Tuesday, May 27, 2008

KHAS BUAT ALAI DI WANGSA MAJU: TERUSKAN PERJUANGAN

Pastikan karangan yang cikgu beri tu..dapat disiapkan. Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran BM. Apatah lagi, karangan merupakan bahagian yang memerlukan banyak latihan. Pandai-pandailah membahagikan masa. Kita jumpa Isnin hadapan.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-17 TECK LAM

Hari ini, dapat kita meraikan hari jadi Ong Teck Lam dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Kehadiran seramai 23 pelajar pelajar amat membanggakan cikgu. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang benar-benar ingin berubah. Cikgu doakan agar kecemerlangan menjadi milik kita bersama pada tahun ini. SELAMAT BERCUTI.

Monday, May 26, 2008

ANALISIS SOALAN BM2 SPM

Jenis Kata yang penting untuk dikuasai:
1. kata ganti nama diri tanya (apa-apa)
2. ayat pasif diri ke-3 (mereka)
3. ejaan (lancung = lancong)
4. kata bilangan tak tentu; para
5. kata sendi nama / kata hubung
6. kata nafi ; bukan/tidak
7. kata tunggal satu suku kata ; had
8. kata ganda ; orang-orang
9. imbuhan; di/ ber/ ke...an / pe, per, pel / ter / me....i , me...kan
10.kata nama terbitan ; ke...an , pe....an
11.kata pinjaman ; bahasa Inggeris , bahasa Arab
12.penggandaan kata majmuk
13.kata majmuk apitan
14.imbuhan kata adjektif

KANSER PARU-PARU

Tahukah anda, jika anda mengalami kanser paru-paru peluang untuk sembuh amat kecil sekali?Statistik menunjukkan bahawa 90 peratus kanser paru-paru disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal pembiakannya dan paling kerap dialami oleh golongan lelaki yang mengamalkan tabiat merokok. Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 daripada bahan kimia ini mengakibatkan kanser. Pada peringkat awal kanser paru-paru mungkin tidak mempunyai apa-apa gejala atau tanda, namun tumor tersebut mungkin boleh ditemukan melalui kaedah x-ray dada. Tapi, ingatlah tanda-tanda biasa ke arah kanser paru-paru ialah batuk yang berterusan, sesak nafas, kahak berdarah, kurang berat badan, sakit dada dan suara menjadi garau.

Peribahasa yang sesuai dengan tajuk:

Mencegah lebih baik daripada mengubat
Elakkanlah sebelum nasi menjadi bubur
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA SPM KERTAS 2

Bentuk / Format SPM

Terdapat 5 soalan dan wajib menjawab kelima-lima soalan dan akan disoal 5 aspek tatabahasa iaitu: (30 markah)
a. morforlogi (pembentukan kata)
b. sintaksis (susunan kata dalam ayat)
c. kesalahan ejaan dan imbuhan
d. penggunaan kata dan istilah
e. pengetahuan dan kefahaman tentang peribahasa

Soalan 3(a) : jenis soalan membina ayat seperti
a. kata ganda
b. kata hampir sama makna
c. kata dasar dan kata terbitan
d. pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
e. kata banyak makna
f. pasangan kata terbitan
g. pasangan kata dasar dan kata majmuk
h. pasangan kata ganda seluruh dan kata ganda terbitan
i. pasangan kata hampir sama bunyi/ejaan
j. pasangan kata homograf (sama ejaan tetapi berbeza sebutan)

Soalan 3(b): menyoal tentang kepelbagaian ayat:
a. menggabungh/memisahkan ayat
b. menukar ayat - cakap ajuk dan cakap pindah
c. menukar ayat - ayat aktif dan ayat pasif
d. menentukan jenis ayat
e. menganalisis ayat

Soalan 3 (c) dan 3 (d) : mengenal pasti kesalahan dalam ayat
a. kesalahan ejaan
b. kesalahan imbuhan
c. kesalahan kata dan istilah
d. kesalahan bahasa

Soalan 3(e) : menguji pengetahuan dan kefahaman tentang peribahasa

TEKNIK MENJAWAB BM 2 SPM 2008

Satu teknik menjawab soalan BM2 SPM akan diadakan pada 6 Jun 2008, hari Jumaat di Dewan Seminar Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Cikgu Azza akan memberi ceramah secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Namun, para pelajar boleh juga bersedekah kepada tabung masjid sekiranya ingin membuat pelaburan AMANAH SAHAM AKHIRAT. Semoga ALLAH swt memberkati usaha kita untuk mencipta kecemerlangan dalam SPM tahun ini.

