fakta sejarah
- mengetepikan soal bangsa
- merealisasikan impian
- menangani masalah
- berada dalam cengkaman
- pemangkin kecemerlangan
- menjadi polemik dalam masyarakat
- polarisasi kaum
- tahap profesionalisme
- menggoncang semangat
- inspirasi dicetuskan oleh
- menentukan hala tuju
- ditelan arus kehidupan
- realiti alam kehidupan
- interaksi sosial
- terbelenggu dalam perasaan
- digunakan secara semberono
- terpahat nama negara
- memperlekeh hasrat murni
- dasar yang proaktif
- menjadi barah masyarakat
- mengimbau kenangan
- di sungai cabaran
- menghakis sopan santun
- mutu memantulkan peribadi
- prasarana maklumat
- bercirikan tempatan
- menjadi nadi penggerak
- menjadi fokus perjuangan
- kemelut peperangan
- meluangkan masa senggang
- atlet tidak konsisten
- mempopularkan konssep
- mencerna idea
- bibit-bibit perpecahan
- menjadi petanda negatif
- generasi pascamerdeka
- memantapkan gelora politik
- diurus secara telus
- menawarkan aplikasi
- pertalian dapat dirungkai
- budaya hedonisme
- konteks yang lebih luas
- bertopengkan hak asasi
- peruntukan yang digariskan
- mengakses penemuan baru

Thursday, April 9, 2009

Kabinet rakyat
Oleh Johari Ibrahim, Saufi Hamzah, Azrina Ahzan dan Mohd Hamizar Hamid bhnews@bharian.com.my

28 menteri, 40 timbalan; 3 kementerian disusun semula
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam yang turut menyenaraikan enam muka baru, manakala lapan menteri digugurkan. Kabinet baru yang mencerminkan slogan 'Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan' itu, juga menyaksikan tiga kementerian - Kementerian Penerangan; Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, disusun semula menjadi dua kementerian - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pula dimansuhkan dan fungsinya diserapkan ke kementerian lain, umpamanya pembangunan Industri Kecil dan Sederhana oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Mara dan Tekun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penyusunan semula dan pemansuhan kementerian itu menjadikan Kabinet Najib lebih kecil terdiri daripada 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian ketika pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada sidang media di Jabatan Perdana Menteri di sini, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, Najib mengumumkan pertukaran portfolio 14 menteri serta pelantikan 40 timbalan menteri berbanding 37 dalam pentadbiran sebelum ini.
Najib yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lalu, mengekalkan portfolio Menteri Kewangan yang disandangnya sejak 19 September 2008, manakala Muhyiddin bertukar ke Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Lapan menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri - JPM), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) yang meletak jawatan berkuat kuasa kelmarin selepas kalah dalam pemilihan Umno, bulan lalu. Tujuh muka baru pula termasuk dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Datuk Kong Cho Ha yang dinaikkan pangkat, masing-masing sebagai Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tiga lagi ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di JPM bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di JPM bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Agama Islam) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan). Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah Aman pula kembali menyertai Kabinet. Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno, memegang portfolio sama, manakala Anifah sebagai Menteri Luar. Shahrizat, Dr Koh yang juga Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Raja Nong Chik (Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai) serta Jamil Khir (bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera), mengangkat sumpah sebagai Senator, petang semalam. Seramai 14 menteri bertukar portfolio, iaitu Muhyiddin (Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke Kementerian Pelajaran), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Kewangan ke JPM), Tan Sri Bernard Dompok (JPM ke Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Pelajaran ke Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Rais Yatim (Kementerian Luar ke Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Peter Chin Fah Kui (Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ke Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Seri Shafie Apdal (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Mustapa Mohamed (Pertanian dan Industri Asas Tani ke Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Pelancongan), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (JPM ke Pertahanan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi ke Kerja Raya), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan ke Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Belia dan Sukan ke Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Tujuh lagi menteri mengekalkan portfolio masing-masing, iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (JPM), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan) dan Datuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia) Daripada 40 timbalan menteri pula sembilan adalah muka baru, iaitu Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Kesihatan), Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim (Belia dan Sukan), Dr Puad Zarkashi (Pelajaran), Datuk Dr Awang Adek Hussein (Kewangan), Heng Seai Kie (Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datin Paduka Chew Mei Fun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Luar) dan Ahmad Maslan (JPM). Seramai 18 timbalan menteri bertukar portfolio, manakala tiga digugurkan, iaitu Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Kabinet baru Najib mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas Perdana Menteri menghadap Seri Paduka di Istana Terengganu kira-kira jam 11 pagi semalam. Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan di Istana Negara pada 9.30 pagi ini. >> lihat senarai penuh Kabinet 2009
Cetak artikel Hantar pa

Wednesday, April 8, 2009

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1

PENGENALAN

Kertas 1 BM SPM juga dikenali sebagai kertas karangan kerana hanya melibatkan ujian penulisan. Kertas ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:
BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B. Masa yang diperuntukkan untuk kertas ini ialah dua jam lima belas minit.

