Thursday, February 19, 2009

KATA BILANGAN

kata bilangan tentu

satu,
dua, tiga, dan seterusnya

kata bilangan tak tentu

beberapa,
segala,
seluruh,
sekalian,
para,
setengah-setengah,
sesetengah, dan sebagainya

kata bilangan pecahan suku,

setengah,
separuh,
tiga suku,
satu per tiga,
lima per tujuh, dan sebagainya

kata bilangan pisahan

setiap,
masing-masing dan tiap-tiap

kata bilangan himpunan

kedua-dua,
ketiga-tiga,
berpuluh-puluh,
berminggu-minggu,
berbulan-bulan,
beribu-ribu,
ribuan,
beratus-ratus,
ratusan,
berjuta-juta,
jutaan, dan sebagainya

kata bilangan tingkat pertama,

kedua,
ketiga, dan seterusnya

KESALAHAN UMUM PELAJAR

1. Beberapa pelajar (salah)

Pembetulan: Beberapa orang pelajar(kata bilangan beberapa MESTI diikuti penjodoh bilangan)

2. Lima setengah jam (salah)
Pembetulan: Lima jam setengah(kata bilangan pecahan mestilah di letakkan di hujung kata bilangan tentu)

3. Setiap orang pelajar (salah)
Pembetulan: Setiap pelajar(pelajar sudah menunjukkan "orang", maka TIDAK perlu penjodoh bilangan "orang" lagi.

4. Beribu hadiah, berjuta bintang, (salah)
Pembetulan: Beribu-ribu hadiah, berjuta-juta bintang, beratus-ratus buah kereta(beribu bermaksud "mempunyai ibu", berjuta bermaksud "ada juta")

5. Kedua ibu bapa (salah)
Pembetulan: Kedua-dua ibu bapa(kedua bermaksud "tempat kedua" dan kedua-dua bermaksud "dua orang yang terlibat")

6. Setiap-tiap pelajar, tiap pelajar (salah)
Pembetulan: Setiap pelajar, tiap-tiap pelajar(Dalam BM, hanya ada "setiap" dan "tiap-tiap")

Latih Nahu

Nyatakan sama ada frasa di bawah betul (B) atau salah (S), kemudian berikan jawaban yang betul untuk menggantikan jawaban yang salah.

Kedua-dua orang menteri ( )
Satu suku jam ( )
Dua ringgit setengah ( )
Setengah pelajar ( )
Separuh daripada murid di dalam kelas ( )
tiap peserta pertandingan ( )
beribu-ribu buah komputer ( )
Setengah-setengah remaja ( )
Seluruh buah kampung ( )
tempat keempat belas di dalam kelas ( )
Anda boleh menghantar jawapan anda dalam ruang "ulasan". Pada malam Sabtu, saya akan memasukkan jawabannya.
DIPETIK DARIPADA BLOG: CIKGU TAN C

Thursday, February 12, 2009

ANALISIS SOALAN PROSA KLASIK: SPM

Terdapat lapan karya sastera klasik yang terdiri daripada pelbagai genre termasuk cerita berbingkai, sastera sejarah, sastera epik, sastera pengaruh Hindu dsb. Judul prosa klasik dan jenis genre serta analisis kekerapan soalan berdasarkan kedua-dua antologi Anak Laut dan Kerusi.
ANAK LAUT
1. Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya( Nov. 2001, Nov 2005)
2. Puteri Gunung Ledang (Nov 2008)
3. Pertarungan Tuah dengan Jebat (Julai 2002, Jun 2007)
4. Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah (Julai 2003, Nov 2004, Jun 2006)
KERUSI
1. Sabor*******
2. Kezaliman Membawa Padah (Nov 2002, Jun 2005,Jun 2008)
3. Asal-usul Raja Kecil (Nov 2003, Nov 2007)
4. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Jun 2004, Nov 2006)
Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini sudah pasti dapat mengagak petikan yang bakal diuji bagi memudahkan mereka membuat persediaan awal. Namun begitu, yang peting anda perlu memahami jalan cerita setiap tajuk bagi prosa klasik bagi memudahkan anda menjawab soalan pemahaman bagi Kertas Bahasa Melayu 2.
FORMAT DAN BENTUK SOALAN PROSA KLASIK
Soalan pemahaman bagi genre prosa klasik menguji soalan pemahaman berbentuk pengetahuan dan soalan pemahaman yang melibatkan kemahiran berfikir. Bagi menjawab soalan pemahaman berdasarkan prosa klasik, pelajar perlu terlebih dahulu menguasai petikan dengan baik di samping mampu memahami maksud dan isi cerita yang disampaikan dengan menggunakan bahasa klasik, anda sewajarnya menukarkan kepada prosa moden.
Terdapat dua soalan pemahaman berdasarkan teks dan satu lagi soalan pemaaman yang menguji kemahiran berfikir. Bagi membolehkan anda menjawab dua soalan yang pertama, anda perlu membaca petikan tersebut dengan baik. Lazimnya, soalan yang diajukan mengehendaki anda menerangkan maksud rangkai kata atau menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan.Bagi memudahkan perbincangan, antara contoh soalan SPM 2004 adalah seperti berikut:
1. meminta pelajar menerangkan maksud "hendak akan Seri Rama" berdasarkan petikan tersebut
2. menyatakan kesaktian yang dimiliki oleh Sura Pandaki
3. mengemukakan pendapat tentang sebab musabab Laksamana tidak mempedulikan Sura Pandaki yang cuba menggodanya.
Soalan pemahaman berdasarkan teks di atas dianggap mudah jika anda benar-benar memahami petikan yang dibaca. Apatah lagi telah diajar di dalam kelas. Cuma anda perl menukar perkataan atau ayat bahasa klasik kepada bahasa baku atau bahasa Melayu Moden.

Sunday, February 1, 2009

CAKNA BAHASA

"HAL INI DEMIKIAN KERANA" tidak lagi gramatis, kenapa?
Dalam satu perbincangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang lalu, iaitu semasa sesi pemurnian Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga kali kedua, panel penulis telah membuat persetujuan bahawa ungkapan "Hal ini demikian kerana..." tidak lagi gramatis. Ketidakgramatisan ini berpunca daripada keputusan untuk memasukkan unsur adverba dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Oleh sebab adverba dimasukkan sebagai kata tugas, maka adverba tidak boleh menjadi inti dalam frasa subjek atau predikat. Kehadiran adverba hanyalah membawa tugas tertentu dalam ayat.
Oleh itu, ungkapan "Hal ini demikian kerana...” perlulah diubah seperti yang berikut:
(i) Hal ini berlaku demikian kerana....
(ii) Perkara ini terjadi demikian kerana...
(iii) Hal ini dikatakan demikian kerana...
Dengan berdasarkan ayat-ayat di atas, kata adverba `demikian’ bertugas sebagai penerang kepada kata kerja `berlaku’, `terjadi’, `dikatakan’, dan sebagainya. Kepada guru-guru di sekolah, harap terimalah perubahan ini sebagai satu daripada perkembangan bahasa Melayu. Janganlah menghukum pelajar jika mereka masih menggunakan ungkapan `Hal ini demikian kerana...’. Untuk mendidik pelajar dan masyarakat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul, kita hendaklah menggunakan pendekatan yang bijaksana dan rasional.
Sumber: Munsyi Dewan, Cikgu Ghalib, http://agy7500.blogspot.com/