SOALAN BENTUK PERBANDINGAN ANTARA DUA NOVEL

CONTOH 1



Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan keistimewaan watak utama novel tersebut. ( 7 markah )



(Tulis 2 isi. Markah isi 4. Markah bahasa 3)



JAWAPAN



Dua novel yang saya kaji ialah novel Bukit Kepong dan novel Konserto Terakhir. Watak utama novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof manakala watak utama novel Konserto Terakhir ialah Helmi.



Keistimewaan kedua-dua watak ialah sikap penyayang yang ada pada diri mereka. (2m: ayat isi) Misalnya, Othman Yusof begitu menyayangi tanah airnya sehingga sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan pihak komunis, manakala Helmi tetap menyayangi isterinya iaitu Azizah dan anaknya walaupun mereka telah meninggalkan rumahnya dan menetap di rumah bapa mentuanya, Encik Bakar. (2m:ayat contoh)



Keistimewaan watak utama novel Bukit Kepong ialah sikap keberanian yang ada pada diri Othman Yusof. Manakala, watak utama novel Konserto Terakhir ialah sikap kegigihan yang ada pada diri Helmi. (2m: ayat isi) Misalnya, Othman Yusof begitu berani semasa mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong sehingga sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan Lans Koperal Jidin yang cedera parah menakala Helmi begitu gigih berusaha untuk mendalami ilmu muzik sehingga akhirnya dia berjaya menjadi pemuzik tanah air yang terkenal. (2m:ayat contoh)



CONTOH 2 (SPM 2007)



Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (7 markah)



(Tulis 2 isi. Markah isi 4. Markah bahasa 3)



JAWAPAN



Berdasarkan novel Konserto Terakhir, watak utamanya iaitu Helmi menerima penghinaan daripada Datin Salmah (1m:ayat isi) dan menyelesaikannya dengan cara mengambil keputusan keluar dari rumah Datuk Johari dengan alasan balik ke kampung tetapi sebenarnya dia berpatah balik dan bekerja di stesen minyak. (1m:ayat contoh)



Manakala dalam novel Bukit Kepong, watak utamanya Othman Yusof menghadapi konflik semasa tidak mendapat keizinan daripada ibunya untuk menyertai pasukan polis. (1m:ayat isi) Othman tetap tegas untuk menyertai pasukan polis tanpa memberitahu ibu dan ayahnya. (1m:ayat contoh)





UJI DIRI ANDA



SOALAN KAJIAN SASTERA : NOVEL BUKIT KEPONG



UJIAN 1



Watak utama sering diduga dengan pelbagai masalah namun tabah menghadapinya. Berdasarkan novel yang anda kaji, buktikan tiga peristiwa yang menggambarkan ketabahan watak utamanya. (8 markah)



(Tulis 3 isi. Markah isi 6. Markah bahasa 2)



JAWAPAN



Novel yang saya kaji ialah Bukit Kepong karya Ismail Johari. Watak utama dalam novel ini ialah Othman Yusof. Peristiwa yang menggambarkan ketabahan watak utama ialah ................................................................................................................................................................



UJIAN 2



Jelaskan perasaan anda selepas membaca novel yang anda kaji. ( 7 markah)



JAWAPAN



Novel yang saya kaji ialah Bukit Kepong karya Ismail Johari. Perasaan saya selepas membaca novel ini ialah.............................................................................................................................................



CONTOH JAWAPAN CEMERLANG ( 8 MARKAH)



SOALAN SPM 2007



Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (8 markah)



(Tulis 2 isi. Markah isi 6. Markah bahasa 2)



JAWAPAN



Dalam novel Bukit Kepong watak utamanya Othman Yusof telah menghadapi konflik iaitu apabila beliau mendapat tahu bahawa isterinya gila sewaktu pulang dari pertempuran. (1m) Namun begitu, Othman reda akan ketentuan Ilahi atas dugaan yang menimpanya. Dia dengan jiwa yang sabar menerima isterinya dan melayannya dengan penuh kasih sayang. Othman melawat dan menjaga isterinya dengan sepenuh jiwa biarpun terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital bahagia. (2m)



Manakala dalam novel Konserto Terakhir, watak utamanya iaitu Hilmi juga menghadapi konflik iaitu pergaduhan dengan isterinya Azizah (1m) Pergaduhan mereka semakin meruncing sehingga mereka terpaksa berpisah tempat tinggal. Hilmi telah mengambil jalan iaitu berpisah buat sementara agar jaringan waktu mampu menjernihkan hubungan mereka. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi mengubati luka di hatinya dengan menghasilkan lagu-lagu. Dengan cara ini Hilmi dapat mengatasi konflik yang dihadapinya. (2m)



KELEMAHAN CALON



1. Jawapan tidak lengkap

2. Pelajar kurang memahami kehendak soalan dan bentuk soalan.

3. Isi bagi jawapan novel tidak mencukupi.

4. Jawapan tidak dikarang.

5. Terdapat kesalahan bahasa dan ejaan.

SOALAN BENTUK KAJIAN SASTERA (NOVEL BUKIT KEPONG/KONSERTO TERAKHIR

CONTOH 1
Tulis latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji (8 markah)

(Tulis 3 isi. Markah isi 6 dan markah bahasa 2)

JAWAPAN

Latar masyarakat dalam novel Bukit Kepong ialah masyarakat polis. (1m:ayat isi) Contohnya, Othman Yusof dan anggota polis yang lain sanggup berjuang dengan bermati-matian demi mempertahankan maruah negara daripada dijajah oleh pihak komunis. (1m:ayat contoh)

Latar masyarakat yang lain ialah pengganas komunis. (1m:ayat isi) Contohnya, Chanfei merupakan pengganas komunis yang berperanan sebagai perancang strategi menggempur rumah Pasong Bukit Kepong. (1m:ayat contoh)

Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang taat setia. (1m:ayat isi) Contohnya, Limah begitu taat akan perintah suaminya iaitu Othman Yusof. Limah patuh apabila suaminya meminta dia pulang ke kampung kerana tidak dapat membawanya ke Bukit Kepong. (1m:ayat contoh)

Berkatilah murid-muridku

Buat Kahmini a/p Manoharan, selamat meneruskan pelajaran di SMK Aminudin Baki. Semoga terus mencipta kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu. Tahniah kerana tidak pernah mengecewakan saya.

SPM BM2 :NOVEL (BUKIT KEPONG/KONSERTO TERAKHIR)

Teknik menjawab soalan novel (15 markah)
4a. Soalan Kemahiran Berfikir/Soalan Kajian Sastera (7 markah)
4b. Soalan Kajian Sastera/Soalan Perbandingan Dua novel (8 markah)

Strategi menjawab soalan novel
1. Baca dan fahami kehendak serta bentuk soalan
2. Tentukan novel yang anda pilih
3. Jawab soalan mengikut kehendak soalan dan teknik penulisan jawapan yang betul.
4. Jawapan dalam bentuk esei iaitu ayat berperanggan.
5. Jawapan mesti ada ayat isi dan ayat contoh berdasarkan novel yang anda kaji.
6. Beri jawapan yang logik bagi soalan KBKK
7. Tulis isi mengikut jumlah isi yang diperlukan dengan merujuk markah.

Soalan Bentuk Kemahiran Berfikir

CONTOH 1
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan manfaat yang anda peroleh setelah membaca novel tersebut. (7 markah)
(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

Jawapan
Dalam novel Bukit Kepong, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang peristiwa hitam yang bersejarah bagi negara Malaysia. (1m: ayat isi) sebagai contoh, perjuangan dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara.(1m:ayat contoh)

Manfaat yang lain ialah, saya dapat menyemai semangat cinta akan negara kepada diri sendiri.(1m:ayat isi) Contohnya, perjuangan Othman Yusof dan anggota-anggota polis yang sanggup menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan pembaca. (1m:ayat contoh)

CONTOH 2
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian? (7 markah)

(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

Dalam novel Bukit Kepong, peristiwa yang menarik ialah ketika Othman Yusof mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis.(1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca tertanya-tanya akan kesudahan cerita dalam pertempuran itu. (1m: ayat contoh)

Peristiwa lain yang menarik ialah ketika Othman Yusof mendapati isterinya telah sakit jiwa atau gila akibat mendengar berita tentang kematiannya. (1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca mengetahui perkembangan peleraian cerita yang memaparkan ketabahan Othman Yusof. (1m:ayat contoh)

CONTOH 3 (SPM 2007)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah (7 markah)

(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

JAWAPAN

Dalam novel Bukit Kepong, persoalan maruah diri dapat dilihat berdasarkan keengganan Limah, Zainab, Mek Nah dan Leha menanggalkan pakaian mereka walaupun telah diarahkan beberapa kali oleh komunis semasa serangan bas di Pagoh. Mereka malu dan peristiwa tersebut dapat dikaitkan dengan maruah diri. ( 2m: ayat isi +ayat contoh)

Manakala, persoalan maruah keluarga dapat dilihat berdasarkan keengganan Taukeh Muda ladang getah memberi bantuan kewangan kepada Tucksai dan Lam Fong kerana ladang getah tersebut milik keluarga. Demi menjaga maruah keluarga dan negara, beliau tidak mahu bersubahat dengan perjuangan komunis. (2m :ayat isi + ayat contoh)

KELAS TAMBAHAN 5S 2 10 PAGI

Tahniah diucapkan kepada 12 murid 5 Sains 2 yang telah hadir kelas tambahan pada pukul 10 pagi tadi. Dapatlah kita semak jawapan soalan rumusan pep. pertengahan sem. baru-baru ini.Kepada Ong Teck Lam, terima kasih kerana membantu cikgu mengira markah.

Sunday, May 25, 2008

TEKNIK MENULIS RINGKASAN PMR

Pastikan anda faham kata kunci soalan iaitu:
1. faktor/punca/sebab
2. kesan/implikasi/akibat
3. cara/langkah/strategi
4. kekangan/halangan/kerumitan/kesulitan/masalah
5. kebaikan/manfaat/faedah
6.keburukan

Contoh Ringkasan Berpandu:Punca gejala lepak

Antara punca gejala lepak ialah.........(jawapan 1)............................... Seterusnya, ............(jawapan 2) ...................... Selain itu, ...............(jawapan 3) ......... Di samping itu, .............(jawapan 4).................. Akhir sekali, ...................(jawapan 5)................

Pemarkahan :
Isi : 5 isi = 10 markah
Bahasa = 10 markah
Jumlah = 20 markah

GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI

Peribahasa tersebut membawa maksud, segala perlakuan yang dilakukan oleh guru akan menjadi ikutan kepada anak muridnya. Jika buruk contoh teladan yang dipamirkan oleh guru, maka buruklah ikutan yang ditunjukkan oleh anak muridnya.

Pengalaman ialah guru terbaik dalam hidup

Kepada anak-anakku, MUHAMMAD FAIZAL, MUHAMMAD IZZAT, MUHAMMAD HAIKAL, MUHAMMAD HAIMAN dan NOR ATHIRAH..pesanan ibu buatmu..janganlah terlalu mengikut kata hati yang mudah panas itu..jadikanlah kisah sirah nabi sebagai panduan hidup. Ingatlah, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Keberkatan hidup akan dapat dinikmati hingga ke padang masyar sekiranya pesanan ibu dijadikan panduan dalam hidup. Jadikanlah pengalaman hidup kita sebagai pembimbing ke jalan yang lurus.

MARILAH BERGANJAK PARADIGMA

Kepada semua pelajar kesayangan cikgu Azza di SMK Hulu Kelang, berubahlah demi kebaikan bersama. Masih ada masa untuk kamu berubah terutama kepada kelas 5 Sains 2, 3 Jujur, 3 Setia dan 2 Jujur. Tingkatkan usaha anda agar dapat mencipta kecemerlangan untuk diri sendiri, keluarga dan sekolah kita.