Bagi soalan BAHAGIAN A, calon dikehendaki membina sebuah karangan dalam lingkungan 200 hingga 250 patah perkataan berdasarkan sebuah bahan rangsangan yang diberikan. Bahan rangsangan tersebut boleh jadi;
a. gambar
b. gambar bersiri
c. ilustrasi kartun
d. pelan
e. iklan
f. petikan
g. catatan

Sebanyak 30 markah diperuntukkan untuk bahagian ini.

Manakala BAHAGIAN B pula, calon akan diberikan lima pilihan tajuk karangan. Calon perlu menulis karangan berdasarkan salah satu tajuk tersebut. Panjang karangan itu tidak harus kurag daripada 350 patah perkataan.

Markah yang diperuntukkan bagi BAHAGIAN B ialah 100 markah. Ini bermakna, jumlah markah keseluruhan untuk kertas ini ialah 130.

CONTOH SOALAN BAHAGIAN A
(masa yang dicadangkan: 45 minit)
(markah : 30)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN

Pendahuluan:
- menunjukkan beberapa contoh permainan tradisional di negara kita
- namakan permainan-permainan tersebut
- merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa
- ditinggalkan oleh nenek moyang kita dan diwarisi sejak zaman berzaman

Isi:
1. menjadi sebahagian daripada khazanah budaya bangsa
- menunjukkan ketinggian nilai seni masyarakat silam
- menjadi pencerminan ketinggian peradaban bangsa
- menjadi kebanggaan bersama

2. semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini
- terutama dalam kalangan masyarakat kota dan generasi muda
- anggap ketinggalan zaman (kolot)
- lagipun banyak sumber hiburan yang lain
- tambahan pula, permainan-permainan ini hanya terhad di negeri tertentu

3. perlu dipertahankan
- satu warisan yang tidak ternilai harganya
- menjadi petanda tentang pencapaian bangsa
- perlu diselamatkan daripada pupus
- perlu diturunkan kepada generasi akan datang

4. usaha-usaha serius harus dilakukan untuk menyelamatkan permainan tradisional ini
- wujudkan kelab-kelab permainan tradisional di sekolah
- anjurkan pertandingan
- anjurkan bengkel membuat dan bermain

PENUTUP:
- tidak harus dibiarkan berkubur
- semua pihak harus berganding bahu untuk memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Tuesday, April 7, 2009

TAHNIAH BUAT PN. SALMAH WAHAB

Tahniah diucapkan kepada insan yang sinonim dengan panggilan "mama" kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Petang di SMKSK. Semoga mama dapat meneruskan perjuangan sebagai pendidik yang lebih telus dan adil dalam pentadbiran sekolah agar dirimu terus kekal disayangi oleh anak-anak didikmu. Jasamu tetap dikenang selama-lamanya.

KURSUS EDU WEB TV


RABU , 31 Mac 2009 - Satu kursus Edu Web Tv telah dijalankan oleh Pn. Hanani Zawawi selaku Penyelaras Pusat Sumber kepada semua guru SMKHK pada pukul 1.50 petang bertempat di bilik guru. Kursus tersebut benar-benar berjaya memberi input yang berguna kepada guru-guru dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Tahniah diucapkan kepada guru-guru SMKHK juga telah berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli baru Edu Web TV.
Posted by NORAZA AZIZ at 4:56 PM 0 comments

BUDAYA HEDONISME

Dikirim pada 29 Julai, 2008 oleh admin
window.google_render_ad();

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.
Berdasarkan sejarah, amalan hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama.

Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain.

Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang.

Kebebasan itu menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, seks luar nikah, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan pelbagai pesta dan diadakan secara besar-besaran.Hasilnya masyarakat hanyut dibuai hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara.

Melalui perkembangan masa, pengaruh budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuk negara ini.Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.

Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia.Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.

Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota.

Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.
Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji.Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.

Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat mereka.

Realiti pelajar masa kini mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam gejala negatif.
Ketika ini dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang. Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan mereka kembali. Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.

Pusat Islam harus memikul tanggungjawab bersama menggerakkan semua agensi agama di seluruh negara termasuk pegawai majlis agama negeri menjalankan gerak gempur memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai bahaya gejala ini. Malah semua agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Belia dan Sukan akan menggembleng tenaga membina sahsiah generasi muda.
window.google_render_ad();
Selangkah Lebih Bijak

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”
“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”
“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”
“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”
“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”
“Sama menolong sama beruntung.”
“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”
“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”
“Dare to be different.”
“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”
“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”
“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”
“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”
“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”
~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Untuk membaca koleksi mutiara kata yang lain, sila klik http://cintadearhaniey.wordpress.com/tag/mutiara-kata/
window.google_render_ad();
Entri ini dikirim pada hari Ahad, 4 Februari 2007, 11:30 am dan diletakkan dalam kategori Mutiara Kata. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

DOA MEMOHON CINTA

Author: Inia Lurun Sophie Posted under: , ,
السلامعليكمورحمةاللهوبركاته."Allohumma innaa nas-aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wa hubba `amalin yuqorribuna ilaa hubbik""Ya Allah, kami memohon cinta-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami pada cinta-Mu" (dari doa dalam hadits hasan riwayat at-Tirmidzi) ...
TIDAK PERLU MENGHUKUM HARI ESOK PADA HARI INI&TIDAK PERLU MENGHUKUM HARI INI KERANA HARI SEMALAM"

12 Mac 2009

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj menulis...
kita mungkin tak mampu buat semua, tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua.
kaya bukan tiket untuk hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.
paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah apabila dah dapat, itulah punca masalah hidup kita.
menepuk air di dulang tak semestinya terpercik ke muka sendiri sebab kadang-kadang terpercik juga ke muka orang lain.
jauh berjalan luas pandangan. usah terlalu jauh berjalan, nanti tak jumpa jalan pulang.
biar papa asal bergaya. kalau dah papa macam mana nak bergaya?
kalau boleh ketawa,senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum tu memang bahagia.
tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.
tak semua yang nampak rugi tu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.
mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dampak sepanjang hari.
hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. salah langkah bermula daripada tersalah fikir. tersalah fikir bermula daripada gagal mengenal diri.
angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila angin menghempas pasti ada yang tak akan faham lagi makna dibelai.
air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih. tapi tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.
tanpa mulut, lidah tak berfungsi. tanpa lidah, mulut tak bererti.

Monday, April 6, 2009

KATA ADJEKTIF

Terdapat 9 jenis kata adjektif iaitu:
1. kata adjektif waktu menerangkan konsep masa dengan unsur penerang . contohnya, lewat, awal, suntuk, silam, lama
2. kata adjektif warna menerangkan warna sebagai unsur keterangannya. contohnya, hijau, merah, kuning, coklat.
3. kata adjektif sifatan menerangkan sifat sesuatu perkara. contohnya, takut, kasar, berani, gopoh
4. kata adjektif ukuran menerangkan ukuran sebagai unsur keterangannya. contohnya, pendek, tebal, rendah, besar.
5. kata adjektif bentuk menerangkan rupa bentuk sebagai unsur keterangannya. contohnya, bulat, lonjong, kempis, buncit.
6. kata adjektif jarak menerangkan konsep ruang di antara dua perkara sebagai penerang. contohnya dekat, jauh.
7. kata adjektif cara menerangkan keadaan kelakuan sebagai penerang kata nama. contohnya selalu, lincah, perlahan, jelas.
8. kata adjektif pancaindera menerangkan konsep deria sebagai penerang kata nama. contohnya manis, masam kelat, payau
9. kata adjektif perasaan menerangkan perasaan sebagai unsur keterangannya. contohnya suka, kasih, sayang, gembira.
Kata adjektif terbahagi kepada 4 bentuk:
1. Kata adjektif asal. contohnya
- baik
- aktif
- cerdas
- rajin
- kedekut
2. Kata adjektif terbitan . contohnya
- terasing
- termasyhur
- terendah
- sebesar
- sepandai
- setinggi
3. Kata adjektif ganda. contohnya
- ganda penuh: baik-baik, hitam-hitam
- ganda separa : besar-besaran, kecil-kecilan
- ganda berentak: kacau-bilau, kusut masai
4. Kata adjektif majmuk. contohnya
- merah jambu
- hijau daun
- panjang tangan
- rabun ayam
Peringatan:
1. Kata adjektif terbitan berimbuhan apitan "ke...an" membawa makna, bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar.
Contoh kesalahan:
Perangainya yang seperti keanak-anakan itu membimbangkan hati ibunya.(salah)
2. Kata adjektif terbitan berawalan teR- tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali. contohnya terbesar sekali, terpandai sekali.
Contoh kesalahan:
Buku yang tertebal sekali itu berkulit hitam.(salah)
3. Kata adjektif yang menggunakan perkataan paling tidak perlu diikuti oleh sekali kerana teR- , paling dan sekali masing-masing sudah membawa darjah penghabisan. Contohnya, terbesar sekali, paling tinggi sekali(salah)
Contoh kesalahan:
Nama murid yang paling tertinggi itu ialah Zarina.
4. Imbuhan awalan teR- boleh dicampurkan dengan kata penguat bebas amat dan sangat serta diikuti oleh kata adjektif. contohnya, teramat bijak, tersangat mahal.
5. Kata adjektif ganda sudah membawa makna jamak dan tidak perlu digabungkan dengan kata yang menunjukkan makna jamak juga.
Contoh kesalahan:
Makanan di atas meja bulat itu semuanya pedas-pedas.(salah)
Guru boleh rotan murid

KUALA LUMPUR: Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau memberitahu Dewan Negara di sini hari ini bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.
"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu," katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat.